Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

4 Nov 2008

Eurocopter: Ada Penyelewengan

Eurocopter: Keputusan PAC Tidak Sebulat Suara

KUALA LUMPUR: Keputusan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) bahawa tidak ada penyelewengan dalam pembelian 12 unit helikopter bernilai RM1.604 bilion tidak sebulat suara Beberapa anggotanya berpendapat urusniaga untuk membeli Eurocopter EC725 Cougar bagi menggantikan helikopter Nuri yang berusia 42 tahun tidak dijalankan dengan sepatutnya. Mereka memandang berat hakikat bahawa urusniaga itu hanya dibuat untuk Eurocopter. “Tidak ada penender yang dipanggil untuk mengemukakan klarifikasi tender pada dokumen tender,” demikian menurut salah seorang anggota PAC. Dalam kenyataan rasminya, PAC memandang berat ketiadaan pemeriksaan fizikal dibuat ke atas 12 helikopter Eurocopter EC725 sebelum kerajaan memutuskan untuk membeli helikopter berkenaan yang kini telah pun ditangguhkan pembeliannya. Pengerusinya Datuk Azmi Khalid berkata, Kementerian Pertahanan menjelaskan bahawa pihaknya tidak membuat satu uji terbang khusus memandangkan pesawat itu sedang diguna pakai dalam pelbagai keperluan di peringkat antarabangsa. Sehubungan itu, Azmi berkata PAC mencadangkan pada masa akan datang, Kementerian Pertahanan perlu memberi perhatian yang serius berkaitan pemeriksaan fizikal terperinci ke atas pesawat yang hendak dibeli. Harakahdaily

Semua pihak termasuk wakil Kementerian Pertahanan terpaksa “radar” mencari alasan untuk menyelamatkan pemimpin mereka. Lantaran itulah mereka memberi jawapan “tidak konkrit” terhadap keputusan tidak menjalankan ujian fizikal terhadap helikopter tersebut bersandarkan kepada pengamatan dan pengalaman lalu semata-mata. Jika inilah mentaliti anggota keselamatan kita dalam menilai sesebuah helikopter tentera maka bayangkan jika musuh meletakkan sesuatu pada helikopter itu? Adakah kita tahu?. Mungkin diletakkan atau pun sebagainya untuk tujuan mengintip kekuatan angkatan tentera kita?.

Apa akan berlaku kepada negara?. Tidak munasabah langsung beli helikopter berbilion ringit hanya dengan melihat dokumen semata-mata. Ini bukti adanya unsur penyelwengan. Orang yang mahu beli kereta baru sekalipun akan membuat “test drive” kenderaan tersebut, apatah lagi helikopter yang akan digunakan oleh pasukan keselamatan negara. Rasionallah sikit dalam membuat penilaian. Maklumlah belia helikopter berbilion ringgit bukan guna duit sendiri, tapi duit rakyat. Bayangkan jika duit sendiri? sudah pasti berkali-kali akan di “test flight” helikopter tersebut agaknya. Jangan hancurkan harapan rakyat. Orang kampung pun tahu berbicara melihat senario yangberlaku ini.

Tiada ulasan:

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.