Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

7 Jul 2009

PRK N41 Manek Urai (22) : Tuan Guru Presiden ziarah penduduk Laloh

Tuan Guru Presiden PAS sempat menziarahi seorang penduduk Kg Laloh yang telah diserang stroke. Kg Laloh merupakan kawasan yang terletak di dalam DUN Manek Urai.

Hj Mokhtar Kadir berumur 60 tahun merupakan sepupu kepada Arwah Pak Su Wel, bekas Adun yang telah banyak berjasa kepada penduduk di DUN Manek Urai. Hj Mokhtar memberitahu kepada Tuan guru bahawa beliau telah lama mengidap penyakit tersebut.

Kelihatannya beliau tidak mampu berdiri sendiri melainkan dibantu oleh keluarga beliau.

Tuan guru yang sangat bersimpati, juga menasihati kepada Hj Mokhtar supaya banyak bersabar menghadapi dugaan yang sangat mencabar tersebut dan banyakkan berdoa kepada Allah agar diberi kekuatan olehNya.

Turut sama dalam program ziarah tersebut ialah YB Dato' Hj Omar Mohamad yang merupakan ADUN Perupuk.

Sebelum itu Tuan Guru Hj Abd Hadi menyampaikan kuliah Maghrib di Masjid Laloh, bertajuk Isra' Mikraj.

Dalam kuliah tersebut, Tuan Guru menyeru kepada ahli jamaah masjid supaya berjuang menegakkan Islam dan menyokong risalah yang diwarisi daripada Rasulullah s.a.w tersebut.

6 Jul 2009

PRK N41 Manek Urai (21) : Gambar Sekitar Penamaan Calon



Para pemimpin PAKATAN RAKYAT bersama mengiringi ABE UJI, Calon PAS



Pimpinan tertinggi PAS bersama Calon PAS sebelum perarakan




Pemuda PAS bersemangat mengiringi calon PAS.....TAKBIR!!!




Pemuda PAS bersiap sedia untuk perarakan








Abe Uji diiringi Tok Guru kesayangan kita...


FRU bersiap sedia...



YB Ustaz Latif dan Abe Uji berucap selepas penamaan calon selesai.

TINGGInya Songkok...
Tapi ada jugak Penyokong UMNO sesak dalam ribuan Penyokong PAS...

Puluhan ribu penyokong yang hadir..

Ramainye....

Kelab Penyokong India pun hadir... siap bergendang India lagi..


Naib Presiden PAS Dato Tuan Ibrahim pun sempat beri kata-kata semangat

Abg Mat Sabu pun tak ketinggalan...

EXCO Pemuda PAS Pusat, Ust Ridhuan Mohd Noor

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ust Idris Ahmad

"Saya sudah berTAUBAT... Penyokong UMNO bila lagi?"
Tanya Ketua Kelab Penyokong PAS Perak
Timbalan Ketua AMK Pusat, Cikgu Faris

PRK N41 Manek Urai (20) : Menjelang Penamaan Calon.

Menjelang sehari sebelum hari penamaan calon, Manek Urai semakin menjadi tumpuan apabila pertandingan antara dua parti major di negara ini, PAS dan Umno-BN bakal merakamkan sebuah lagi sejarah dalam landskap politik semasa.

Semakin hari, semakin ramai polis dan tentera berkampung di Manek Urai kononnya untuk menjaga keamanan dan mengelakkan sebarang insiden pergaduhan antara penyokong PAS dan Umno menjelang hari penamaan calon.

Dalam tinjauan yang dibuat,kelihatan ‘perkampungan Martek PDRM’ telah pun didirikan di Laloh dan semakin banyak pondok-pondok polis dibina di sekitar Manek Urai.

Di sebalik perang poster dan bendera yang semakin rancak di kiri kanan jalan, kenderaan polis seperti trak, kereta dan motorsikal juga semakin bertali arus dilihat di sepanjang jalan raya menuju ke Kota Bahru.

Bilik-bilik gerakan kedua-dua belah pihak juga semakin banyak dan aktif menjalankan mesyuarat tidak kira pagi atau petang.

Para petugas semakin giat menggantung poster dan bendera sehingga bekerja hingga lewat malam walaupun tinggal sehari sahaja lagi penamaan calon akan diadakan.

Bagi kebanyakan penduduk di Manek Urai, musim pilihanraya merupakan masa yang sesuai untuk menambah pendapatan mereka kerana pada masa inilah Manek Urai didatangi oleh para petugas, penyokong dari kedua belah pihak dan polis.

Kedai-kedai makan, gerai buahan dan makanan tempatan seperti lemang dan kuih akok menjadi tumpuan pengunjung dari luar yang semakin bertambah menjelang hari penamaan calon.

Bagaimanapun, suasana dijangka menjadi semakin meriah dengan kehadiran pelbagai pihak di Manek Urai antara tempoh kempen penaman memandangkan pelbagai isu semasa yang membantu merancakkan lagi perjalanan kempen pilihan raya kecil di Manek Urai ini.

MB Kedah: DAP Kedah Masih Komponen Pakatan Rakyat



Menteri Besar Kedah, Dato Seri Azizan Abdul Razak hari ini menyatakan DAP Kedah masih lagi merupakan rakan komponen Pakatan Rakyat di Kedah sekalipun ADUN tunggal DAP, Lim Guan Aik telah mengumumkan menjadi ahli bebas.

