Berikut adalah laporan dari Harakahdaily pukul 4pm 11/7/09.
Bagai menanti buah yang tak akan gugur, ramai di kalangan yang hadir di Kompleks Masyarakat Penyayang Pulau Pinang petang tadi ternyata kecewa apabila Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaludin tidak hadir dalam debat bersama Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa.
“Takut dengan bayang-bayang sendiri,” demikian antara tanggapan orang ramai yang hadir pada petang tadi apabila dimaklumkan ketiadaan Ketua Pemuda Umno itu.
Sebaliknya, tempatnya diambil oleh Pengerusi Biro Agama, Pergerakan Pemuda Umno Malaysia,Afendi Yusuf dalam debat yang berlangsung jam 2 petang tadi.
Ingatkan Ketua Pemuda gerombolan berani, maklumlah pemuda darah panas dan bersemangat. Rupa-rupanya menikus jugak.
Hari tu Zahid yang kecut dengan Husam dengan tidak menghadirkan diri dirancangan Hujah TV9 untuk berhujah dengan Husam.
Kemudian Najib tidak berani menyahut cabaran Tuan Guru Nik Aziz untuk berdebat.
Hari ini KJ pulak menunjukkan kelemahan Ameno. Agaknya bila la geng gerombolan ni berani berdebat secara terbuka dengan Pakatan Rakyat ek?
3 ulasan:
Helah dan penafian khairy jamaludin berhubung debat dengan Mujahid..baca kat sini
Setakat ini kelibat Najib belum nampak lagi di Manek Urai. Dia lebih senang mengumumkan 'hadiah' untuk rakyat sempena 100 hari beliau jadi PM di KLCC di depan mat bangla dan mat indon berbanding untuk melakukannya di depan rakyat Manek Urai.
Najib sudah tentu tidak mahu pilihan raya kecil (PRK) Manek Urai dikaitkan dengan diri dia.
Dia tidak mahu kekalahan di Manek Urai dianggap sebagai penolakan rakyat kepada pimpinan beliau.
Malah hantu Altantuya akan mengekori beliau kalau beliau datang ke Manek Urai yang sedikit sebanyak akan membawa sial kepada parti UMNO.
Catat Ulasan