Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

18 Jun 2009

PAS bincang isu TG Nik Aziz minta Nasharuddin lepas jawatan Isnin ini



Desakan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya Nasharuddin Mat Isa melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Presiden parti kerana menyokong kerajaan perpaduan, dijangka dibincang pada mesyuarat parti itu Isnin ini yang akan dipengerusikan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kata beberapa pemimpin parti itu.

Menurut mereka, Abdul Hadi yang kini berada di London, dijadual pulang Sabtu ini.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata beliau memang terkejut dengan kenyataan yang agak keras oleh Nik Aziz terhadap Nasharuddin.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak menganggap ianya adalah satu permulaan perpecahan parti.

Seorang lagi Naib Presiden PAS Salahudin Ayub pula berkata, mengikut tradisi parti, perkara sedemikian akan diputuskan pada mesyuarat parti.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Taib Azamuddin Md Taib pula berkata beliau yakin pemimpin peringkat tertinggi parti itu mampu menyelesaikan perkara tersebut.

Semalam, Nik Abdul Aziz secara terbuka meminta Nasharuddin meletakkan jawatan dalam parti serta sebagai Anggota Parlimen Bachok, jika beliau masih berhasrat meneruskan agenda kerajaan perpaduan.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau yakin masalah itu mampu diselesaikan dengan bijaksana oleh kepimpinan Pas manakala pemimpin kanan DAP Lim Kit Siang pula berkata beliau akan mendengar sendiri penjelasan berhubung perkara itu daripada Presiden PAS pada mesyuarat Isnin ini. BERNAMA

6 ulasan:

Unknown berkata...

Apa kena dgn Presiden Pas TGHH, kat tanahair ini tak mau nak bagi penjelasan yang sejelas2nya.... tup2 timbul kat London cerita pasal kerajaan perpaduan. Ahli2 & penyokong2 Pas di sini dok ternganga2 tak tau cerita.

Sebaik2nya TGHH bertaubat nasuha dan jangan sebut langsung kerajaan perpaduan. Tak payah bagi penerangan lagi. Semua orang dah meluat.

Nasa letak jawatan & keluar Pas masuk Umno. Hang nak jadi menteri ka, hang punya pasai.

Pa Ali letak jawatan SUA Pas dll jawatan yg ada kaitan dgn Pas, balik Terengganu makan pencen. Tak payah aktif dlm Pas lagi. Hang tak dak dlm Pas pun tak dak hal.

Lain2 pemimpin beri satu kenyataan bersama dan mengaku akan kesilapan mereka menyokong idea kerajaan perpaduan.

Syauqi berkata...

lee copper, cuba tgk video ni apa yg TGHA cakap sebenarnya......

tengok lah video ni....
penjelasan Tuan Guru pasal isu ini
kt london.... ada la tu keja dia kt london...

http://www.youtube.com/watch?v=dJKJ0FR7fQQ&feature=channel_page

han berkata...

Kat London ada beberapa seat parliament.

Ada juga beberapa DUN.

Ada juga ramai pengundi luar dari Terengganu.

Ini strategi Hj Hadi memenangi semula UMNO. Dengan berkempen di London.

Dah lama dia buat macam ni. Itu yg menang besar di Terengganu dalam PRU12. Emppattt seat beb... empat seatttt..!!!

Anak Lenggong berkata...

Tak usah jadik bangang..sepatutnya kaji dulu ape pengertian kerajaan perpaduan tu...kerajaan perpaduan bukan semesti nya PAS masuk Umno ataupun sebaliknya..tetapi sebagai saorang wakil rakyat ..ahli parlimen tak kira apa parti pun sepatutnnya sama berjuang untuk mentadbir negara supaya terus maju..bertekak cuma diwaktu pilihanraya tetapi selepas pilihanraya dan mereka telah dipih oleh rakyat sepatutnya sama mereka ini wakil rakyat sama2 duduk berbincang demi bangsa dan agama..tengok orang cina mereka walaupun berlainan parti tetapi bial timbul isu kaum mereka ..mereka semua bersatu hati walaupun berlainan parti..ini yang dihajati oleh hj. hadi..

Unknown berkata...

Bab UG gomen ni jangan lah ingat rakyat tak tahu apa ke bendenya.Ahli fikir politik dalam PAS dan UMNO pun tahu dan mengerti sangat apa itu UG Gomen ni.Banyak negara contoh di barat yang buat UG ni.Motifnya adalah menyelamatkan politiking dalam dan luaran parti TETAPI hasilnya tetap Gagal dari segi mencapai matlamat sesuatu parti yang memperjuangkan sesuatu Dasar.Pas ada dasar yang wajib di perjuangkan demi mencapai matlamatnya yang tersendiri.Cara UG matlamat PAS akan jadi hampeh..mustahil dapat dilaksanakan sebab jahiliah tetap bermaharaja lela.UG tetap mempertahankan dasar jahiliah serta memperkukukan nya lagi.Islam hanya tertegak apabila runtuhnya Jahiliah itu yang di ajar oleh Nabi kita.Ahli PAS tak perlu buka kitab baru untuk memehami apa itu UG.Kita kaji bukti sejarah sudah lah dan bertanya pernahkah Nabi kita pergi bincang dengan Abu Jahal untuk sama sama perentah Mekah.!!!!.HAMAS dan Fatah pun gagal nak laksana UG di Pelastin akhirnya kembali pada dasar perjuangan masing masing hingga hari ini tak selesai.

Unknown berkata...

Perlu di ingat UG ni juga idea yahudi sebab itu mereka sedang ushakan supaya Hamas dan Fatah bersatu mentabir Palastine dengan syarat UG Plastine misti iktiraf Israil.Hamas tetap tidak mahu syarat ini sebab ia mengadaikan prinsip...Nampak tak apa yang sedang belaku.UG adalah political alternatif bagi menyelamatkan sesuatu pihak demi mencapai apa yang tersurat dan tesirat ia itu ajinda Yahudi.Cuba anda bayang kan kalau Amerika mahu UG di negara malaysia ni iktiraf Israil..apa akan jadi pada PAS nanti!!!!!!?????

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.