
Bekas Pengerusi MIC Negeri Sembilan itu dipecat atas telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang didakwa telah memudaratkan parti itu.
Ketika dihubungi sebentar tadi, Muthupalaniappan mengesahkan yang beliau telah menerima surat pemecatan itu daripada Jawatankuasa Disiplin MIC hari ini.
Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Disiplin parti, Tan Sri G. Vadiveloo juga mengesahkan, pihaknya telah mengeluarkan surat bertarikh 21 Januari lalu berhubung pemecatan itu kepada Muthupalaniappan.
Surat itu dikeluarkan sehari selepas Jawatankuasa Disiplin mendengar keterangan daripada Muthupalaniappan.
Selasa lalu selepas sesi pertemuaan dengan Jawatankuasa Disiplin, Muthupalaniappan membidas pimpinan parti itu kerana menggunakan perbicaraan yang mendakwa beliau telah bertindak bertentangan dengan kepimpinan parti dengan tujuan menyekatnya daripada bertanding jawatan Presiden.
Beliau merupakan satu-satunya calon yang bercita-cita bertanding jawatan presiden pada pemilihan Presiden.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan