BANGKOK 2  Apr - Mesyuarat ke-122 Himpunan  Ahli-ahli Parlimen Sedunia (IPU) di Bangkok hari ini sebulat suara  mendesak kerajaan Malaysia menggugurkan pertuduhan liwat ke atas Ketua  Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdasarkan kepada dua laporan  perubatan yang menolak kemungkinan perbuatan tersebut berlaku.
Apr - Mesyuarat ke-122 Himpunan  Ahli-ahli Parlimen Sedunia (IPU) di Bangkok hari ini sebulat suara  mendesak kerajaan Malaysia menggugurkan pertuduhan liwat ke atas Ketua  Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdasarkan kepada dua laporan  perubatan yang menolak kemungkinan perbuatan tersebut berlaku.
 Apr - Mesyuarat ke-122 Himpunan  Ahli-ahli Parlimen Sedunia (IPU) di Bangkok hari ini sebulat suara  mendesak kerajaan Malaysia menggugurkan pertuduhan liwat ke atas Ketua  Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdasarkan kepada dua laporan  perubatan yang menolak kemungkinan perbuatan tersebut berlaku.
Apr - Mesyuarat ke-122 Himpunan  Ahli-ahli Parlimen Sedunia (IPU) di Bangkok hari ini sebulat suara  mendesak kerajaan Malaysia menggugurkan pertuduhan liwat ke atas Ketua  Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdasarkan kepada dua laporan  perubatan yang menolak kemungkinan perbuatan tersebut berlaku.Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di  Bangkok, IPU berkata badan tersebut amat bimbang terhadap pertuduhan dan  prosiding terhadap Anwar yang dianggap tercalar dan hampir sama dengan  perbicaraan kes yang serupa pada 1998.
Mesyuarat IPU semalam yang menghimpun Ahli-ahli Parlimen dari  145 negara diseluruh dunia menyatakan bahawa Jawatankuasa Hak Asasi Ahli  Parlimen akan melaporkan keputusan sebulat suara berhubung perbiacraan  Anwar kepada Lembaga Pengelola IPU.
Resolusi tersebut dibentangkan kepada Lembaga Pengelola IPU  oleh pengerusi jawatankuasa tersebut, Senator Aquilino Q Pimentel Jr  untuk diterimapakai.
"Adalah amat membimbangkan anggota  pasukan pendakwaan yang terlibat dalam perbicaraan kes liwat yang  pertama, yang mana Ketua Pendakwa ketika itu kini dilantik sebagai  Peguam Negara. Beliau dituduh merekacipta bukti terhadap Anwar dan kini  terlibat sekali lagi dalam perbicaran terkini. Pasukan pembelaan Anwar  telah dinafikan dokumen dan bukti dan dihalang daripada menyediakan  pembelaan yang tuntas.
"IPU  berpendirian bahawa pembelaan adalah sebahagian daripada elemen keadilan  dalan sesuatu perbicaraan dan kegagalan memberi hak kepada pasukan  pembelaan dan sebarang keputusan mahkamah hasil daripada tindakan itu  dianggap pada dasarnya ditolak," tegas IPU.
Badan itu juga meminbta Setiausaha Agung IPU supaya  memastikan wakil IPU akan berada sebagai pemerhati dalam perbicaraan  akan datang.
IPU juga meminta  Jawatankuasa Hak Asasi Ahli Parlimen agar terus meneliti kes yang  sabitkan kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dan menyediakan laporan  pada mesyuarat IPU ke-123 pada Oktober 2010. 
Tiga wakil Pakatan Rakyat yang hadir  termasuk Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian, Ahli  Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him dan Senator Mumtaz Md Nawi.  
IPU adalah sebuah organisasi yang  dianggotai oleh Ahli Parlimen dari seluruh dunia dan ditubuhkan pada  1889.
Ia berfungsi sebagai wadah  dialog antarabangsa yang berjuang untuk keamanan dan kerjasama serta  mengukuhkan sistem demokrasi.SK
 


2 ulasan:
Malunya aku jadi rakyat Malaysia ketika ini.....nampak seolah-olah negara ini tidak bertamadun.
Pemimpin bukan Islam pun boleh bezakan mana yang betul dan mana yang salah.
Nampaknya presiden 1malaysia-1israel ni dah hilang kepopularannya kot...tapi macamana merdeka centre 68% dah sokong presiden 1malaysia-1israel.
bela pemimpin bukan islam bela anwar dan bukan bela taliban atau orang islam di afghanistan ,sudan, iraq dan palestin, tentu ada tak kena dengan anwar- fikir jauh sikit azman kamarul
Catat Ulasan