Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

5 Dis 2008

PRK P 36 KUALA TERENGGANU PERTARUNGAN 5 PENJURU? ~ Malaysiakini

Kuala Terengganu- Berita Sinar Harian hari ini melaporkan ada seorang lagi calon bebas yang menyatakan minta untuk bertanding bagi Pilihanraya Kecil P 36 Parlimen Kuala Terengganu iaitu Encik Hazlan Ismail, seorang Usahawan muda yang baru berusia 25 tahun.

Setakat pengetahuan penulis, Hazlan ni dikenali di kalangan orang muda kerana beliau mengusahakan 4 buah gelanggang futsal di Kampung Gong Tok Nasek. Bukan setakat itu sahaja, bahkan beliau juga memiliki beberapa buah bas persiaran, 2 unit Kedai runcit dan jual beli kad prepaid. Beliau juga mempunyai kenderaan-kenderaan mewah seperti Mercedes Brabus, BMW 7 siri, dan yang terbaru, Ferrari. Ini sangat membanggakan kerana dalam usia yang begitu muda, beliau mampu mengumpulkan harta sebegitu banyak dan harta ini bukannya diwarisi bari ibubapanya kerana difahamkan ibubapanya meninggal sejak kecil. Yang lebih menarik, beliau pernah menerima anugerah Usahawan Muda peringkat Kebangsaan pada tahun lepas kalau penulis tidak silap.

Ada juga sumber mengatakan bahawa Mat Kerak (Sabri Alwi) lah orang yang bertanggungjawab memujuk Hazlan bertanding. Ada juga yang mengatakan bahawa Hazlan sendiri telah mengumumkan dirinya akan bertanding untuk Umno kepada kawan-kawannya. Kalau benarlah begitu, mana mahu letak Dato’ Wan Farid? Mat Kerak pula tidak tahukah bahawa Hazlan itu cenderung kepada Pas? Ataupun mungkin juga ini perangkap untuk memecahkan undi atas alasan Hazlan baik dengan orang-orang Pas di peringkat akar umbi? Tetapi terang lagi bersuluh dalam SinarHarian bahawa beliau akan bertanding tiket bebas.

4 lagi calon yang bakal bertanding sudah dimaklumi umum iaitu Calon dari Pas, Umno, Akim dan seorang lagi calon bebas yang pernah bertanding PRU 12 lalu iaitu Makcik Maimun. Ini menjadikan kemungkinan pertembungan 5 penjuru!!! Kalau betullah jadi, maka ia akan jadi pilihanraya kecil rekod dalam sejarah. Makcik Maimun ketika ditemuramah menyatakan minat untuk masuk bertanding sekiranya ada orang sponsor. Ini satu petunjuk bahawa memang benarlah beliau ditaja sewaktu PRU12 yang lalu.

Akim pula yang muncul di PRK Permatang Pauh, menyatakan hasrat untuk bertanding lagi, walaupun hilang wang pertaruhan di Permatang Pauh. Kata wakil parti itu, mereka yakin akan dapat sokongan rakyat Kuala Terengganu, termasuklah ahli jamaah Tabligh. Penulis pun tak tahu pulak bila masa Maulana Tabligh buat fatwa boleh mengundi ni..Yang pasti, calon Akim pun ditaja Umno. Kalau sesiapa yang sempat memerhati poster dan bendera parti bertanding di Permatang Pauh baru-baru ini, pasti perasan bahawa poster dan bendera BN tak jauh dari poster dan bendera Akim. Ini seolah-olah menunjukkan orang yang sama memasang poster terbabit.

Bagi Pas pula, Yang Di Pertua Pas Kuala Terengganu membuat kenyataan kepada Malaysiakini bahawa partinya akan mencalonkan ‘Rumi Tempatan’. Siapa dia Rumi Tempatan ni? Rumi merujuk kepada golongan bukan Ustaz atau ulama’. Manakala Tempatan pula bermakna Pas Terengganu ingin memilih calon tempatan, bukan calon luar seperti Mat Sabu sebagaimana PRU12 lalu. Tapi persoalannya, Mat Sabu beria-ia benar untuk bertanding di Kuala Terengganu. Nik Aziz menyatakan pendapatnya untuk memilih Mat Sabu sebagai calon terbaik. Tetapi Menteri Besar Kelantan itu menegaskan ia hanay pendapat peribadinya sahaja. Keputusan akan dibuat dalam mesyuarat pas pusat. Akhbar Sinar Harian dan Utusan Melayu hari ini dengan jelas tajuknya ” Mohamad Sabu calon Pas di Parlimen Kuala Terengganu.” Tak habis-habis kerjanya nak melagakan ahli-ahli Pas.

Apa-apa pun, masa masih panjang, hari ini SPR akan bermesyuarat dan tarikh akan diumumkan menjelang malam ini mungkin. Sama-samalah kita tunggu dan lihat……… ~ tranungdaily.blogspot.com


Tiada ulasan:

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.