http://misabah.blogspot.com
IPOH, 28 Mac;-YB Dato' Seri Tajol Rosli, Adun BN Pengkalan Hulu yang juga mantan Menteri Besar Perak mengiktiraf YB Sivakumar sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak yang sah. Melalui surat jawapan kehadiran beliau kepada Speaker Sivakumar dalam sidang DUN pada 30 Mac ini yang difaxkan ke pejabat Sivakumar membuktikan Sivakumar adalah Speaker yang sah negeri Perak, bukan sahaja melalui surat yang difaxkan, malahan pegawai Tajol Rosli juga mengubungi Sivakumar bertanyakan samada surat jawapanter sebut telah diterima atau belum. Perkara ini didedahkan oleh Sivakumar dalam sidang akhbar yang diadakan pagi ini di pejabat Sektetariat PR Negeri.
Dengan pengiktirafan ini, Zambry dan Ganesan serta BN Perak menerima tamparan hebat apabila anggota BN bahkan bekas Menteri Besar Perak turut mengiktiraf Sivakumar sebagai Speaker yang sah. Tidak mungkin Tajol Rosli tersalah hantar surat jawapan, kerana surat panggilan sidang DUN Perak tersebut jelas menggunakan nama dan ditandatangani oleh Sivakumar.
 
 
Ini juga boleh jadi satu  isyarat yang UMNO dan BN Perak sedah menghadapi permasalahan dalam, dari  sumber yang rapat dengan UMNO BN Perak, dikatakan 11 bahagian UMNO  seluruh Perak tidak bersetuju dengan Zambry, kerana tindakan-tindakan  Zambry sebagai pengerusi Perhubungan UMNO Perak dan juga Menteri Besar  dilihat begitu angkuh dan sombong. Beliau bukan sahaja angkuh dan  sombong kepada pembangkang malahan kepada UMNO-UMNO bahagian juga  bersikap angkuh dan sombong.
Tajol Rosli sebagai orang lama dalam  UMNO Perak, bekas Pengerusi Perhubungan dan juga bekas Menteri Besar  Perak kelihatan dipinggirkan oleh Zambry, jasanya dalam memimpin UMNO  Perak seolah-olah tidak dihargai. Menurut sumber Zambry hanya  mementingkan orang-orangnya sahaja. Sikap Zambry ini sudah tentu  mengecilkan hati Tajol Rosli.
Atau Tajol Rosli sememang berpegang  kepada prinsip dan peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Perak. Sangat  jelas, pemilihan Ganesan sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak  pada 7 Mei yang lalu bertentangan dengan Perintah Tetap. Kes ini pula  belum diputuskan oleh Mahkamah siapa Speaker Perak yang sah. Kalau  itulah pegangan Tajol Rosli, kita wajar hormati sikap YB Pengkalan Hulu  ini dan wajib Adun-adun BN yang lain menghormatinya dan mengikut jejak  langkah Tajol Rosli yang mengiktiraf Sivakumar sebagai Speaker yang sah.

 


Tiada ulasan:
Catat Ulasan