Sungguh menyayat hati, peristiwa ini berlaku kira-kita 10  meter dari penglihatan saya dan 2 rakan ketika kami berada didalam  kereta untuk meninggalkan Pusat Pengundian Sekolah Menengah Bukit  Sentosa kira-kira jam 3.45 petang tadi.
Mangsa yang tidak saya kenali  bersama seorang adik perempuan kecilnya dan seorang lagi yang memakai  t-shirt AMK (mungkin adik beradik) telah dipukul dengan kayu hingga  berdarah dan lebam seluruh belakang badan. Manakala temannya  terbongkok-bongkok kesakitan dibahagian perut akibat dipukul oleh  puluhan penyokong Barisan Nasional.
Saya berjaya menangkap dan  memeluk adik perempuan yang berlari dan menangis ketakutan dan menjerit  memberitahu abangnya kena pukul.
Saya sempat bersama mangsa yang  memberitahu bahawa mereka melalui kawasan penyokong Umno untuk pulang  tetapi telah dipukul oleh penyokong Umno tersebut.
Anehnya tiada tindakan oleh  pihak polis walau pun berlaku dihadapan mereka. Meraka cuma menghalang  kemaraan Penyokong PR dari Subang yang meluru kearah penyokong Umno  ketika peristiwa tersebut berlaku.
Sepatutnya Polis berkawal  menghadap penyokong kedua-dua parti tetapi amat dikesali kerana tiada  tangkapan dibuat. Saya tidak pasti adakah mereka nampak peristiwa 2 AMK  tersebut dipukul dan jika tidak pun saya tidakk pasti mengapa tindakan  terlalu lambat hingga sempat kedua-duanya dipukul hingga berdarah baru  Polis bertindak mengawal keadaan.
Saya menasihatkan kedua-duanya  membuat lapuran Polis dan seterusnya menghubungi sahabat Peguam dari  Kota Raja yang bertugas supaya menghantar peguam ke Bukit Sentosa bagi  membantu mangsa.
Bersambung : gambar-gambar  bagaimana kejadian berlaku.
 


Tiada ulasan:
Catat Ulasan