POH: Lima orang dari firma pengurusan majlis yang dilantik Pakatan Rakyat ditahan polis ketika cuba menguruskan mogok lapar di luar Wisma DAP di sini pagi ini.
Mereka ditahan kira-kira 7 pagi. Acara itu sepatutnya dijadual dirasmikan pukul 10 pagi ini
DRS. KHALIL IDHAM LIM: 5 yang ditangkap adalah pekerja yang mengendalikan majlis pagi ini.
Khemah-khemah yang dipasang telah di duduki oleh sebahagian besar FRU dan polis dan sebahagian dari mereka menaiki kembali kenderaan polis kembali dalam keadaan cuaca hujan sedikit sebentar tadi.
Maklumat dari pejabat DAP sebentar tadi memaklumkan pihak FRU masih membenarkan orang ramai menghampiri Wisma DAP namun kami dilarang dari meneruskan program yang direncanakan pada pagi ini diperkarangan Wisma DAP di Medan Istana Ipoh itu.
Selain itu 5 orang yang ditangkap adalah dari syarikat event yang ditugaskan mengendalikan majlis perasmian pada pagi ini. Saya masih tidak dapat mengesahkan ke balai polis mana mereka telah dibawa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan