Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

31 Jan 2009

Konvensyen BN Di Tangguh Kerana kalah di Kuala Terengganu ~ Malaysiakini


Konvensyen Barisan Nasional (BN) yang dijadualkan berlangsung pada 14 Februari depan ditangguhkan kerana dikatakan menghadapi masalah logistik bagi menempatkan 2,000 perwakilan dari semua parti komponen.

Bagaimanapun, hakikat sebenarnya penangguhan tersebut, menurut seorang pemimpin parti komponen adalah kerana kekalahan UMNO di Kuala Terengganu disamping terlalu hampir dengan perhimpunan agung UMNO yang akan diadakan pada Mac depan.


“Ramai ahli UMNO bimbang para pimpinan parti komponen yang lain (dalam BN) akan banyak bercakap tentang UMNO dalam konvensyen itu, dan menyalahkan UMNO atas kekalahan BN ,”kata seorang pemimpin komponen BN yang tidak mahu dikenali.

“Akan ada percanggahan diantara perkara yang mungkin terjadi dalam konvensyen dengan perkara yang akan berlaku dalam perhimpunan agung UMNO,”tambah pemimpin itu sebagaimana dipetik wartawan Adib Zalkapli dalam akhbar internet Malaysia Insider.

Difahamkan, penangguhan konvensyen tersebut dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO petang semalam.


Cadangan Konvensyen BN itu telah diumumkan oleh Presdien UMNO akhir tahun lalu bertujuan untuk mengkaji merudumnya pengaruh BN sejak kekalahan teruk pada pilihanraya umum 8 Mac lalu.

‘Tsunami Politik’ yang melanda negara pada pilihanraya umum ke 12 tahun 2008 telah menyaksikan BN kehilangan majoriti 2/3 di parlimen.

Kekalahan calon UMNO yang mewakili BN dalam pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu memberikan tamparan hebat kepada parti tersebut yang dilihat tidak lagi relevan dalam suasana politik masakini.

Tiada ulasan:

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.