Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

3 Nov 2008

Rakyat Diperdaya Bayar Harga Lebih Mahal ~ Malaysiakini

TAHUKAH anda memberi subsidi kepada kerajaan antara 60 sehingga 72 sen setiap liter diesel atau petrol yang anda beli di stesen minyak.

Ini kerana harga yang anda bayar dipam adalah jauh lebih mahal daripada harga sebenar di loji penapis minyak.

Siasatan Suara Keadilan menunjukkan harga depot diesel di loji penapisan Tangga Batu, Melaka pada 24 Oktober 2008 adalah hanya RM1.78 se liter dan petrol kira-kira RM2.00 se liter.

Harga depot ini diperolehi dari sumber loji penapis minyak Petronas.

Harga di stesen minyak yang terpaksa dibayar oleh pengguna pula ialah RM2.20 seliter bagi diesel dan RM2.30 untuk petrol.

Kerajaan pula berkata harga yang dijual kepada rakyat sudah dimasukkan subsidi sebanyak 30 sen setiap liter.

Jika ini diambil kira maka harga depot yang telah diberikan subsidi sebanyak 30 sen bagi diesel sepatutnya RM1.48 bagi diesel dan RM1.70 pula bagi petrol.

Harga inilah yang sepatutnya dibayar oleh pengguna diesel dan petrol di negara ini bukannya seperti yang diumumkan kerajaan.

Ini juga bermakna pengguna telah terpedaya dengan membayar 72 sen lebih bagi setiap liter diesel dan 60 sen seliter bagi petrol.

Harga depot ialah harga minyak mentah yang telah diproses di loji penapisan dan ia mencerminkan harga sebenar produk yang dihasilkan dari proses penapisan di loji.

Harga depot yang diperolehi adalah berdasarkan harga minyak mentah dunia pada 24 Oktober 2008 iaitu USD64.15 setong (RM229.66 pada kadar nilai pertukaran RM3.58 bagi setiap USD1)

Malaysia mempunyai tiga loji penapis minyak - dua di Tangga Batu dan satu di Kerteh, Terengganu dengan kapasiti penapisan sebanyak 256,000 tong sehari (34,000 tan metrik) atau 47% daripada jumlah kapasiti keseluruhan yang sedia ada di negara ini.

Subsidi didefinasikan sebagai “wang yang dibayar oleh Kerajaan kepada pengeluar atau penjual sesuatu produk supaya harga runcit produk tersebut rendah berbanding kos sebenar atau harga pasaran. Subsidi merupakan bantuan untuk meringankan beban kepada pengguna.”

Apakah sebenarnya kerajaan bercakap benar apabila mengatakan harga bahan api yang dijual kepada rakyat adalah harga subsidi atau sebenarnya rakyat yang ditipu bulat-bulat?

Ahli Parlimen Shah Alam, Ir Khalid samad yang berkelulusan di dalam bidang kejuruteraan bahan api dan tenaga daripada University of Leeds, United Kingdom berkata jika dilihat daripada perbezaan harga di antara harga depot dan harga di stesen minyak besar kemungkinan kerajaan sebenarnya tidak memberi apa-apa subsidi seperti yang diwar-warkan kepada rakyat selama ini.

“Kerajaan perlu telus dan dedahkan kepada rakyat apakah kaedah dan mekanisma harga yang digunapakai untuk menentukan harga minyak supaya rakyat pun mampu menilai pendekatan yang diambil kerajaan.
“Melihat kepada harga yang terpaksa dibayar oleh pengguna berbanding harga sebenar bahan api saya berpendapat tidak ada sebarang subsidi diberikan oleh kerajaan,” jelas beliau.

Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya (2) PAS Selangor menyuarakan kebimbangan terhadap hujah yang digunakan oleh kerajaan untuk menjustifikasikan kenaikan harga diesel dan petrol.

“Dulu apabila harga minyak dipasaran dunia melambung naik tidak pula kerajaan bising bila mana pendapatan berlipat ganda tetapi sekarang dalam situasi harga minyak menurun kerajaan mula bising pendapatannya berkurangan.
“Sama ada bila harga minyak dunia naik ataupun turun rakyat yang akhirnya menjadi mangsa dan terpaksa menanggung beban,” tegas Khalid ketika dihubungi.

Beliau turut menyarankan agar kerajaan menurunkan setengah daripada harga diesel dan petrol masa kini berdasarkan penurunan lebih daripada 50 peratus harga pasaran dunia.

Ahli ekonomi kanan Bank Islam Malaysia Berhad, Azrul Azwar Ahmad Tajudin berpendapat sekiranya benar dakwaan kerajaan tidak memberi apa-apa subsidi kepada harga bahan api maka rakyatlah yang rugi kerana mereka tidak mendapat faedah yang sepatutnya dinikmati.

“Kalau kerajaan tetap mengatakan subsidi bahan api diberi sebanyak 30 sen se liter tidak pula kita melihat kesan kepada penurunan harga barangan keperluan dan perkhimatan.
“Malah apa yang kita lihat harga barangan pengguna dan perkhidmatan tetap tidak turun walaupun harga minyak sudah dipotong sebanyak tiga kali,” Azrul Azwar berkata.

Sebaliknya beliau mencadangkan supaya kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak 50 sen sekiranya ingin memberi impak yang berkesan dan bukannya berdikit-dikit seperti yang dilakukan sekarang.

Beliau juga berkata penurunan besar akan memberi kesan positif bukan sahaja kepada kerajaan malah juga pengguna.

“Sekarang kuasa pembeli agak lembab disebabkan tekanan kos barangan yang tinggi.
“Sekiranya kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak 50 sen ini akan menyebabkan harga barangan lain turun menurun dan keadaan ini akan menggalakkan pengguna berbelanja.
“Kerajaan pula akan mendapat hasil daripada cukai jualan dan ini sedikit sebanyak mampu menyumbang kepada pendapatan kerajaan,” jelasnya lagi.

Penganalisa ekonomi menjangka trend kejatuhan harga minyak di pasaran antarabangsa akan berterusan jatuh sehingga pertengahan November tahun ini. ~SuaraKeadilan

1 ulasan:

I swear berkata...

That's why this Sh.r.r guy has lost all my respect. I used to think he's one of the guy you can trust but now.......

Also, our economic advisors are ...........

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.