Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

28 Jan 2009

Blogger UMNO kena gantung ahli ~ Malaysiakini

Seorang bloger UMNO (http://sangkut.org/) dan ketua Puteri cawangan antara lima yang digantung keahlian antara satu hingga enam tahun kerana didapati bersalah melanggar perlembagaan Umno dan tata etika ahli.

Bloger berkenaan yang juga Ahli Jawatankuasa Pemuda Taiping, Muzamir Ismail digantung keahlian setahun bermula 23 Januari lalu.

Wahai Blogger UMNO, ayuh menyertai Pakatan Rakyat. ADUN BOTA dah sertai...anda bila lagi... Dari kena gantung tak bertali... Tunjukkan anda juga ada maruah

Antara kenyataan maaf dalam posting terbaru dalam blognya ialah

Permohonan Maaf Terbuka

Saya Mohon Maaf Kepada Ahli-ahli UMNO January 22nd, 2009 by admin Asalamualaikum warahmattullahiwabarokatuh, Saya Muzamir Bin Hj Ismail, Pemilik weblog sangkut (www.sangkut.org) dan sangkut2.blogspot.com, sebagai seorang ahli UMNO memohon maaf dan menarik balik segala posting dalam blog blog saya, memohon maaf dengan penuh kesal kepada UMNO Malaysia, Pemimpin pemimpin UMNO dan ahli ahli UMNO secara keseluruhannya. Saya mengakui segala kesilapan saya semasa mengkritik kepimpinan Dato Seri Abdullah haji Ahmad Badawi. dan saya menarik kembali segala kata kata nista dan tuduhan terhadap UMNO dan Ahli ahli umno dengan sekesal kesalnya. Secara terbuka dan lapang dada saya sesungguhnya memohon maaf kepada semua Ahli ahli UMNO malaysia kerana kelantangan saya selama ini sedikit sebanyak telah menguris hati sesetengah ahli ahli UMNO. Saya juga akan menutup blog blog saya dan saya telah memadam segala artikel artikel yang telah saya tulis selama hampir 4 tahun. Segala salah dan silap adalah dari saya sendiri dan saya mengakui dan memohon maaf sekiranya menguris sesetengah pihak baik dalam dan luar UMNO khususnya. Dengan penuh kesal dan rendah diri saya berserah takdir kepada yang Esa, sekiranya apa apa tindakan yang akan diambil kepada saya. Para sahabat seperjuangan UMNO doa doakanlah kesejahteraan buat pemimpin pemimpin umno terdahulu. InsyaAllah, kita semua akan dilindungi Nya. Salam Perjuangan dari Saya Muzamir Bin Hj Ismail Ketua Pemuda Umno Cawangan Taman sri kota Bahagian Taiping 22 Januari 2009 Jam 3.18 Petang Jalan Air Kuning Segala pertanyaan boleh ditujukan kepada muzamir.ismail@gmail.com

Tiada ulasan:

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.