Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

30 Mei 2009

Amaran!!! PKR sedia tahan bas bawa keluar pengundi

Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menahan bas yang disyaki membawa pengundi keluar dari kawasan Penanti pada hari pengundian pilihan raya kecil kawasan itu, 31 Mei ini.

Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mohd. Akin mendakwa, ada cubaan untuk membawa pengundi keluar dari kawasan tersebut sebagai usaha mengurangkan peratusan pengundian pada pilihan raya kecil itu.

''Saya nak beri amaran kepada pemimpin UMNO di kawasan ini (Penanti) kerana hasil risikan kita, ada cubaan nak bawa pengundi keluar dari Penanti pada 31 Mei ini dengan pelbagai alasan.

''Kemungkinan kita akan ambil tindakan termasuk menahan bas yang membawa keluar pengundi. Kalau nak keluar, mereka kena mengundi terlebih dahulu," katanya.

Shamsul Iskandar berkata, pihaknya sudah membuat aduan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menyiasat perkara itu.

Katanya, parti itu mengambil pendirian bahawa setiap pengundi yang hendak dibawa keluar dari kawasan itu dengan apa sebab sekalipun, perlu membuang undi terlebih dahulu.

''Kita akan mendapatkan bantuan daripada SPR dan pihak polis dalam hal ini, kita mengambil sikap bahawa kalau hendak keluar, mereka kena mengundi dulu," katanya.

Tiada ulasan:

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.