Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

12 Apr 2009

Susulan Pelajar Buta Mata Terkena Kelongsang Peluru Gas Pemedih Mata, Kenyataan Ketua Polis Kelantan.

Saat-saat FRU melepaskan gas pemedih mata dan serpihan terkena pelajar




Inilah rupa keronsang gas pemedih mata FRU yang dilepaskan itu agaknya

Kenyataan terbaru Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi (foto) hari ini yang tiba-tiba mahu mempertahankan anggota polis yang terbabit menembak gas pemedih mata hingga menyebabkan mata seorang pelajar buta baru-baru ini amatlah dikesali. Selasa lalu seorang pelajar buta sebelah mata setelah terkena serpihan objek daripada gas pemedih mata ketika rusuhan penyokong bola sepak Kelantan di luar Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu Kelantan..Ketika kejadian, Muhammad Huzaifah Mohd Noor, 18, dari Kampung Pasir Tok Kambing, Kedai Lalat, sedang mengemas barangan jualan di gerai minuman milik sepupunya, Abdul Rahman Hussein. Mata kanan Muhammad Huzaifah, pelajar jurusan Penyejukbekuan dan Penyaman Udara, Institut Latihan Perindustrian Pengkalan Chepa di sini, gagal dipulihkan walaupun menjalani pembedahan lebih empat jam di Hospital Raja Perempuan Zainab II sejurus selepas kejadian. Menurut maklumat, mangsa terbabit berkata kejadian itu berlaku ketika beliau sedang membantu sepupunya mengemas barang di gerai yang terletak 100 meter dari stadium, dan bersiap untuk pulang. "Tiba-tiba saya tengok keadaan jadi kecoh dan orang ramai berlari sambil terdengar polis memberi arahan supaya bersurai. Saya berpaling ke arah anggota polis berkenaan yang kebetulan melepaskan gas pemedih mata ke arah saya, tanpa sempat saya mengelak, objek itu terkena mata kanan saya," katanya. Menurut seorang saksi, yang dikenali sebagai Abd Rahman berkata beliau sempat tunduk apabila gas pemedih mata itu dilepaskan yang terkena Muhammad Huzaifah dan beliau melihat darah keluar dari mata kanannya sambil menjerit kesakitan. "Saya dan beberapa orang lagi terpaksa memapah beliau ke hospital yang letaknya tidak jauh dari tempat berkenaan," katanya. Satu laporan polis telah dibuat pada malam kejadian dan keluarganya turut menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terlibat. - Pahangdaily

3 ulasan:

Ikemen berkata...

salam Bro, ketua polis kelantan menunjukkan kebodohan dengan meminta kelongsong tu.

huraian secara emosi, apakebangangnye dia ni?
1) time tu kecoh bai, orang ramai, mana sempat nak cari kelongsong tu.
2) kalu orang ramai yang baling objek keras, lagi tak logik, takkan nak tuju kat penjual gerai.
3) kenyataan budak tu, anggota polis hala ke dia, bermakna benda tu akan menuju ke dia, dan rasanyer benda tu panas..
4) makngok la ketua polis ni, dahla budak tu kena kat mata, dalam tegah kecoh2 tu, mana dia cari kelongsong tu? kalau kena kat tangan ke, boleh la budak tu gagah cari kelongsong tu, ni mata..
5) bahan bukti, kalau dalam kes pembunuhan, kalau tak jumpa, disebutkan ciri2 dia. dalam kes ni, ko pun tau, benda keras, dan boleh buat terluka sampai rosak kulit (bersifat melecurkan disebabkan panas atau bahan kimia), jadi pada waktu kejadian, benda apa yang ada ciri2 tu?

ni pendapat orang biasa macama aku, betoi salah, minta ditegur.wassalam.tq sebab bagi publish

hasbul berkata...

ni msti kes PULIS x nak bertanggungjawab la ni...ade ke orang lain yang gune gas pemedih mata masa tu?? sutahu aku PULIS atau FRU jer yang gune....

Tinta Hitam berkata...

TIndakan menembak gas pemedih mata kepada perusuh perusuh bolasepak tu wajar tetapi,mengapa dihalakan kat gerai? Org yg bersalah tak menjadi mangsa.Org yg tkada kena mengena pula menjadi mangsa.

Saya difahamkan pelajar ILP Pengkalan Chepa berkenaan adalah pelajar dari keluarga kurang berada.Terpaksa spplement perbelanjaannya dgn kerja part time digerai berkenaan..

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.