Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

1 Jun 2010

Kes Liwat: Lawat kondo esok




Perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguhkan sehingga petang esok bagi membolehkan semua pihak melawat tempat kejadian semula.

Pada permulaan prosiding peguam mewakili Anwar, Karpal Singh membuat permohonan untuk melawat semula ke tempat kejadian dan mahkamah membenarkan permohonan itu.

Pada perbicaraan sebelah pagi, pengadu yang juga saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan berkata beberapa individu yang ditemuinya untuk membuat aduan mengenai kejadian liwat itu tidak menggalakkannya membuat laporan polis kerana mereka bimbangkan masa depannya yang masih muda.

Antara mereka yang ditemuinya itu adalah timbalan perdana menteri pada ketika itu Datuk Seri Najib Razak, bekas setiausaha politik Anwar, Mohamad Ezam Mohd Noor, pegawai kanan polis Datuk Mohd Rodwan Yusof (yang kini Ketua Polis Melaka), bekas ratu trek negara Datuk Mumtaz Jaafar, rakannya Rahimi Osman, bapa saudaranya yang dikenali sebagai Tuah dan seorang guru agama yang dipanggil Atuk.

Karp
al: Ada Timbalan Perdana Menteri beri apa-apa nasihat?

Saiful: Pada mulanya beliau terkejut, ragu-ragu. Tapi lepas cerita dengan terperinci, beliau kata beliau tidak boleh buat apa-apa kerana ini adalah masalah peribadi Anwar dan membabitkan masa depan saya.

Karpal: Adakah pada bila-bila masa anda membuat laporan polis mengenai aduan yang dibuat kepada Timbalan Perdana Menteri, dan orang lain tadi?

Saiful: Sebelum 26 Jun 2008 (dakwaan berlaku liwat), saya tidak membuat laporan polis.

Karpal: Tidak ada siapa yang beri nasihat kepada anda supaya membuat laporan polis?

Saiful: Tidak ada. Mereka bimbang tentang masa depan saya.

Kepada soalan Karpal sama ada beliau mengetahui mengikut Seksyen 13 Kanun Prosedur Jenayah, adalah menjadi satu kewajipan seseorang itu membuat laporan polis sekiranya mengetahui mengenai kejadian liwat, Saiful berkata beliau tidak tahu mengenai perkara itu.

Karpal: Jika TPM atau yang lain tidak membuat laporan polis, mereka telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 202 Kanun Keseksaan dan boleh dipenjarakan. Tahu atau tidak?

Saiful: Saya tidak tahu.

Karpal: Tidak mengapa, saya akan beritahu awak sekarang. Apa yang anda beritahu TPM adalah perkara serius iaitu anda diliwat tanpa kerelaaan.

Sebelum Karpal menghabiskan soalannya Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai barisan pendakwaan, membantah kerana itu bukannya soalan tetapi komen dan ia dipersetujui Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang mendengar perbicaraan kes itu.

"Saya mahu dengar soal bukannya komen. Teruskan dengan solan," kata Mohamad Zabidin kepada Karpal.

Mengenai soalan Karpal bahawa beliau mempunyai banyak peluang untuk melarikan diri kepada pengawal keselamatan kondominium atau menjerit semasa kejadian liwat dan mengapa tidak menggunakan peluang itu, Saiful menjawab bahawa beliau tidak menggunakan peluang itu.

Kepada soalan lain mengenai keluarganya, Saiful berkata ibubapanya telah bercerai ketika beliau berumur tujuh tahun dan beliau tinggal dengan bapanya dan adiknya, Saidati.

Menjawab soalan Karpal mengenai sama ada adiknya telah berkahwin, Saiful berkata pada tahun lalu adiknya telah dibawa lari ke Thailand dan beliau tidak pasti sama ada adiknya telah berkahwin atau tidak.

Karpal kemudiannya memohon supaya pemeriksaan balasnya terhadap Saiful ditangguhkan dan pihaknya akan memanggilnya semula.

Menjawab soalan, Mohamed Yusof dalam pemeriksaan semula, Saiful berkata beliau tidak pernah memberitahu Dr Osman Abdul Hamid dari Pusrawi, yang merawatnya, bahawa ada terdapat kemasukan objek plastik di bahagian duburnya.

Anwar didakwa meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pertuduhan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

Tiada ulasan:

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.