Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

19 Mei 2009

Najib Pengecut

Confirmed! BN not contesting Penanti - Malaysiakini.tv

BN mencipta sejarah lagi. Sekali lagi di bawah Pengerusinya yang baru Najib Tun Razak, ia mencipta sejarah apabila memutuskan untuk tidak bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penanti di Pulaau Pinang atas alasan kononnya tidak mahu menurut rentak mainan politik parti pembangkang.

Apa pun alasannya tidak pernah sebelum ini sebuah parti kerajaan (mereka kerajaan di peringkat Pusat) memutuskan untuk tidak bertanding dalam satu pilihan raya kecil.

Keenganan BN ini tidak lain membuktikan yang ia telah lesu dan pasti tidak berupaya berhadapan dengan Pakatan Rakyat setekah tewas berturut-turut dalam beberapa pilihanraya kecil sebelum ini, terakhir di parlimen Bukit Gantang.

Usaha untuk memulihkan imej BN dan membangkitkan ia kembali bagi berhadapan dengan musuh-musuh politiknya, seakan tidak menampakkan harapan. BN semakin terpinggir dan rakyat semakin hilang keyakinan mereka terhadapnya.

Kini ia tidak mahu bertanding di Penanti. Ia tidak mampu menghadapi kekalahan lagi, kalau menang tak mengapa tapi kalau kalah lagi?!! BN tidak pernah mengaku kalah dalam mana-mana pilihanraya kecil. Tapi dalam kes ini ia kelihatan akur dan menerima hukuman rakyat.

Mara PR di Penanti!

4 ulasan:

Zed Zachary berkata...

Sometimes it's better to loose the battle rather than to loose the war. Najib is smart. Instead of wasting the people's money he wud rather concentrate on rebuilding his party for the next GE. I wudn't go so far as calling him a coward..just a bit more sophisticated than Paklah. Good call Mr. Prime Minister. Don't get me wrong, I'm all for Pakatan Rakyat but I do get tired of all the infighting and bickering between PR's politicians.. And all the Penanti saga and the Perak fiasco..tired, tired, tired..

Tanpa Nama berkata...

Jiwa adalah harta yang tidak ternilai mahalnya. Kesucian jiwa menyebabkan kejernihan diri, lahir dan batin. Itulah kekayaan sejati.

Tahawwur atau berani-babi, ialah keberanian manusia menempuh suatu hal, padahal menuntut pertimbangan akal yang waras hal itu tak boleh ditempuh. Sebabnya timbul berani-babi ialah lantaran darah marah yang mendidih, yang timbul dari nafsu pembalasan.

Kalau kita suka menurutkan nafsu tahawwur atau membabi-buta itu, timbullah daripadanya ranting-ranting sifat buruk mazmumah yang lain; kotor mulut, pengumpat, lekas marah, keras kepala, penting diri, tidak mengakui kebenaran orang lain, perajuk, suka memerintah tetapi tak suka mengerjakan, mengecilkan hati orang, melupakan kesalahan diri, takbur, sombong, ujub dan angkuh. Seolah-olah memasang mercun memberitahu kepada seluruh negeri atas jasa-jasanya, menghinakan orang dan sifat-sifat yang menyerupai itu.

Jadi wahai sahabatku pemuda pas besut, janganlah anda menjadi seperti "SYAITAN YANG KEMPUNAN".

Syabas, YAB Perdana Menteri / Presiden UMNO / Pengerusi BN, keputusan hasil pimpinan anda adalah yang terbaik dan hanyalah menunjukkan kematangan dan kewarasan BN selama ini yang telah terbukti.

Pedulikan setan-setan bertopeng yang kini kepanasan dan kempunan tak dapat apa dihajat.

Muqabalah berkata...

Menemui al-Fadil Dato' Ustaz Muhammad Daud al-Iraqi,
semoga Allah menyuluh kehidupan kita dengan cahaya hidayah, serta memperteguhkan pendirian kita di atas kebenaran, dan mematikan kita di atas agama-Nya dan dikandung keredaan-Nya.

Saya berdoa kepada Allah agar disampaikan warkah saya ini ke ribaan al-fadil Ustaz. Semoga ianya dikira Allah sebagai memenuhi saranan 'ad-dinu an-nasihah'; nasihah kepada pemimpin-pemimpin orang Islam.

Berita tentang al-Fadil Ustaz saban hari memenuhi dada-dada akhbar pada akhir-akhir ini. Hampir semua akhbar, semada Melayu atau Inggerisnya (yang Cina dan Tamil, saya tidak tahu) dan blog penyokong kerajaan menyiarkan kenyataan al-Fadil. Akbar-akhbar arus perdana yang biasanya sinis kepada perjuangan PAS dan memandang juling kepada golongan berpendidikan agama telah bertukar sikap, seolah-olah akhbar mereka mahukan PAS yang tulin, PAS yang kukuh dibawah pimpinan ulama. Al-Fadilpun telah mengambil peluang yang dibukakan ini dengan sebaiknya. Bukannya senang untuk mendapat peluang sebegini, mungkin dalam 20-30 tahun lagipun belum tentu dapat.

Baca lebih lanjut di http://muqabalah2009.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Najib bukan pengecut tapi bijak... Dah tahu gerenti KALAH watper nak bertanding.... bazir duit..... Boleh pakai gak otak najib nie.... baguslah tue dah mula menerima kenyataan rakyat dah xnak BN....
nikqlate.....

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.