
Kami sampai di Penanti lebih kurang pukul 8.00 pagi... Anggapan kami keadaan disana begitu sesak. Kami bayangkan seperti di Penamaan calon Bukit Gantang, dimana kami terpaksa ke tapak penamaan calon seawal pukul 4 pagi. Rumusan Penamaan calon kali ini.... Boring...boring...Boring tetapi aman damai.. Lebih boring lagi apabila ramai Polis dari orang yang hadir. Datang seolah-olah nak jaga orang buat demotrasi PPSMI..
Bila kata penamaan calon Pilihan raya Kecil, terbayang mesti meriah... Meriah dengan orang luar yang datang...meriah dengan peniaga-peniaga... Meriah dengan sorokan penyokong...Tapi bila UMNOOO tidak bertanding... semuanya sepi...
Umno tak payah bertanding dalam pilihanraya lagi la.
Kehidupan rakyat tidak terganggu…perbelanjaan polis dapat dijimatkan. Duit kerajaan pun selamat dari pembaziran Umno..dan tak ada kekacauan!
Kalau nak lebih selamat..tolak Umno terus. Sebab walaupun di Penanti depa tak kacau…tapi mereka kacau tempat lain. Pakai baju hitam kena tangkap. Orang pasang lilin kena tangkap. Orang bawa kek hari jadi pun kena tangkap!!. Duduk kedai minum kedai kopi dekat DUN perak pun kena tangkap...
Apa -apa pun ni, ini lah gambar 'possing' baik punya...geng-geng Besut yang hadir ke Penanti. Walaupun seorang diantara kami terpaksa balik diusung ke rumah kerana cedera ringan...( sakit medu angin sampai tidak boleh bangun...)
Kesian... Sakit Medu ke sakit Madu..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan