Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

12 Apr 2009

Nik Aziz & Amy Search

Nik Aziz menangis - Dengar Amy Search menyanyi lagu ketuhanan


KOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui beliau menitiskan air mata ketika mendengar lagu-lagu ketuhanan yang dipersembahkan oleh penyanyi Amy Search atau Shuhaimi Abdul Rahman, 51, pada satu majlis di sini semalam.

Kata Nik Aziz, beliau tersentuh hati menatap wajah Amy, lebih-lebih lagi banyak penyanyi rock biasa dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah dan maksiat.

“Apabila melihat persembahan Amy, melihat wajahnya dan mendengar lagu-lagunya, saya menangis tetapi ramai orang tidak sedar,” katanya selepas majlis sambutan Jubli Emas Pemuda Pas Kelantan di sini semalam.

Nik Aziz menambah, beliau kagum dan gembira apabila Amy yang memiliki suara yang diminati ramai telah memanfaatkannya ke jalan Allah.

“Kumpulan artis seperti penyanyi, penyair, pemuzik dan kartunis mempunyai acuan masing-masing untuk menyelitkan unsur-unsur keislaman dalam setiap karya yang mereka persembahkan,” ujarnya.

Sementara itu, Amy yang dihubungi berasa terharu dan tersentuh dengan respons Nik Aziz yang menangis sewaktu menonton persembahannya itu.

“Sewaktu saya menyanyi, saya perasan Tok Guru memandang saya dengan penuh terharu,” kata Amy yang dihubungi Kosmo! Ahad.

Bagaimanapun, menurut Amy, beliau tidak sedar ketika menyanyikan lagu apakah Nik Aziz menangis.

“Saya menyanyikan empat buah lagu termasuk Mentari Merah Di Ufuk Timur, Isabella dan Saat Ku Idamkan. Jika beliau mampu ‘terasa’ isi lagu rock tersebut, saya begitu berbesar hati,” katanya. - ZAID MOHD. NOOR

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nik Aziz menangis kerana insaf bahawa selama ini beliau sering mengajak orang berburuk sangka dan apabila mendapat kesempatan dibukakan ruang dan peluang oleh Allah SWT hadir, dengar dan lihat persembahan Amy secara terus, hatinya tersentuh, sedih dan insaf kerana selama ini selalu menyebabkan orang berburuk sangka.

Begitulah tabiat yang buruk yang ada pada pemimpin PAS yang sentiasa memburukkan orang seolah-olah dia sahaja yang alim dan baik.

Alhamdullillah kita bersyukur dan hendaknya ambillah iktibar dari pengajaran Allah SWT ini yang dilihatkan bagaimana Allah memberikan Nik Aziz kesempatan untuk insaf dan semuga bertaubat.

Syukurlah juga kerana PAS semakin hari semakin menjiwai perjuangan yang telah lama dibawa dan dijayakan oleh UMNO.Jadi sudah terbukti pendekatan UMNO adalah yang terbaik yang kini PAS sedang mencedok satu persatu, maka terbukti jugalah bahawa PAS adalah selama ini pemecah belah umat,
penyebar buruk sangka, fitnah dan hasad.

NASIR berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.