"Saya yakin dia (Lim Guan Aik) tidak keluar walaupun diberi makluman di dalam media, pada saya, beliau masih lagi rakan saya, masih di dalam Pakatan Rakyat kecuali saya menerima surat rasmi dari PAS Pusat atau sekurang-kurangnya dari Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu saya tiada lagi DAP di dalam (kerajaan negeri) Kedah," tegas Dato Seri Azizan.

Beliau menyatakan demikian selepas pertemuan dengan Ketua de facto PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini

Lee dilaporkan sebelum ini telah bertindak menjadi ahli bebas pada 3 Julai lalu selepas Majlis Bandaraya meruntuhkan bangunan penyembelihan khinzir di Alor Star pada 1 Julai. DAP telah menarik diri dari Pakatan Rakyat sebaik sahaja usaha mereka untuk menahan bangunan tersebut dari dirobohkan oleh MBAS gagal.

Dato Seri Anwar menganggap masalah perobohan bangunan pusat penyembelihan khinzir di Kedah sebagai selesai dan menyatakan bahawa pihak kerajaan negeri Kedah telah bertindak dengan mengikut peraturan sewaktu merobohkan bangunan berkenaan.

Di dalam perkembangan berkaitan, Bernama melaporkan Pejabat Daerah Pendang menolak cadangan pembinaan tapak penyembelihan babi di Kampung Cina di sini kerana didapati tidak sesuai dan mendapat bantahan penduduk.

Pegawai Daerah Pendang, Abdul Shukor Abdul Ghani berkata keputusan itu dibuat selepas kajian dilakukan oleh jabatan terlibat yang melawat kampung itu baru-baru ini.

"Hasilnya Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Parit dan Saliran (JPS) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) sebulat suara mendapati lokasi itu tidak sesuai kerana dekat rumah penduduk dan akan mencemarkan kawasan berkenaan," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas menerima meorandum bantahan daripada Pengerusi Belia 4B daerah Pendang Ramli Abu Bakar, Abdul Shukor berkata pembinaan tapak penyembelihan dalam jarak 100 meter dari rumah penduduk juga tidak memenuhi syarat zon penampan sepanjang 500 meter yang disyaratkan JAS.

Selain itu, pemilik tanah yang bersetuju menyewakan tanah mereka bagi pembinaan premis juga telah pun menarik balik persetujuan itu kerana mengambil kira kepentingan penduduk.

Sebelum itu, lebih 100 penduduk Kampung China berarak dari Bangunan Umno Pendang menuju Pejabat Daerah Pendang bagi membantah pembinaan tapak penyembelihan babi di kampung mereka.

Seorang penduduk, Edin Chok Edin Proot, 52, berkata bantahan dibuat disebabkan tapak penyembelihan itu terletak berdekatan dengan Watt Siam tempat penduduk kaum Siam beribadat.

Katanya sekiranya tempat penyembelihan babi dibina di kampung mereka, lebih 800 penduduk akan berhadapan kesan pencemaran yang teruk dan menjejaskan kehidupan mereka.

"Kami menolak cadangan pembinaan di kawasan ini dan berharap kerajaan negeri mempertimbangkan semula serta mencari kawasan lain," katanya.

5 Jul 2009

JOM! KE HIMPUNAN PEMUDA PAKATAN RAKYAT

PENCERAMAH :

YB Dato' Husam Musa ( Exco Kerajaan Kelantan )
Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi (Ketua Pemuda PAS Pusat)
Sdr. Shamsul Iskandar Mohd. Akim (Ketua Angkatan Muda PKR)
YB. Ustaz Latif Abdul Rahman (Ketua Pemuda PAS Kelantan)
Sdr. Suhaizan Kayat

Tarikh : 5 Julai 2009 (Ahad)
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Sungai Sok, Manek Urai.

Semua dijemput hadir.

Gagal Tawan Rakyat, Zambry Umpan ADUN Pakatan


Setelah gagal menangani bantahan rakyat Perak terhadap rampasan kuasa di negeri itu, Menteri Besar Zambry kadir dari UMNO kini menggunakan taktik baru meraih sokongan orang ramai.

Beliau cuba pula untuk mengumpan kerjasama Pakatan Rakyat dengan menawarkan adun mereka pelbagai jawatan namun usaha itu gagal.

Zambry melantik 4 adun daripada gagasan pakatan itu sebagai ahli jawatankuasa kerajaan negeri Perak bersabit urusan Dewan Undangan Negeri.

Namun pemimpin UMNO itu sekali lagi membelakangkan perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri dalam menawarkan jawatan itu kepada empat adun berkenaan.

"Pakatan Rakyat Menyoalkan Secara Rasmi tentang lantikan itu dibuat tidak sah ,dan tidak sebarang asas undang-undang . Lantikan ini juga secara paksaan dan tidak sebarang setuju dari adun-adun keempat-empatnya." Kata Nga Kor Ming.

Zambry melantik Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim bin Abdullah dari PAS ditawarkan sebagai Ahli Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat Negeri Perak. Manakala Adun Pokok Asam, Yee Sue Kai dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang , Adun Tebing Tinggi, Ong Boon Tiow pula diberi jawatan Ahli Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Negeri Perak serta Adun Changkat Jong, Haji Mohd Anuar Sudin dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri perak.

