Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

31 Jan 2009

Adun Bota: Bukan kerana wang dan jawatan ~ Malaysiakini




CERAMAH Khas 'Mesra Rakyat' yang berlangsung malam tadi mencipta satu lagi sejarah dalam kerangka politik khususnya di Perak apabila lebih 15,000 orang menyerbu Stadium Bakri Rais mendengar penjelasan daripada Datuk Nasarudin Hashim yang membuat keputusan mengejut keluar Umno untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat. Majlis yang sepatutnya diserikan kehadiran Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin turut menerima tepukan gemuruh hadirin selepas diumumkan pembubaran 11 cawangan Umno di Dun Bota ekoran tindakan Nasarudin keluar dari parti itu.

Ketika berucap di majlis tersebut, Nasarudin melahirkan rasa terharu dengan sambutan diluar jangkaan diberikan oleh rakyat di sekitar Bota. "Saya tidak pernah menyampaikan ceramah di hadapan sebegini ramai orang. Selalunya dalam ceramah Umno, kerusi jauh lebih banyak dari orang ramai. Katanya, tindakan drastik untuk menyertai PKR bukanlah berlandaskan kepada wang ringgit atau tawaran jawatan tetapi lebih terdorong dengan keikhlasan hatinya untuk menyumbang khidmat kepada rakyat Bota yang diwakili.

Ketua Umum PKR yang juga Ketua Pembangkang Dewan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula dalam ucapannya mengakui terdapat berpuluh-puluh lagi Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Dewan Rakyat ada menyatakan hasrat untuk mengikuti jejak langkah sama sepertimana diambil Nasarudin, cuma masih melahirkan kebimbangan akan kesan dari tindakan mereka itu.

Saksikan TV Telok Bakong:
YB Datuk Nasaruddin Di Stadium Bakri Rais Bota Kanan 1
YB Datuk Nasaruddin Di Stadium Bakri Rais Bota Kanan 2
YB Datuk Nasaruddin Di Stadium Bakri Rais Bota Kanan 3

Tiada ulasan:

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.