Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

18 Jul 2010

Harussani semakin bercelaru.

6 Syaaban 1431.
Drs. Khalil Idham Lim

Saya sangat terkejut dengan kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mahu terus menyatupadukan orang Islam dan Melayu di negara ini walaupun terdapat pihak yang tidak menyenangi usaha murni beliau ini. Nampaknya dia semakin bercalaru dan semakin menampakkan usia senjanya yang kurang jelas ke mana halatujunya sebenar.

Katanya sebagai dipetik dalam Malaysiakini "Harapan itu ada kerana kedua-duanya (Umno dan PAS) memang hendak bersatu. Itulah cita-cita saya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Melayu Perak anjuran Gagasan Melayu Perak di Ipoh hari kelmarin.

Satu perkara yang mengejutkan bila Harussani berkata terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut.

Siapa pula yang dimaksudkan oleh Harussani terutamanya dari PAS. Saya kira satu kenyataan yang bahatya dan perlu dibuktikan oleh beliau, bukannya main lepas cakap. Ataupun perbualan biasa dengan orang yang didakwa PAS oleh belia dan dia mahu memutar belit fakta untuk sekian kalinya.

Harussani mendakwa beliau telah menjelaskan kepada mereka bahawa beliau bukan orang politik dan tidak mempunyai hak untuk menentukan perkara tersebut bagi kedua-dua belah pihak.

Persoalannya kita hendaklah kembali kepada perkara asal yang menjadi polimik antara beliau dengan bekas Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Ahmad Awang. Yang jelas menunjukkan Harussani berbohong dan memutar belit fakta yang sebenar.

Sebelum ini Ust.Ahmad Awang mendakwa Tan Sri Harussani Zakaria telah menokok tambah perbualan mereka ketika mufti Perak itu menghubunginya bagi memujuk PAS untuk bersama Umno menubuhkan kerajaan perpaduan di Perak selepas pilihan raya umum 2008.

Ahmad mengulas kenyataan Harussani, dalam program dialog Zaaba di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) , yang mendakwa PAS Perak dengan angkuh menolak cadangan tersebut walaupun pada dasarnya mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan dipersetujui kepimpinan parti itu.

“Apa yang beliau cakap dalam dialog itu adalah tambahan kemudian. (Perkara) Itu tidak betul,” kata Ahmad Awang sambil menambah, dalam perbualan tersebut, mufti Perak itu tidak memberitahunya yang cadangan itu mendapat perkenan baginda.

“Perbualan tentang ayat al-Quran dan hadis itu tidak ada. Ia direka-reka kemudiannya,” katanya.

Sebagai pesuruhjaya PAS negeri ketika itu, Ahmad mengakui – dalam perbualan telefon dengan Harussani – mufti Perak itu telah memujuknya parti itu bersama-sama Umno membentuk kerajaan perpaduan.

Bagaimanapun, katanya, beliau berkeras tidak mahu bekerjasama dengan Umno kerana mendakwa Umno adalah “zalim” termasuk memberi contoh pengalaman PAS bersama dengan Umno satu ketika dahulu.

Ahmad juga mengakui dalam perbualan dengan Harussani (kanan) – lebih kurang 10 minit itu – beliau membuat ketetapan untuk bersama-sama dengan DAP menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Dalam perbualan telefon itu juga, Ahmad berkata, Harussani berkata kerajaan perpaduan yang dicadangkan itu berteraskan Melayu dan Islam, sedangkan mufti Perak itu mendakwa pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Kor Ham anti-Islam.

Ahmad berkata, beliau menjawab dengan berkata bahawa beliau mengenali pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Kor Ham sejak tujuh atau lapan tahun lalu, dan mengetahui beliau beragama kristian.

“(Tetapi) Ngeh tidak pernah bersikap anti-Islam,” katanya.

Menurut Ahmad lagi, dalam perbualan tersebut, Harussani juga tidak menyatakan tentang tawaran jawatan menteri besar dan exco kepada PAS dalam kerajaan perpaduan yang dicadangkan itu.

Sebaliknya, kata beliau, tawaran tersebut hanya dibuat oleh seorang wakil rakyat yang mewakili ketua badan perhubungan Umno Perak ketika itu, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali, beberapa hari selepas Pakatan Rakyat menang pilihan raya umum tersebut.

Ahmad juga berkata, dalam perbualan telefon itu, beliau membidas mufti Perak yang banyak menyentuh dalam ceramahnnya mengenai gejala murtad di kalangan orang Melayu yang menganut Kristian.

“Saya cakap kepadanya bahawa beliau mengenali (perdana menteri ketika itu) Tun Abdullah (Ahmad Badawi), dan pernah menghantar memorandum (mengenai gejala murtad), tapi kerajaan tak buat apa-apa pun.

“Jadi kita tak boleh harap dengan Umno. Macam mana nak berpakat,” katanya.

Ekoran bidasannya itu, Ahmad berkata Harussani “mati akal” untuk menjawab hujahnya dan seterusnya menamatkan perbuatan mereka.

Sekarang sudah terang lagi bersuluh, penghujung hayat seorang mufti yang dulunya terkenal dengan pelbagai isu seperti murtad, sudah sangat bercelaru dan kabur. Harussani sudah menjadi pejuang assobiah dan mempertahankan perjuangan UMNO yang "sesat " itu.

Atau kalau dia berani dan sudah kecewa, bolehlah dia berkata dan menyokong kenyataan Shafei Afdal yang mengatakan PAS adalah parti ajaran sesat!!! Sesudah itu buatkan kempen besar-besaran untuk menarik orang melayu termasuk orang PAS untuk meninggalkan parti sesat seperti kata Shafei.

Berani ? buatlah kalau engkau berani wahai Harussani.......

4 ulasan:

wan berkata...

Nampaknya mufti ni dh tk betul agaknya..Rosmah scara trang2trangan tk menutup aurat itu dia xnak tgur,adun PR dfitnah beri rasuah wang&seks shingga BN mmrampas kerajaan Perak tanpa mgkut saluran undang2 dia mndiamkan diri.Pkatan buat laporan polis dakwa Umno mggunakan bomoh dlm sdang Dun itu dia tknak ulas.Apa lg yg blh dharapkan pd mufti sekor ni.. Pd Haruansani,kamu jgn nk myibuk dn mncampuri urusan politik,kamu tu Mufti,klau minat brpolitik letak jawatan,mari brtanding plhanraya ke13 nnti.Aku cabar kau lawan DS Nizar dPasir Panjang.Ada brani ka?

pis berkata...

ahmad awang semoga tuan di beri hidayah oleh allah. ahmad awang terkena tipu daya syaitan dengan mencari alasan untuk islam tidak bersatu walaupun ada sejuta alasan untuk bersatu. satu alasan untuk tidak bersatu yang logik dek akal waras ialah kerana pemimpin PAS takut hilang kuasa. berilah alasan banyak mana pun tetapi apa yang jelas pemimpin pas tak nak perpaduan hanya satu sebab... takut hilang kuasa... astagfirullah

Quantum Metal Consultant berkata...

This is the mentality shown by the two parties to split.
Any differences and errors should be discussed and issued a joint statement that assures the condition and not vice versa.

azman kamarul berkata...

Kluang man....tak payah nak nasihat, jangan jadi tuli dan buta....PINTU UNTUK UMNO DAH TERTUTUP.

Apa nak bincang lagi?....bodoh macam lembu pencacai umno ni rupanya..baik ada ilmu agama maupun yang murakab ni!!!

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.