Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

4 Dis 2008

Kuala Terengganu: PAS pertimbangkan dua nama ~ Malaysiakini

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Hrkh) - PAS akan mempertimbangkan dua nama calon untuk pilihan raya kecil Kuala Terengganu kelak.

Menurut Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaafar, pihak parti biasanya akan mempertimbangkan sekurang-kurangnya dua nama calon untuk bertanding.

"PAS peringkat pusat kebiasaannya akan mempertimbangkan sekurang-kurangnya dua nama calon untuk bertanding," katanya kepada wartawan di lobi Parlimen hari ini.

Tambahnya, kebolehan calon untuk menang dalam pilihan raya kecil itu adalah kriteria utama PAS.

Ketika ditanya sama ada PAS akan berbincang dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat berhubung calon pilihan raya tersebut,Kamaruddin berkata, perkara itu tidak timbul kerana Pakatan Rakyat telah memutuskan bahawa Kuala Terengganu adalah milik PAS.

Dalam pada itu, Kamaruddin berkata, PAS telah bersetuju melantik Timbalan Presidennya, Nasaruddin Mat Isa sebagai ketua jentera pilihan raya kecil kuala Terengganu sementara Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Wan Mutalib Embong dilantik menjadi pengarah pilihan raya di peringkat negeri.

"Pelantikan itu adalah sebagai persediaan menghadapi pilihan raya kecil tersebut yang mana tarikh-tarikh yang berkaitan dengan pilihan raya itu akan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok," katanya.

Kerusi Parlimen Kuala Terengganu kosong selepas penyandangnya, Dato' Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran meninggal dunia akibat serangan jantung ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands minggu lalu.

Sementara itu, pihak SPR dijangkakan akan bermesyuarat esok untuk menentukan tarikh pilihan raya bagi kawasan itu

1 ulasan:

artic turban berkata...

Biar politik dalaman PAS di kuburkan dan semua jentera PAS BERSATU PADU SAMA DIRI, dan dengan rakan sepakatnya dari PAKATAN. Tolong jangan gaduh, tolong jangan bersabotag macam buaya UMNO, biar umno bunuh diri lawan dalaman, jangan berlawan bergajah, rakyat KANCHIL, MATI KEBULURAN. SAYA warganegara Malaysia bukan Islam, tapi sokong Pakatan RAKYAT, YANG PENTINGNYA KITA BERJUANG BERSAMA HAPUSKAN KUMAN BARISAN NAJIS DARI TANAHAIR KAMI YANG BERNAMA MALAYSIA. DAULAT TUANKU. SAYA JUNJUNG RAJA, BENDERA DAN BANGSA MALAYSIA.

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.