oleh Nasirzakaria.com
Khabar angin yang mula bertiup menunjukkan kemungkinan satu lagi pilihanraya kecil akan berlaku di DUN Kuala Nerang, di bawah Parlimen Padang Terap, Kedah setelah ADUN Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim dilaporkan muflis.
Menurut berita yang dipercayai, Speaker DUN Kedah, Dr. Isa Ismail sudah menghantar surat kepada SPR berkenaan kekosongan kerusi DUN tersebut.
Berikutan itu, semua jentera parti terutama PAS dan UMNO mula digerakkan untuk mengadakan persiapan menjelang pengumuman pilihanraya kecil tersebut.
Datuk Syed Sobri Syed Hashim yang memenangi Pilihanraya ke 12 yang lalu menewaskan Ust.Zawawi Ahmad yang merupakan YDP PAS Kawasan Padang Terap dengan majoriti hanya 805 undi.
N7 KUALA NERANG |
Jumlah Pengundi: 18,394 Peratusan Kaum: M:96.91% C:1.97% I:0.19% L:0.93% |
1. Datuk Syed Sobri Syed Hashim (BN) (7,856) 2. Zawawi Ahmad (Pas) (7,051) |
Majoriti: 805 Jumlah undi: 15,216 Peratus mengundi: 82.72% Undi rosak: 309 |
2 ulasan:
Nampaknya sejak kebelakangan ini orang Melayu dan agama Islam diserang dengan begitu nekad di negara ini. Nampaknya juga sejak PRU12, MCA, MIC dan Gerakan bertungkus-lumus menjadi jaguh untuk kaum Cina dan India. Mereka ini berani mengkritik Majlis Fatwa Kebangsaan, mempersoalkan keistimewaan orang Melayu, bahkan, berani menghina agama Islam dan Nabi saw. Serangan yang terkini datangnya dari blog pro MIC. Ikut link ini http://indiansmalaya.blogspot.com
hello si ahmad sahur, cuba menyebarkan isu perkauman kah? cuba fikirlah betul-betul, sekiranya kerajaan BN betul-betul menolong orang Melayu, mengapa selepas 50 tahun, mereka masih hidup dalam kemiskinan dan takut digugat??? ikutlah panduan & ajaran islam.
balik kepada topik. saya rasa perkara menaikan kuota perumahan kepada 50% mungkin akan menjejaskan prestasi PAS kali ini.
Catat Ulasan