Keempat- empat mereka menolak perlantikan itu kerana tidak ada sebaran usul bersabit perkara berkenaan dibentangkan pada sidang DUN 7 Mei lalu.

Malah sidang itu dipergunakan oleh UMNO untuk mengarahkan poli bertindak secara kekerasan untuk menyingkir speaker V.Sivakumar bagi membolehkan Zambry melantik calon sendiri untuk menggantikan Sivakumar.

Usaha terbaru Zambry membeli sokongan daripada adun Pakatan Rakyat hanya mencerminkan keadaan terdesak UMNO- BN Perak dalam berdepan dengan bantahan lantang rakyat yang mahu DUN dibubarkan supaya pilihanraya negeri diadakan semula. TVA

4 Jul 2009

Warna warni HIMP-best 2009.

Urusetia sukan dari Lajnah Sukan&Rekreasi Pemuda Pas Kaw. Besut

Pertandingan bolasepak pantai(peserta diwajibkan memakai kain pelikat)
Pertandingan sepakraga bulatan

Pertandingan tarik tali antara DUN

Pertandingan mewarna PASTI Kaw. Besut

Ust Zul Ketua Pemuda Kaw. Besut mengiringi YDP Kaw. Besut Ust W.Azhar W.ahmad menyampaikan hadiah kepada peserta

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.Pasukan Air Tawar A memenangi pertandingan bolasepak pantai mengatasi 22 pasukan yang menyertai acara ini,sementara tempat ke2 dimenangi pasukan Gong Badang,ke3 Air Tawar B dan ke4 Seberang Kastam.Sementara itu dari 9 pasukan yg mengambil bahagian dalam acara sepakraga bulatan,pasukan Pusu Tinggi muncul juara dan tempat ke2 pasukan Padang Baloh.Pasukan Dun Jertih pula berjaya mengalahkan pasukan Dun Kota Putera dalam penentuan juara bagi acara tarik tali yg turut disertai pasukan Dun Kuala Besut dan Dun Hulu Besut.Dalam acara mewarna bagi Pasti seluruh kawasan Besut 1o hadiah disediakan setiap peringkat umur 4 hingga 6 tahun.Sekian dari Ambo jika diizinkan Allah kita jumpa lagi tahun hadapan insyaallah sebelum itu serangkap pantun dari AMBO:
buah selasih diatas para,
buah petai diatas peti,
terima kasih semua pemuda,
kerana sertai himpunan kami,

- MALAYSIA BERIH

Road Show Pelancaran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).

http://dppwp.files.wordpress.com/2009/06/stiker-isa.png?w=468&h=166

Berikut adalah tarikh Road Show diperingkat negeri-negeri. Bermula jam 9.30 malam. Tempat program akan menyusul kemudian. Matlamat program ini adalah untuk mengajak semua rakyat Malaysia berhimpun di Kuala Lumpur pada 1hb Ogos 2009 mendesak kerajaan memansuhkan akta zalim ISA.

1. Terengganu : 10.7.09, Bersama YB. Sallahuddin Ayub, Ust Nasaruddin Hassan, Ust Azman Safawi.
2. Johor : 11.07.09, Bersama Ust Nasaruddin Hassan, Sdr. Suhaizan Kayat.
3. Perak : 16.07.09, Bersama YB. Sallahuddin Ayub
4. Kedah : 19.07.09, Bersama YB. Sallahuddin Ayub
5. Pahang : 22.07.09, Bersama Ust Azman Safawi
6. Perlis : 23.07.09, Akan ditentukan
7. Pulau Pinang : 25.07.09, Bersama Tn Hj. Mohammad Sabu
8. Melaka : 26.07.09, Bersama Ust Idris Ahmad
9. Wilayah Persekutuan : 28.07.09, Bersama YB. Mahfoz Bin Omar
10. Negeri Sembilan : 29.07.09, Bersama Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man
11. Selangor : 30.07.09, Bersama YB. Sallahuddin Ayub
12. Kelantan : Sepanjang pilihanraya Manik Urai

- Suhaizan Kayat

2 Jul 2009

Pengalaman Pemuda PAS dalam Debat

1. Debat , bahas , wacana dan diskusi adalah asas pendekatan Pemuda PAS untuk menyelesaikan apa jua masaalah dan isu yang berbangkit .

2. Dewan pemuda PAS bersedia untuk bertemu atau berhadapan dengan siapa sahaja dalam usaha mencari dan menegakkan kebenaran termasuk berhadapan dengan Pergerakan pemuda UMNO.

3. Sebelum ini Dewan Pemuda PAS sewaktu dibawah kepimpinan kekanda saya Yb. Salahudin Ayub pernah merintis jalan bertemu dan mengajak Pergerakan Pemuda UMNO untuk berbincang , berbahas dan berdebat mengenai isu seperti ISA dan PPMSI . Rujuk dan klik di sini :
[ video klip cabaran debat salahudin vs Khairy dalam satu kenyataan media bersama ]

4. Isunya ialah medan untuk berhujjah justeru Islam sangat menggalakkan kita berhujjah dalam mencari kebenaran demikian juga berhujjah dalam menumpaskan kebathilan . Medan untuk berhujjah terlalu luas . Letaklah apa nama sekalipun cuma Pemuda PAS kali ini memilih Wacana Ilmiah sebagai mewujudkan medan untuk berhujjah .

