Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

26 Apr 2010

BN Tolak Gesaan Perkasa

KUALA LUMPUR, 26 April — Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar) menolak gesaan Perkasa agar kerajaan pusat menangguhkan bantuan kepada masyarakat Cina susulan keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor semalam.

Tengku Adnan berkata adalah tidak wajar masyarakat Cina pada keseluruhannya dihukum hanya kerana peratusan menyokong pihak BN sangat tidak memuaskan.
“Kita kerajaan yang bertanggungjawab... tak wajar menghukum kerana ada juga pengundi Cina yang sokong BN,” kata beliau ketika ditanya gesaan Perkasa hari ini agar kerajaan persek
utuan BN menangguhkan bantuan dan peruntukan kepada masyarakat Cina ditangguhkan.
Selain Perkasa, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga kecewa dengan tahap sokongan pengundian Cina kepada BN semalam.
Tengku Adnan menjelaskan BN merupakan sebuah ikatan yang bergerak bersama dalam pelbagai aspek berkaitan dengan politik termasuk soal pengagihan kerusi dan bertanding dalam pilihan raya.
Sebagai contoh kata beliau, walaupun pemimpin tempatan menuntut agar kerusi Parlimen Hulu Selangor diserahkan kepada Umno tetapi kepimpinan pusat memutuskan agar ia terus ditandingi calon MIC.

“Saya tak fikir kita boleh lakukan begitu, sebahagian daripada undi yang kita terima juga datang daripada pengundi-pengundi Cina,” kata beliau pada sidang media di ibu pejabat Umno di sini hari ini.
“Malah kita juga memberikan wang kepada Kelantan dan negeri-negeri lain walaupun kita kalah,” kata beliau dalam nada kerajaan pusat akan terus menyediakan bantuan.
Ketika kempen fasa terakhir pilihan raya kecil Hulu Selangor yang berakhir semalam, Datuk Seri Najib Razak menjanjikan peruntukan RM3 juta untuk sebuah sekolah Sekolah Jenis Kebangsaan berhampiran perkampungan baru di kawasan Rasa.
Najib yang juga Pengerusi BN menjanjikan RM90,000 untuk tanah perkuburan Kwang Tung di Ulu Yam selain peruntukan untuk persatuan muhibah dan Hokkien di kawasan berkenaan.
Majoriti undi di kawasan daerah mengundi Pekan Rasa dan Hulu Yam Lama dimenangi Pakatan Rakyat.
Sehubungan itu kata beliau, BN akan mencari jalan untuk mengenal pasti sebab peratusan masyarakat Cina tidak mengundi BN kali ini yang lebih tinggi berbanding 2008.
Difahamkan paras sokongan pengundi Cina untuk BN kurang daripada 30 peratus, lebih rendah berbanding 8 Mac 2008.
“Kita akan adakan bedah siasat bersama pemimpin-pemimpin MCA untuk mengenal pasti punca (mengapa ramai pengundi Cina tidak menyokong),” kata beliau sambil menambah, pihaknya sudah memulakan urusan bedah siasat hari ini.
Bagaimanapun kata Tengku Adnan, beliau akan menemui pemimpin-pemimpin MCA selepas pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu pada 16 Mei ini.
Kata Tengku Adnan, beliau sudah mengadakan perbincangan dengan pemimpin-pemimpin MCA semalam dan mereka juga bersetuju untuk mengadakan pertemuan bersama mencari punca dan mengatasi masalah itu.
“Saya yakin... bila MCA duduk mengadakan perbincangan dengan kita, kita akan mengenal pasti puncanya,” kata beliau yang juga Setiausaha Agung Umno.
Dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang kontroversi menggesa kerajaan BN menangguhkan bantuan dan peruntukan yang dijanjikan untuk masyarakat Cina ekoran keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor.
“Amat wajar kerajaan tangguh dulu apa jua peruntukan dan kelulusan kepada masyarakat kaum Cina, terutama desakan-desakan MCA dan Gerakan kerana jelas masyarakat Cina di Hulu Selangor serta India tidak menyokong BN.
“Mereka langsung tidak hargai apa yang diberi oleh kerajaan BN walaupun kerajaan BN terpaksa mengguris hati orang Melayu dan Bumiputera,” kata Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas mengulas keputusan malam tadi yang memihak BN tetapi majoriti cuma 1,725 undi.
Walaupun analisis menunjukkan sokongan pengundi Cina masih belum memihak kepada BN tetapi ia menerima peningkatan undi komuniti India hampir 10 peratus.
BN meletakkan sasaran majoriti 6,000 undi tetapi jumlah kelebihan undi diterima calon BN P. Kamalanathan ialah 1,725 undi.
Dalam pada itu Tengku Adnan juga menafikan BN menggunakan politik beli undi untuk mendapatkan undi pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor.
“Saya dengar semalam mereka buat tuduhan. Itu adalah strategi mereka calon Pakatan yang sudah kalah,” katanya sambil menambah BN menerima aduan Pakatan Rakyat yang mengagih-agihkan RM200 kepada pengundi.
Tengku Adnan juga tidak menolak kemungkinan akan mengambil tindakan terhadap calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim yang membuat tuduhan semalam.TMI

Tiada ulasan:

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.