Peratusan ini adalah tinggi berbanding dengan 5 pilihanraya kecil sebelum ini. Jika trend ini berterusan sehingga ke petang tidak mustahil ianya akan mencecah 90%, suatu yang boleh dibanggakan.
Namun begitu persoalannya mengapa pengundi begitu 'dahaga' untuk mengundi sehingga sanggup keluar awal sedangkan trend pengundian pada PRK sebelum ini agak normal dengan lebih kurang 50-60 % sahaja yang keluar sehingga jam 2 petang.
Apapun kita yakin petugas PAS akan sentiasa berwaspada dengan segala kemungkinan yang berlakunya penipuan dan penyelewengan jika dilakukan pihak lawan.
3.09 petang - Di Sungai Peria, dua eorang petugas muslimat PAS, dimasukkan ke hospital Kuala Krai akibat cedera parah akibat balingan batu dari kumpulan penyokong BN
3.00 petang - Perjalanan ke beberapa UPU masih sesak. Diantaranya Sungai Peria, Sungai Sok, Chuchoh Putri dan Laloh 2.55 petang - Calon PAS, sebentar tadi tiba di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Lama. Keadaan di sana tenang berikutan tiadanya petugas perayu undi dari BN.
2 ulasan:
kalau mencecah 90% jadi Hunain lah Manek Urai.Seperti yang dialami dipilihanraya Terengganu yang PAS kalah kepada Dato Deris Jusoh tahun 2004.Moga-moga tidak begitu.
kemungkinan kalah itu berdasarkan negeri negeri lain,tetapi di Kelantan agak berbeza.,.
Kita lihat dlm PRU12,kalau ikut pemerhatian PAS pasti Kalah dan Kelantan akan jatoh pada BN.
Tetapi ia berlaku sebalik nya.,bila rakyat Kelantan yg.begitu matang dalam politik tetap mengundi PAS.
Doa dan harapan kita agar di MU ini akan berlaku setuasi yg.sama.
Catat Ulasan