Pernikahan pengarah filem terkenal, Aziz M. Osman, 46, dengan Nor Radhiah Ramli, 22, adalah sah di sisi undang-undang dan juga hukum syarak kerana pernikahan Nor Radhiah sebelum ini telah diisytiharkan oleh Mahkamah Syariah sebagai tidak sah.
Menurut tokoh agama, Datuk Dr. Harun Din, pernikahan seseorang itu adalah sah dengan syarat lima rukun nikah iaitu calon suami, calon isteri, wali, saksi dan juga akad.
"Urusan pernikahan adalah mengikut peraturan negeri dan melalui jurunikah yang telah ditauliahkan.
"Jika pernikahan telah diisytiharkan oleh kerajaan negeri sebagai tidak sah maka tidak wujud istilah talak ataupun cerai oleh itu si isteri boleh bernikah lain," katanya ketika diminta mengulas status pernikahan Aziz ekoran wujud dakwaan menyatakannya tidak sah.
Ia ekoran dakwaan ibu Aziz, Afida Es bahawa perkahwinan itu tidak sah kerana Nor Radhiah berkahwin dengan Aziz dalam tempoh edah selepas bercerai dengan suaminya sebelum ini.
Kedua-duanya bernikah pada 16 Ogos lalu.
Namun, Harun memberitahu, sekiranya si isteri pernah bersetubuh sebelum ini dengan 'suami pertamanya' yang dikira sebagai 'bersetubuh dalam kesamaran' atau wati syubhah maka dia perlu melalui proses edah bagi mengelak keraguan jika mengandung.
Sementara itu di Kuala Terengganu, Nor Radhiah yang dihubungi memberitahu, beliau terpaksa menunggu tiga bulan lagi untuk mengetahui pengesahan perkahwinan dengan pengarah Aziz daripada Mahkamah Syariah, di sini.
Katanya, dia sudah mendapatkan borang pengesahan perkahwinan dan berharap masalah yang dihadapi dengan suaminya selesai secepat mungkin.
Sumber : Kosmo

1 ulasan:
maknya tu tau ke hukum hakam.
dengar cerita perceraian dengan Vee dulu pun kerana ada campur-tangan ibu. Nasib vee tu tak kembali ke agama asal
Catat Ulasan