6. Sebelum ini saya sendiri telah berkali - kali mencabar Khairy Jamaludin berdebat tetapi malang beliau tidak pernah menyahutnya .

Pertama : Apakah Malaysia Sebuah Negara Islam ? [ klik ]
Kedua : Benarkah UMNO yang Memperjuangkan Kemerdekaan negara ?
Ketiga : Siapakah penderhaka Sultan ? [ klik ]

7. Kali ini saya tukar . Saya guna Wacana Ilmiah kelihatan lunak pada bahasa atau kalimah tetapi membawa maksud yang sama iaitu membuka medan berhujjah dan saya harap Khairy Jamaludin menerima pelawaan ini setelah ia berkali - kali menolak cabaran debat daripada saya .

5. Apa yang pasti ialah kita diajar menggunakan Quwwatul Mantiq [ kekuatan hujjah ] bukan Mantiqul Quwwah [ Hujjah kekuatan ] . Justeru itu saya sangat komited dengan usaha bertemu dan berhujjah walau atas nama apa sekalipun demi saya menegakkan kebenaran dan menumpaskan kebathilan . Ya Allah berikanlah daku kekuatan .

ها توا برهانكم إن كنتم صادقين

Sila kemukakan hujjah kamu jika sekiranya kamu benar !


Oleh : Ketua Pemuda PAS Pusat, Ust Nasrudin Tantawi

UM: 2 OKT dijangka ‘gantung pengajian’

Tertuduh yang diikat jamin semalam, Mohamad Izzuddin Hilmi Mohd Zaini dan Muhammad Syahrul Deen Ahmad Rosli akan digantung pengajian di Universiti Malaya.

Kenyataan dikeluarkan oleh penasihat undang-undang Hal Ehwal Pelajar universiti tersebut, Puan Thanavathi K. Krisnan petang semalam.

Walaubagaimanapun, tidak terdapat apa-apa kenyataan bertulis dikeluarkan lagi oleh beliau.

Ibu bapa tertuduh telahpun menghantar surat rayuan terhadap keputusan tersebut.

Dalam pada itu, menurut sumber pentadbiran universiti berkenaan kemungkinan rayuan tersebut diterima agak tipis.

Timbalan Naib Canselor, Datuk Prof. Madya Dr. Azarae Hj. Idris gagal dihubungi bagi mendapatkan maklumat lanjut. Beliau dipercayai menghadiri beberapa mesyuarat tertutup di Putrajaya semalam.

Keputusan tersebut juga boleh dipengaruhi oleh Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang baru dipinda. Pindaan terbaru itu menyebut sebarang kesalahan di dalam universiti tidak boleh dibawa kepada penahanan polis. Keputusan juga tertakluk kepada Mahkamah Universiti.

Hakim bagi Mahkamah Universiti, Prof Madya Dr. Ruzman Md. Noor walaubagaimanapun tidak dapat dihubungi dalam minggu ini.

Terdahulu, pemerhati kes contengan protes ‘anti-Rosmah’ di Universiti Malaya dari Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) semalam menyifatkan situasi kes dan tingkahlaku polis boleh dipertikai dari pelbagai sudut.

Pertikaian termasuk dakwaan pertama yang hanya melibatkan Seksyen 14(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 tetapi dibawah tahanan semalam seminggu.

Kesalahan tersebut juga tidak boleh dibawa kepada polis tetapi tertakluk kepada bidang kuasa pengawal keselamatan dan Mahkamah Universiti.-mahasiswakini

1 Jul 2009

Kenyataan Rasmi Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat : Menafikan Laporan Kerjasama dengan UMNO

1. Saya menafikan laporan yang dibuat secara salah dari kenyataan dan maksud Dewan Pemuda PAS Pusat sewaktu menyerahkan surat rasmi meminta Pergerakan Pemuda UMNO mengadakan ” Wacana Ilmiah secara Terbuka atas isu : Benarkah Perjuangan UMNO Tidak Bertentangan dengan Islam ” . sebagai menubuhkan sekteriat untuk bekerjasama dengan UMNO .

2. Terdapat laporan dan salah faham berkait dengan tindakan Dewan Pemuda PAS Pusat mengajak Pergerakan Pemuda UMNO untuk mengadakan wacana Ilmiah secara terbuka .

3. Wacana Ilmiah ini satu mekanisme untuk berhujjah seperti debat [ mujadalah ] dan muzakarah . Apa yang penting ialah Pemuda PAS Pusat mahu menyediakan medan dan ruang untuk berhujjah dan tentunya hujjah kita ialah untuk mencari kebenaran berpaksi kepada al Quran dan Sunnah .



4. Wacana Ilmiah lebih kepada satu mekanisme untuk mempertemukan dua pihak dan saling berhujjah secara terbuka untuk mencari kebenaran . Semua mesti tunduk kepada kebenaran dan tiada siapa yang boleh lari dan mengelak diri dari kebenaran dan tentunya yang benar itu ialah apabila ia selaras dengan al quran dan sunnah .

5. Apabila Pemuda UMNO membuat report polis terhadap kenyataan atau dakwaan Al Mursyidul Am yang mengatakan UMNO sesat ertinya UMNO tidak setuju mereka dilabelkan sebagai sesat . Maka Pemuda PAS Pusat menganjurkan wacana Ilmiah sebagai satu medan dan mekanisme untuk berhujjah bagi mencari kebenaran .

