Malah laporan tidak rasmi menyebut Noordin mungkin terbunuh dalam serbuan polis ke atas sebuah rumah di Temanggang, Jawa Tengah.
AP melaporkan, dalam kejadian itu, polis Indonesia telah membunuh dua suspek militan selain menahan lima lagi suspek serta merampas bahan letupan dan sebiji bom kereta.
Sepanjang malam tadi, media tempatan melaporkan, Noordin yang merupakan perancang dalam beberapa siri pengeboman di Indonesia bersembunyi di dalam rumah di mana bunyi tembakan dan letupan masih kedengaran selepas 10 jam polis mengepung kawasan rumah itu.
Dua stesen televisyen tempatan melaporkan, Noordin telah terbunuh dalam operasi itu namun perkara itu tidak dapat disahkan. Ujian DNA mungkin akan dilakukan untuk memastikan perkara itu.
Serbuan ke atas rumah itu dilakukan selepas polis mengepung rumah tersebut selama kira-kira 16 jam.
Sekurang-kurangnya lima letupan kuat menggegarkan kawasan rumah itu menjelang subuh.
Noordin, suspek yang amat dikehendaki sebelum ini turut mengaku bertanggungjawab ke atas kejadian letupan dua hotel milik warga Amerika Syarikat di sini bulan lalu.Mstar
2 ulasan:
DiMalaysia muka-muka Wanted Warga Indonesia banyak terpampang di Balai Polis dan tempat-tempat awam
binarumahbaru
Catat Ulasan