Sudah lama kawe tinggalkan Blog PEMUDABESUT...Kawe biarkan Blog ni tidak di Update sejak 23 Disember lalu... Kalau update pun... Artikel di'copy paste' dari sahabat Blogger lain terutama abg Nik Mi (Thingking Of Life).Ini kerana kawe terpaksa menumpu tugas sepenuhnya kepada kerja yang berkaitan di UPU Gong Tok Nasek dalam Dun Batu Burok.
(23 Dis ~ 1 Jan )
Rasa baru semalam, kawe dan sahabat2 dari Besut berulang alik dari Besut ke Kuala Terengganu. Peringkat awal iaitu sebelum tempoh istihar calon (23 Disember - 1hb Januari) rasanya selang sehari, kawe berulang alik dengan SU PAS Kawasan,; Ust Zahid & PSU Nik MI. Bertolak dari Besut pukul 4 petang & Pulang balik pukul 12 tengahmalam... Sampai rumah lebih kurang pukul 3 pagi..
1 Jan - 5 jan)
Rumah Jertih di UPU Gong Tok Nasek semakin berpenghuni...Terutama pada malam pengistihar Calon d Stadium Negeri. Rumah Jerteh yang 'dipinjamkan' oleh Pok Said kepada DUN Jerteh sepanjang tempoh kempen ni dipenuhi oleh penghuni. Sampaikan pada malam tu tempat tidur 'FULL'. Cuma rumah ini kembali sepi pada malam berikutnya. Petugas tetap yang bertugas Sepenuh Masa disini hanyalah Pok Ya Padang Tapong. Yang lain, petugas berulang alik. Kerja-kerja disini pun berkisar di sekitar markaz. Antaranya selepas malam istihar calon, penduduk tempatan dan petugas Jertih sama2 masak bubur asyura pada pukul 3 pagi. Program yang dirancang bersama MTD Jerteh & UPU Gong Tok Nasek ini juga merupakan program pertama calon PAS YB Wahid Endut selepas diistiyhar calon pada malamnya.


(6 Jan ~ Hari Penamaan calon)

selepas solat Hajat yang diimani oleh Tuan Guru Hj Hadi, kami terpaksa berjalan lebih kurang 8 km ke tempat penamaan calon( stadium Negeri) Kami terpaksa berjalan kaki sepanjang jalan pusara ke jalan Wisma Persekutuan - Bulatan Batu bersurat - Stadium Negeri. Walaupun berjalan jauh, penat kami hilang apabila lihat jumlah penyokong Pakatan Rakyat yang menguasai lebih kurang 80% ruang penamaan calon berbanding 20% saje penyokong BN.
Di tempat penamaan calon, kami sempat bersalaman dengan Pimpinan PAS. Antaranya Tuan Guru Nik Aziz, Ust Harun Din, MB Kedah, YB Dr Hamdan (EXCO Kedah), Subki (SU Pemuda Pusat) & AJK PAS Pusat yang lain.










Tiada ulasan:
Catat Ulasan