6. Laporan yang mengatakan Dewan Pemuda PAS Pusat akan mmenubuhkan seketeriat bagi mengadakan kerjasama dengan Pergerakan Pemuda UMNO adalah laporan yang salah dan tidak benar .

Sekian

Nasrudin bin Hj. Hassan

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat .

Ketua Pemuda PAS cabar Pemuda UMNO...



Kepada :

Yb. Sdra Khairi Jamaludin

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO
Ibu Pejabat Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Tingkat 28 , Menara Dato' Onn
Jalan Tun Ismail 50480 Kuala Lumpur.

Saudara Yb.

WACANA ILMIAH TERBUKA :
BENARKAH PERJUANGAN UMNO TIDAK BERTENTANGAN DENGAN ISLAM


Perkara diatas adalah dirujuk

Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Pusat dengan ini mengajak Yb sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia untuk mengadakan Wacana Ilmiah Terbuka mengenai isu yang tercetus mutakhir ini berkait dengan perjuangan UMNO, benarkah ia tidak bertentangan dengan Islam.

Saya mencadangkan kepada pihak Yb. untuk kita berbincang secara terbuka dengan mengemukakan 4 [ empat ] wakil daripada Pemuda UMNO dan 4 [ empat ] wakil daripada pemuda PAS.

Saya menyerahkan pemilihan tarikh, tempat dan masa yang sesuai kepada pihak Yb. dan mencadangkan supaya ianya diadakan langsung di mana - mana saluran televisyen.

Saya berharap Yb. dapat memberikan jawapan dalam tempoh 7 hari dari tarikh surat ini.

Sekian Terima Kasih

Yang Menjalankan Amanah

Nasrudin bin Hj. Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

s.k ; Setiausaha Agung PAS

Bandaraya Kuala Terengganu Warisan Pesisir Air ........



Setiap kali mendung berarak dan langit hitam menyelubungi pantai Batu Burok, para peniaga 12 buah kedai ‘kembar siam’ yang melekat dengan belakang pusat Akuatik, dekat sini, menjadi rungsing dan bimbang.

Bukan sahaja pelanggan tidak menghampiri premis mereka, meja, kerusi, sajian serta seluruh kedai akan digenangi air, sekiranya hujan turun dengan lebat.

Abdul Rashid Abdul Wahab, 44, berniaga di kedai nombor 6 berkata, banjir kilat akan berlaku kerana ketiadaan longkang hadapan, menyebabkan air hujan yang turun dari atap, terus mengalir ke dalam kedai.

”Pada mulanya kami berniaga tepi pantai, kemudian berpindah ke tepi jalan, bila pembinaan hospital berlangsung dan premis kedai ini siap, MBKT arah kami pindah masuk,

”mula-mula dulu kami amat gembira, tapi sekarang agak susah sikit keana masalah ini,”katanya ketika ditemui semalam. LAGI (Buletinonline)

Cerita Harussani Di Sebalik Peristiwa

Tajuk di atas dipetik dari artikel majalah Milenia Muslim (MM) Bil. 82 keluaran bulan Mei lepas. Ia merupakan tajuk Fokus keluaran berkenaan yang ditulis oleh editor majalah berkenaan, Zulkafly Baharuddin, hasil temubual beliau dengan Dato' Seri (kini Tan Sri) Harussani Zakaria (TSHZ). Di antara lain, kandungan artikel tersebut dipetik:

* "Sekembalinya ke Ipoh, Dato' Seri Harussani menemui Ustaz Ahmad Awang. Ustaz Ahmad berkata beliau tidak akan mahu bekerjasama dengan mereka yang zalim. Bagaimana beliau boleh menganggap sedemikian walhal mereka yang beliau tuduh zalim itu adalah orang Melayu beragama Islam tetapi Ustaz Ahmad lebih bekerjasama dengan orang kafir.

* Hasil dari keengganan Ustaz Ahmad adalah senario politik di Perak hari ini. Ikuti luahan pandangan beliau, terhadap beberapa peristiwa yang berlaku di Perak hari ini ..."


Saya tidak berhajat dalam posting ini menjawab pelbagai isu yang dibangkitkan oleh TSHZ dalam majalah berkenaan kerana jawapan saya mengenainya akan disiarkan oleh majalah MM dalam keluaran Ogos akan datang seperti yang dijanjikan penerbitnya. Memang saya tidak berpuashati atas kelewatan menyiarkannya, walhal Datuk Hj Mohamad Nakhaie Hj Ahmad, penaung majalah berkenaan bersetuju temubual dengan saya itu akan disiarkan dalam keluaran Jun atau Julai. Tunggulah jawapan dan pandangan saya mengenai luahan TSHZ nanti.

Apa yang saya nak tulis di sini adalah mengenai cerita Harussani di sebalik peristiwa masa lalu di antara saya dengan beliau. Di sini suka saya nyatakan di antara saya dan TSHZ tidak ada sebarang masalah peribadi. Hubungan baik kami tidak pernah terganggu dengan perbezaan pendapat dan fahaman politik. Saya sejak dari kolej sudah menjadi pendokong PAS walaupun saya belum menjadi ahli. Kami sering berbeza pendapat mengenai isu-isu semasa samada berkaitan politik, hukum-hakam, undang-undang dan sebagainya. Tetapi adakalanya pula kami sependapat dan sependirian dalam isu-isu seperti gejala murtad, gejala sosial dan keruntuhan akhlak, isu kumpulan anti-hadith, isu pendidikan Islam dan sebagainya.

