Mahkamah Sesyen Klang hari ini menetapkan 12 Januari hadapan sebagai tarikh perbicaraan keatas bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), Datin Paduka OC Phang.
OC Phang ditahan di mahkamah Sesyen Klang pagi tadi atas tiga pertuduhan pecah amanah membabitkan RM245 juta berhubung skandal membabitkan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Tiga pertuduhan tersebut adalah membabitkan iaitu masing-masing cek bernilai RM98,700, RM21,600 dan RM134,550.
OC Phang yang diwakili peguam Ng Aik Guan bagaimanapun mengaku tidak bersalah dihadapan hakim Yong Zarina Razali.
Selain bekas Pengurus Besar LPK itu, dua lagi ditahan berhubung skandal PKFZ iaitu Ketua Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd, Steven Abok dan arkitek, Benard Tan Seng Swee, bagaimanapun masing-masing mengaku tidak bersalah.
Steven yang diwakili peguam Kelvin Seet dan Tan Hock Chuan didakwa atas dua kesalahan menipu. Manakala Bernard yang diwakili George Varughesh didakwa atas 26 kesalahan menipu.
Sumber berkata, penahanan ketiga-tiga mereka dilakukan hasil operasi bersama polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pendakwaan dibuat oleh Timbalan Pendakwaraya Dzulkifli Ahmad, Manajkurup dan Hashlee Tajudin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan