Khairy plak jawab sebenarnya rakayt hanya memberi undi protes kepada pakatan rakyat. Undi kepada pakatan rakyat hanyalah untuk mengajar UMNO. Khairy menegaskan rakyat akan mengundi BN semula pada PRU akan datang...
Prof Aziz plak jawab sebenarnya tidak ada istilah undi protes. Rakyat undi dengan kerelaan hati untuk mengundi pakatan rakyat. Prof juga bertanya kenapa bila orang x undi kita kita akan cakap tu sebagai protes?
Debat semakin rancak dengan isu Negara Islam dan beberapa isu yang berbangkit di dalam kerajaan negeri selangor dan Perak.
Ade beberapa kritikan hebat kepada suruhanjaya yang baru ditubuh kerajaan BN iaitu suruhanjaya yang berkaitan rasuah dan juga perlantikan hakim.
Kata khairi ini adalah kejayaan UMNO melakukan transformasi dalam kes ini bagi mewujudkan keadilan.
Husam dan Prof membidas ini hanya satu gimik politik kerana tidak berpijak di bumi yang nyata. Dalam isu perlantikan hakim PM masih mmpunyai kuasa besar dalam menentukannya. Prof Aziz selaku orang yang pakar dalam undang2 begitu hebat mengkritik suruhanjaya baru yang dibentuk ini dakwanya ini satu lagi suruhanjaya ditubuhkan oleh BN. Azam itu ada tetapi pelaksanaan bakal pincang dengan mengambil contoh kegagalan SUHAKAM dalam membawa suara2 yang teraniaya. Sudah beberapa kali SUHAKAM menyediakan laporan untuk dibawa ke parlimen tp PM buat pekak bodoh jer..kata Prof Aziz..
Keadaan semakin panas. Sorak menyorak berlaku antara penyokong PAS dan juga penyokong UMNO. Tetapi disiplin penyokong PAS dapat mengawal keadaan walaupun penyokong PAS adalah majority di dalam Dewan Balai Islam Lundang.
Isu perlantikan MB Perak
Isu UITM juga timbul apabila seorang penyokong UMNO bangun bertanyakan soalan kepada Husam. Belum sempat Husam ingin menjawab soalan itu dijawab oleh Prof Aziz bahawa itu adalah perkara kecil dan sudah basi. Sepatutunya soalan itu tidak ditanya lagi. Jawapan itu disambut dengan sorakan sokongan oleh penyokong2 PAS. Tambah Prof Dr Aziz lagi TPM Najib sendiri akan menghapuskan DEB. Kenapa UMNO tidak bising bila Najib nak hapuskan DEB? Hujah ini terus mendiamkan penyokong UMNO ibarat mulut mereka disumbat batu.
Husam juga menyentuh isu IJN yang
Khairy juga ditanyakan soalan bertalu-talu oleh Presiden kelab penyokong PAS dalam sesi soal jawab. Aku x ingat ape dah nama pak cik kita tu. Sorg berketurunan cina. Beliau mengenali konsep ketuhanan melebihi pemahaman khairy terhadap Islam. Bezanya beliau bukan Islam dan khairy adalah seorang Islam. Kalau pakcik tu masuk Islam mesti die lebih hebat daripada khairy.
Khairy juga mengambil peluang untuk menyerang Ahli Parlimen Machang iaitu Saifuddin Nasution yang mana beliau juga hadir sebagai penonton dalam Wacana tersebut. Isu peralihan kuasa 16 sept
Banyak lagi isu yang dibangkitkan oleh khairy tetapi berjaya dipatahkan oleh Husam dan juga prof Aziz. Khairy banyak disorak dan di boo oleh penonton kerana hujahnya begitu dangkal dan penuh dengan ilusi dan sedap mulut bercakap jer....
Khairy
Majlis itu tamat lebih kuran jam 11.45..
2 ulasan:
Salam Saudara,
Penyokong masing-masing mempunyai pendapat berbeza.
Satu lagi, mintak izin nak guna jpeg dari blog saudara.
Harap maklum.
Wassalam
Ini rumusan yg berat sebelah, setahu ketua Erdogan agak terpinga pinga nak jawab hujah Naib Ketua Pemuda UMNO. Lagipun ahli panelis dari UIAM jelas berat sebelah.
Tapi saya nak ucapkan tahniah kerana sinopsis saudara diguna pakai oleh blog the-antoginist, yg kononnya memihak kepada UMNO.
Catat Ulasan