Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

26 Mei 2009

Hujjah TV9: Zahid tarik diri lagi.....

article thumbnail

Malam ini akan diadakan HUJJAH TV9 diantara YB Husam & YB DS Zahid Hamidi pukul 9.30 malam. Namun disaat akhir Zahid telah menarik diri dari menyertai program tersebut yang dipengerusi oleh Prof Madya Dr Agus sebagai moderator. Tajuk yang akan dibincangkan mengenai ‘Politik Wang’ adalah merupakan suatu tajuk yang amat mustahak dan relevan dengan situasi sekarang, dan rakyat secara keseluruhannya amat ternanti-nanti untuk mendengar buah fikiran YB UMNO & PAS, untuk menangani permasalahan politik wang ini.

Ini merupakan kali kedua DS Zahid Hamidi menarik diri saat akhir bagi menyertai Debat dengan YB Husam. Sebelum ini pernah YB Husam menjemput Zahid Hamidi untuk berdebat di atas pentas, di tapak expo jalan kuala kangsar, simpang, di depan ribuan rakyat malam menjelang pilihanraya kecil bukit gantang , 6 April 2009 lalu.Sila klik sini untuk lihat rangka perdebatan




(Gambar banner debat Yb Husam VS Zahid Hamidi di PRK bukit gantang dahulu)

(SURAT YB HUSAM KEPADA DS AHMAD ZAHID)

26 Mei 2009

YB. Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Pejabat Menteri Pertahanan

Kementerian Pertahanan Malaysia

Tingkat 5, Wisma Pertahanan

Jalan Padang Tembak

50634 Kuala Lumpur Fax: 03: 26985372

YB Dato’ Seri,

PENYERTAAN DALAM RANCANGAN ‘HUJJAH’ DI TV9 PADA 26HB MEI 2009 JAM 9.30 MALAM



Sukacita saya menarik perhatian YB Dato’ Seri kepada perkara di atas.

Saya telah dimaklumkan oleh pihak TV9 bahawa YB Dato’ Seri telah membuat keputusan untuk membatalkan penyertaan YB Dato Seri di dalam rancangan tersebut pada saat-saat akhir oleh kerana sebab-sebab yang tertentu. Pada asalnya, saya dijadualkan akan menjadi ahli panel di dalam rancangan tersebut bersama-sama dengan YB Dato’ Seri, dengan Prof Madya Dr Agus sebagai moderator dalam rancangan tersebut pada malam ini 26hb Mei 2009 jam 9.30 malam.

Saya merasakan bahawa tajuk yang akan dibincangkan mengenai ‘Politik Wang’ adalah merupakan suatu tajuk yang amat mustahak dan relevan dengan situasi sekarang, dan rakyat secara keseluruhannya amat ternanti-nanti untuk mendengar buah fikiran YB Dato’ Seri dan juga saya sebagai wakil dari PAS, untuk menangani permasalahan politik wang ini.

Oleh yang demikian, saya memandang berat keputusan YB Dato’ Seri untuk membatalkan kehadiran di dalam rancangan ‘Hujjah’ pada malam ini. Saya memohon agar YB Dato’ Seri dapat mempertimbangkan semula keputusan tersebut supaya saya dan YB Dato’ Seri dapat sama-sama mengupas dan berbincang mengenai politik wang di dalam rancangan ‘Hujjah’ pada malam ini.

Sukacita saya memberikan tempoh sehingga jam 7.30 malam ini untuk pihak YB Dato’ Seri memberikan pengesahan untuk hadir dan ikut serta di dalam rancangan tersebut pada malam ini.

Di atas kesudian dan kerjasama YB Dato’ Seri itu, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

YANG BENAR,

Husam Haji Musa

2 ulasan:

Prof. Era Pasca berkata...

zahib hamidi mane ade telur... dulu die tumbuk bakal anak menantu die brani lah...

Tanpa Nama berkata...

sedara aper cter hujah mlm tadi,bape banyak telur ilang

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.