Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

9 Nov 2008

Presiden Republik Islam Iran berdakwah kepada Obama ~ Malaysiakini

Ramai masih memperkatakan darihal kemenangan besar Barack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke 44. Rakyat dan pemimpin kita juga masing-masing turut tidak ketinggalan memberikan komen dan ulasan terhadap kemenangan bersejarah ini yang akan menyaksikan buat pertama kali dalam sejarah dunia seorang berkulit hitam akan mengangkat sumpah dan berkhidmat sebagai Presiden Amerika mulai 20 Januari ini.

Dalam hal ini saya mahu berkongsi dengan satu lagi sejarah, iaitu perutusan ucapan tahniah dari Presiden Republik Islam Iran iaitu Presiden Mahmoud Ahmadiniejad. Mengapa ia bersejarah kerana tidak pernah sebelum ini Presiden Iran mengutuskan perutusan sedemikian kepada Presiden AMerika sejak Revolusi Islam Iran 1979.







Presiden Iran itu memulakan suratnya dengan kalimah mulia iaitu “Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi maha Mengasihani” Dan diperenggan pertama suratnya beliau telah terus menyampaikan dakwahnya:

As you know, the chances that God gives to his subjects pass swiftly. They can be used for the perfection of humanity and to the benefit of nations or, God forbid, to the detriment of nations.

Sebagaimana yang Tuan tahu, peluang yang diberikan oleh Allah swt kepada hamba Nya bergerak deras. Peluang itu boleh digunakan untuk kebaikan manusia sejagat dan manfaat negara-negara lain atau, pohon dijauhkan Nya, untuk kemusnahan dunia.

Untuk makluman sejak hampir 30 tahun lalu, Iran tiada hubungan diplomatik dengan Amerika. Melaui kemenangan Obama ini barangkali Ahmadieniejad melihatkan bahawa di sana ada peluang untuk Amerika berbincang kembali dengan Iran demi kebaikan dunia. Dan surat beliau ini juga mencerminkan keikhlasan negaranya dan besar jiwa seorang pemimpin Islam.

Surat beliau kepada Obama ini sungguh cantik susunan bahasanya dan ternyata merupakan suatu permulaan yang baik ke arah kestabilan dunia dan menggugurkan sebarang dakyah dan prasangka jahat terhadap Islam. Beliau menambah:

The great civilization-building and justice-seeking nation of Iran would welcome major, fair and real changes, in policies and actions, especially in this region.

Negara Iran yang merupakan negara pembina tamaddun dan pencetus keadilan akan mengalu-alukan sebarang perubahan yang besar dan adil terutama dalam dasar dan perlaksanaan terhadap rantau sebelah sini.

If steps are taken in the path of righteousness, toward the goal of carrying out the teachings of the holy prophets, it is hoped that almighty God will help and that the enormous damage done in the past will be somewhat diminished.

Sekiranya langkah-langkah ini diambil menuju ke arah yang hak, ke arah perlaksanaan apa yang diajar oleh para rasul, adalah diharapkan yang Allah maha berkuasa akan membantu kita dan segala pergeseran yang lampau akan akhirnya berjaya diatasi.

Demikianlah besarnya harapan dan impian Presiden Iran terhadap bakal Presiden baru Amerika ini. Memamg tinggi harapannya tetapi bagi sebuah negara yang telah sekian lama disenarai hitamkan oleh Amerika, ia barangkali satu permulaan dan percubaan yang baik.

Apa yang menarik perhatian saya adalah kekuatan mesej dakwah yang terkadung dalam surat ini. Sepatutnya kekuatan seumpama ini turut dipamirkan olehs esiapa sahaja yang berjuang untuk emartabatkan Islam. Di penghujung suratnya Presiden Iran menyebut:

I ask the high God to grant all of humanity and all nations health and happiness, honor and prosperity, and to grant rulers and officials the ability to learn from the past and to use every chance to serve, to spread love and kindness, to eradicate oppression, to do justice and to follow the holy guidelines.

Saya memohon agar Allah mengurniakan pada semua negara dan bangsa kesihatan dan kebahagian, penghormatan dan kesejahteraan, dan mengurniakan semua pemimpin dan para pegawai mereka kemampuan untuk belajar dari peristiwa yang lepas dan agar menggunakan setiap peluang memerintah yang diberi untuk menyibarkan kasih sayang dan kebaikan, menghapuskan penindasan dan memberikan keadilan dan mengikuti garis panduan yang mahasuci (yang telah ditetapkan).

Sama-samalah kita menunggu surat balasan dari Obama pula.

~ Roslan SMS

Tiada ulasan:

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.