Speaker V. Sivakumar adalah antara 19 orang yang ditahan oleh pihak polis ketika pelancaran mogok lapar di Wisma DAP jam 11.00 pagi tadi.
Selain itu turut ditahan ialah Ahli Parlimen Ipoh Barat MP M Kulasegaran dan enam wakil rakyat Pakatan Rakyat iaitu Keshwinder Singh (DAP-Malim Nawar), Chan Ming Kai (PKR-Simpang Pulai), Chang Lih Kang (PKR-Teja), Leong Mee Meng (DAP-Jalong), Thomas Su (DAP-Pasir Pinji) dan Lim Pek Har (DAP-Menglembu).
DITAHAN.... V. Sivakumar antara yang ditahan oleh pasukan polis anti-rusuhan (FRU) di hadapan Wisma DAP pagi tadi. Foto THE STAR

Tiada ulasan:
Catat Ulasan