Latarbelakang Peribadi

Mengenai latarbelakang peribadi, kami kebetulan sama-sama berasal dari daerah Kerian, Perak. Saya dilahirkan di Simpang Ampat Semanggol, manakala TSHZ berasal dari Jalan Baru, Parit Buntar. Perbezaan usia kami juga tidak jauh, umur saya 73 manakala Harussani 70. Seperti kebanyakan penduduk Kerian, kami berasal dari rumpun keturunan Banjar (Al-Banjari). Dalam kad pengenalan sebelum merdeka dahulu tertulis di dalam bahasa Inggeris "Malay Banjarese". Dahulunya keturunan Banjar sangat kuat berpegang kepada agama dan ramai yang menjadi ulama'.

Kami mula berkenalan semasa sama-sama menuntut di Kolej Islam Malaya Klang, Selangor. TSHZ adalah penuntut junior saya, kerana beliau memasuki kolej pada 1960 manakala saya sudah berada di tahun akhir dan menamatkan pengajian pada tahun akademik 1961. Setelah tamat pengajian di Universiti Al-Azhar Kaherah, saya balik ke tanah air bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Aminuddin Baki Kuala Lumpur. Ketika itu saya mendapat tahu TSHZ baru saja berpindah ke Pulau Pinang menjawat jawatan Kadhi Besar negeri itu. Sebelum itu beliau bertugas di Bukit Aman dengan PDRM (jawatan beliau saya tidak tahu).

Semasa beliau menjadi Kadhi Besar Pulau Pinang (1966-1984?), beliau aktif berceramah dakwah di Pulau Pinang, Kedah dan Utara Perak. Seingat saya, ketika itu kami belum berbeza pendapat secara yang ketara mengenai isu-isu semasa. Saya masih ingat beliau pernah berkata: "Kita berdua ni sama dianggap sebagai pembangkang kerana pendapat kita yang tegas mengenai isu-isu umat Islam." Waktu itu saya duduk dalam kereta yang beliau memandunya untuk kami pergi ke satu tempat di Pulau Pinang. Saya ketika itu bertugas sebagai Pengarah Dakwah dan Latihan Islam, Bahagian Agama JPM (kini JAKIM).

