Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

12 Jul 2009

PRK N41 Manek Urai (35) : Polis Jadikan Rumahnya Sebagai POS BN


http://www.buletinonline.net/images/stories/ManekUrai/kenderaanpolishalanglalulintas3.jpg
MANEK URAI – Pengarah Operasi Pilihan Raya PAS Manek Urai, Abdul Fatah Harun berkata PAS sudah menghampiri angka seratus peratus pengundi sasaran.

Pada sidang media harian PRK Manek Urai di Markaz Induk pagi ini, beliau bagaimana pun berkata pengundi luar adalah sangat penting untuk mengekalkan kemenangan di Manek Urai.

http://www.buletinonline.net/images/stories/ManekUrai/kenderaanpolishalanglalulintas2.jpgDalam perkembangan yang sama PAS merasa kesal dengan tindakan UMNO dan Barisan Nasional (BN) kerana terus menggunakan jentera kerajaan dalam PRK Manek Urai.

”Ada agensi-agensi kerajaan yang menggunakan sepenuhnya pegawai dan kakitangan dari pusat turun berkempen di Manek Urai, ini perkara lama di ulang lagi,rakyat mengetahui dan memerhati perkara ini,

”seolah-olah PAS bertanding melawan sebuah kerajaan, bukan melawan parti,”katanya

Menurutnya PAS masih lagi dapat bertahan menggunakan jentera parti dan tidak menggunakan jentera kerajaan Kelantan.

Apabila ditanya apakah tindakan PAS terhadap perkara tersebut, beliau berkata, PAS akan terus memberitahu rakyat dan rakyat akan menilai.

http://www.buletinonline.net/images/stories/ManekUrai/kenderaanpolishalanglalulintas1.jpgSebelum itu, beliau berkata terdapat laporan dan rungutan yang banyak diterima dari orang ramai tentang perilaku pihak polis dan kenderaan pihak polis yang terlalu banyak telah mengganggu lalu lintas.

”Pemimpin Barisan Nasional diminta memerhatikan jejak langkah pihak polis yang bertugas yang memaninkan peranan sehingga ada yang menjadikan rumahnya sebagai pos Barisan Nasional,

”ramai yang berasa kecewa terhadap kenderaan polis yang terlalu banyak diletakkan ditepi-tepi jalan, yang meyusahkan orang ramai,”katanya

Bukti yang terbaru UMNO/BN menggunakan agensi kerajaan adalah berita yang dipaparkan oleh Bernama seperti dibawah;

Risda terus bela nasib pekebun kecil Manik Urai
12/07/2009 2:12pm

KUALA LUMPUR 12 Julai — Nik Dee Nik Mat, 66, mampu menarik nafas lega dengan bantuan kewangan dan teknikal daripada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) untuk membantu pekebun kecil getah sepertinya di Manik Urai.

Melalui projek tanaman semula, beliau kini menanam semula kebun getahnya seluas 2.4 hektar di Kampung Lata Pauh, Chuchoh Puteri, dengan tidak terbeban seperti sebelumnya.

“Masa (harga) getah naik dulu, pakcik pakai kuli. Lepas tu harga getah turun, susah. Lani (sekarang ni) harga dah stabil dalam RM2.60 sekilogram.

Oklah, mujur dengan bantuan tanaman semula dari Risda boleh buat balik kebun,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Chuchoh Puteri.

Nik Dee adalah antara 3,400 pekebun kecil di Manik Urai yang mendapat manfaat daripada projek tanaman semula Risda.

Melalui projek itu, mana-mana pekebun yang memiliki kebun getah yang tiada nilai ekonomi akan dibantu melalui projek tanaman semula bagi menanam semula pokok getah yang lebih berkualiti. - Bernama

Tiada ulasan:

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.