Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

3 Jun 2010

SELCAT & Bonus RM503,613.59

Hari kedua siasatan awam Selcat terhadap dakwaan salah guna kuasa dan rasuah dalam Kumpulan Semesta Sdn Bhd yang menguruskan industri pasir di Selangor masih bertumpu kepada prestasi syarikat itu dan keperluan membayar bonus lumayan kepada kakitangan dan lembaga pengarah.

Pengerusi Kumpulan Semesta Abdul Shukor Nagor berhempas pulas untuk menyakinkan panel badan Selcat yang ditubuhkan kerajaan pakatan rakyat mengenai keperluan memberikan bonus lebih setengah juta kepada lembaga pengarah.

"Encik Shukor, semalam ada maklumkan kepada jawatankuasa ini bahawa kakitangan dan juga ahli lembaga pengarah menerima bonnus iaitu dari September hingga Disembar 2008, dan Januari hingga Jun 2009 ada empat bonus, soalan saya seterusnya berapakah bonus yang diterima oleh ahli lembaga yang diterima oleh mereka?," soal Teng.

"Bagi tahun Jun 2009, jumlahnya ialah RM503,613.59 untuk setakat Jun 2009," kata Shukor.

Shukor berkata jumlah itu meliputi pembayaran bonus kepada 45 kakitangan manakala lapan ahli lembaga pengarah di beri bonus empat bulan.

"Adakah wajar sebenarnya dari segi amalan korporat, sebuah syarikat yang beroperasi dalam tempoh singkat itu jumlah bonus itu perlu dibayar?" soal Teng.

"Yang Berhormat Pengerusi, Lembaga Pengarah mengambilkira beberapa faktor, pertama kerja-kerja yang perlu dilakukan untuk KKSB sebab untuk memulakan KKSB perlu banyak menjalankan aktiviti dari segi produksi perlu mendapatkan semua kelulusan,” kata Shukor.

"Sebagai pengerusi maklum dalam lampiran yang saya berikan, kita dikehendaki memenuhi semua peluang, dari segi undang-undang dan maknanya kita perlu membuat satu keputusan untuk membahagikan kepada 8 sub secara teknikalnnya dan proses ini memakan masa yang panjang," kata Shukor.

Shukor memberitahu semua proses tender dibuat secara terbuka dan mendapat sambutan baik.

Untuk rekod beliau berkata unjuran pada Jun 2009, KKSB menunjukkan rekod yang baik.

"Saya tidak nampak ada keadaan yang begitu luar biasa khususnya KSSB adalah sebuah syarikat milikan kerajaan negeri di mana semua kemudahan dan kerjasama dari jabatan diberikan sehingga satu jawatankuasa dipengerusikan oleh setiausaha kerajaan negeri bererti kerajaan negeri dan daerah memberi kerjasama kepada syarikat ini," kata Teng.

Abdul Shukor bagaimanapun tegas mengatakan Kumpulan Semesta tetap dibeban dengan kerenah birokrasi.

"Sebenarnya kami sahaja yang perlu melalui semua perspektif ini. orang yang mengorek secara tidak berlesen, tidak perlu melalui kesemua proses ini.

"Kita buat perkara ini mamakan masa tiga bulan setengah dan orang yang buat secara tidak berlesen pula tidak melalui semua ini," kata Shukor.

Shukor ditegur kerana membandingkan syarikat-syarikat yang ada lesen dengan syarikat yang dibuka secara haram.

Teng turut menegur KSSB tidak mempunyai peningkatan ketara dalam hasil kutipan dari perniagaan pasir berikutan statistik menunjukkan sedikit peningkatan dari tahun 2007 hingga 2008.

"Encik Shukor bersetuju atau tidak di mana sebuah syarikat yang baru beroperasi hampir beberapa bulan sahaja sudah dapat meberi bonus interim bermakna syarikat itu sudah pasti baru beberapa bulan sahaja sudah dapat bonus interim bererti ada bonus lagi belum sampai," soal Teng.

Ini jawapan Shukor:

"Sebenarnya masa kita mengeluarkan bonus pada bulan Disembar, kita telah dapat forecast sehingga Jun dan kita rasa yakin yang kita boleh membuat banyak lagi keuntungan," kata Shukor.

Dalam pada itu, ketika ditanya sumbangan KSSB kepada kerajaan negeri, Shukor memberitahu RM3.5 juta dividen dibayar kepada MBI termasuk 1.3 juta dibayar melalui progam Merakyatkan Ekonomi Selangor.

Tiada ulasan:

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.