Berbeza Pendapat

Sebaik sahaja beliau dilantik menjadi Mufti Kerajaan Negeri Perak, mula kelihatan pandangan dan pendirian TSHZ berubah dan berbeza pendapat dengan saya. Antaranya, ikuti beberapa peristiwa seperti berikut:
  • Peristiwa 1 : Ketika berlangsung upacara istiadat pertabalan DYMM Sultan Perak, Sultan Muhibbuddin Azlan Shah Ibnu Al-Marhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah (25 tahun yang lalu), saya menghubungi beliau yang baru menjawat jawatan mufti ketika itu meminta beliau menasihati pihak istana supaya tidak melakukan upacara-upacara yang boleh menjejaskan aqidah.
  • Malah saya mencadangkan supaya majlis fatwa mengkaji dan membincangkan istiadat-istiadat yang bercanggah dengan aqidah itu dihapuskan. Beliau menolak cadangan saya sambil mengatakan beliau telah berjaya membatalkan beberapa upacara dalam istiadat tersebut, walhal sebelum itu beliau mempunyai pendirian yang tegas dalam hal-hal seperti ini.
  • Peristiwa 2 : Pada suatu hari, saya menelefon TSHZ dari pejabat saya di bangunan Pusat Islam di Jalan Perdana, Kuala Lumpur. Perkara yang saya bangkitkan ialah tindakan polis menangkap imam dan bilal sebuah masjid di Perak dalam daerah Larut. Tindakan polis itu dibuat kerana kedua-dua pegawai masjid berkenaan dikatakan tidak mempunyai tauliah. Tetapi mereka ditangkap di bawah Akta Kesalahan Agama di bawah undang-undang sivil.
  • Saya minta beliau menasihati pihak polis supaya tidak melakukan tindakan tersebut kerana kes berkenaan adalah di bawah bidangkuasa (jurisdiction) Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Negeri. Akan tetapi beliau tidak melayani pandangan saya itu.
  • Kedua-dua orang pegawai masjid itu kemudiannya dibicarakan di bawah Akta berkenaan dan dijatuhkan hukuman penjara. Saya di antara orang yang sangat kuat menentang Akta tersebut yang kemudiannya beberapa tahun setelah dilaksanakan, Akta tersebut terbatal dengan sendirinya kerana sebuah Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur memutuskan penghakiman bahawa ianya ultra vires dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai agama Islam.
  • Peristiwa 3 : Tragedi Berdarah Memali 1985. Dalam mesyuarat khas Majlis Fatwa Kebangsaan, di mana TSHZ merupakan seorang anggota yang sangat aktif memberi pendapat bahawa mangsa Tragedi Memali, khususnya Asy-Syahid Allahyarham Ibrahim Mahmud (yang lebih dikenal dengan Ibrahim Libya) adalah merupakan kumpulan bughah (penderhaka) dan mereka tidak dianggap mati syahid. Maka wajib dimandi, dikafan dan disembahyangkan sebelum dikebumi.
  • Anehnya sebahagian besar mufti-mufti dalam mesyuarat itu mencadangkan supaya nama mereka yang mati korban tragedi itu tidak perlu disebut dengan lafaz Allahyarham dengan alasan mereka itu penderhaka. Padahal, apabila mereka itu disembahyangkan, maka doa yang menjadi rukun solat jenazah itu adalah memohonkan rahmat dan keampunan kepada mereka yang disembahyangkan.
  • Saya turut hadir dalam mesyuarat tersebut dan memberi hujah mengapa Allahyarham dan kumpulannya adalah mati syahid. Akibatnya saya diusir keluar dari mesyuarat tersebut.
  • Peristiwa 4 : Suatu hari kami berdua menjadi panel forum anjuran Jam'iyah Dakwah Islamiyyah Perak. Ketika itu saya adalah YDP Jam'iyah Dakwah Islamiyyah Selangor dan Wilayah Persekutuan. Saya kurang pasti samada TSHZ ketika itu menjadi YDP Jam'iyah Dakwah Perak. Dalam forum yang diadakan di dewan Jam'iyah Perak di Jalan Seruan, Ipoh, saya berbeza pendapat dengan beliau mengenai beberapa isu semasa, terutama mengenai peraturan yang menyekat kebebasan dakwah di masjid-masjid atau surau-surau.
  • Saya menegaskan bahawa undang-undang bersabit dengan tauliah mengajar/berdakwah tidak semestinya dikenakan ke atas pendakwah yang sudah dikenali mempunyai ilmu Islam dan beramal dengannya, kerana undang-undang itu diwujudkan hanya untuk mengawal supaya ajaran yang bathil dan sesat tidak disebarkan kepada orang Islam. Beliau tidak bersetuju dengan pendapat saya dengan memberi alasan bahawa jika tidak dikawal dengan undang-undang tauliah, maka masyarakat akan berpecah-belah akibat fahaman politik dibawa ke masjid-masjid.
  • Pendapat beliau, fahaman politik hendaklah di"sangkut" di pagar masjid dan jangan dibawa ke dalam masjid. Saya pula berhujah bahawa politik tidak boleh dipisahkan dalam dakwah, yang boleh dielakkan hanyalah politik kepartaian tidak terbawa-bawa dalam berdakwah di masjid/surau. Akhirnya, TSHZ sendiri dilarang berdakwah/berceramah di masjid atau surau di Lembah Klang dua tahun yang lalu apabila beliau sering membangkitkan isu murtad dan mendakwa ratusan ribu orang Islam telah masuk Kristian atau Hindu.
  • Peristiwa 5 : Yang terkini apabila beberapa orang pemimpin DAP Perak seperti Nga Kor Meng dan PKR Perak seperti Chan Ming Kai sering memetik keterangan-keterangan dalam Al-Quran dalam ceramah-ceramah politik mereka, timbullah isu hukum membaca Al-Quran oleh non-muslim. Tiba-tiba Mufti Perak mengeluarkan pendapat beliau (bukan fatwa) bahawa orang bukan Islam "haram"/tidak boleh membaca Al-Quran.
  • Saya pula berpendapat sebaliknya dengan bersandarkan beberapa hujah termasuk bukti surat Rasulullah saw yang dihantar kepada Maharaja Hercules, Raja Rom Benzantina. Dalam surat tersebut, Rasulullah saw menuliskan ayat 64, surah Ali-Imran, yang sudah pasti ayat itu akan dibaca oleh Hercules. Sekiranya orang bukan Islam tidak dibenar membaca ayat Al-Quran, maka Rasulullah saw tidak akan menuliskannya dalam surat Baginda itu. Banyak lagi hujah saya yang boleh diikuti dalam majalah Al-Islam keluaran Bil. 426 Jun 2009.
Demikianlah di antara cerita di sebalik peristiwa Harussani dengan saya. Ada lagi beberapa contoh peristiwa perbezaan pendapat di antara kami berdua, namun perkara yang paling penting membezakan Ahmad Awang dan Harussani ialah pegangan dan fahaman politik kami masing-masing.

Saya tidak pernah menyembunyikan pegangan politik Islam saya semenjak belum menjadi ahli PAS lagi.Semasa saya memegang jawatan Pegawai Kerajaan tidak pernah saya menyembunyikan pegangan saya. Manakala Harussani berpegang kepada fahaman politik Melayunya. Saya katakan politik Melayu bukan politik Islam. Walaupun beliau sering membangkitkan isu Islam, tetapi dasarnya adalah Melayu yang menjadi dasar perjuangan UMNO.

Contoh paling jelas apabila beliau yang mendakwa tidak berpolitik atau tidak memihak kepada mana-mana parti politik, tapi begitu bersungguh-sungguh mengajak PAS bergabung dengan UMNO menubuhkan kerajaan Melayu di Perak sebaik sahaja UMNO/BN gagal membentuk kerajaan selepas keputusan PRU Ke-12 diumumkan sepenuhnya menjelang jam 12 malam 8 Mac 2008.

Atas arahan Dato' Seri DiRaja Tajol Rosli, Ketua Perhubungan UMNO Perak (waktu itu), beliau bersusah payah pada malam itu ketika hujan lebat bertolak dengan kereta ke Kota Bharu menemui Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz dan pada esok paginya pula menghubungi Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Hadi untuk tujuan mendapat persetujuan mereka. Tapi kedua-duanya menolak dengan mudah dan memberikan alasan tertentu.

Sekembalinya Harussani ke Ipoh, beliau menghubungi saya melalui telefon (bukan berjumpa seperti yang ditulis dalam artikel majalah MM berkenaan). Saya menolak tawaran UMNO yang dibawa oleh Harussani dengan memberikan alasan dan hujah yang beliau tidak dapat menyanggahnya. Ikutilah penjelasan saya dalam majalah Milenia Muslim keluaran Ogos akan datang seperti yang dijanjikan penerbitnya.

Dari cerita di sebalik peristiwa yang tersebut di atas, jelaslah bahawa Tan Sri/Dato' Seri Hj Harussani Zakaria adalah seorang mufti yang berpolitik dan parti yang didokongnya ialah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang lebih dikenal dalam bahasa Inggerisnya dengan United Malay National Organisation (UMNO).

Sumber - Ustaz Ahmad Awang
dicopy paste dr - Perisik Rakyat

BN = Bini Najib

BN bukan lagi Barisan Nasional atau barang naik tetapi mempunyai istilah terbaru iaitu 'Bini Najib' kata Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar.

Ujarnya ketika berceramah sempena Majlis Makan Malam di Dewan JKKK Sungai Chenaam, Nibong Tebal semalam, pemerintahan sekarang seolah diterajui sama oleh isteri Perdana Menteri yang dikaitkan dengan gadis Monggolia, Antantuya.

"Dulu kita dengar BN barang naik. Itulah dijaja oleh orang ramai terutamanya ketika hari penamaan calon tapi hari ini satu istilah baru telah dicipta oleh mereka yang mahir menamakan singkatan perkataan iaitu Bini Najib, " terangnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, Kedah.

Bagi beliau, istilah itu jika dikaji ada kebenaranya apabila Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yu ketika melawat Malaysia bukan sahaja mengadakan pertemuan dengan Najib yang juga Perdana Menteri tetapi mempunyai pertemuan khas dengan isterinya.

Perbuatan itu jelasnya, merupakan tindakan terbaru yang tidak pernah berlaku dalam sejarah pemerintahan negara dan tdak pernah dilakukan olah mana-mana pemimpin negara luar mengadakan pertemuan khas dengan isteri Perdana Menteri secara individu.

"Kalau di kaji ada kebenaranya. Bila Lee Kuan Yu melawat Malaysia selepas mengadakan pertemuan dengan Najib, Lee juga mengadakan pertemuan dengan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.

Itu yang menghairankan masyarakat kenapa dan apa motif perjumpaan itu. Lazimnya, pertemuan isteri diadakan berasingan itupun dengan isteri pelawat sahaja, " tegas Mahfuz.

Bukan sahaja timbul kehairanan di kalangan rakyat bahkan di kalangan wartawan yang membuat liputan pertemuan tersebut.

Jika Datin Seri Rosmah mahu membersihkan isu ini beliau perlu menjawab hasil pertemuan itu.

Adakah tindakan Rosmah itu membuktikan bahawa Najib bukan mengemukakan wawasan sendiri malahan mempunyai kaitan dengan isterinya yang cuba campur tangan terhadap pentadbiran negara, katanya.

Dulu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dikaitkan dengan menantunya, Khairy Jamaludin yang sering dilihat masuk campur tentang pentadbiran negara kali ini Najib pula menerima nasib yang sama bukan daripada menantunya sebaliknya 'Bininya'.

Menyentuh mengenai kenyataan Najib kononya slogan '1 Malaysia' berjaya diserapkan ke hati keseluruhan rakyat negara ini beliau menyifatkan, ia hanya mimpi semata-mata mengantikan slogan Islam Hadhari tajaan Tun Abdullah bila mengambil alih pemerintahan pada penghujung tahun 2003 lalu.

Kenapa kerajaan tidak mengambil langkah menetapkan sahaja slogan untuk memajukan negara mengelak daripada diperkenalkan setiap kali pertukaran kepimpinan.

"Kita tengok mana dia Islam Hadhari yang dijaja oleh ulamak Umno dan kepimpinannya semasa era kepimpinan Tun Abdullah. Begitu juga Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh Tun Mahathir serta Bersih , Cekap dan Amanah yang pernah menjadi trend percakapan orang kuat BN di kedai-kedai kopi, " tambah Mahfuz dalam program anjuran PAS Kawasan Nibong Tebal itu lagi.

Turut berucap pada majlis itu ialah wakil Kelab Penyokong PAS Pulau Pinang, C. J Ong, Ketua Penerangan PAS Perak, Khalil Idham Lim dan Pegawai Khas Menteri Besar Kedah, Ustaz Haji Hasan Abdul Razak.

Hadir sama ialah Yang Dipertua PAS Nibong Tebal, Haji Abdul Rahman Ramjan dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Helmi Harun.

PAS sambut baik keputusan Raja Raja



Selar sikap kerajaan bertindak melulu membelakangkan pandangan pelbagai pihak.

Tangguh bentang pindaan RUU Kekeluargaan Islam , keputusan Majlis Raja Melayu dialukan

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.