Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

15 Nov 2009

Menantu Nik Aziz nafi atur konspirasi guling Hadi

Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, menantu Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kini menjadi tumpuan kontroversi pengurusan Perbadanan Mentri Besar Kelantan (PMBK), menafikan yang beliau pernah mengatur konspirasi untuk menggulingkan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Tak betul, sila nafikan,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Ketika diminta mengulas pandangan penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang awal minggu lalu dipecat dari jawatannya sebagai Pegawai Perhubungan Korporat PMBK, Ariffahmi berkata: “Dia nak lagakan ana dengan ayahanda (Nik Aziz) dan Ustaz Hadi. Lagi dia (Syed Azidi) mengamuk, orang akan lihat dia lagi buruk.”

Syed Azidi yang dikenali sebagai blogger Kickdefella mendakwa perancangan untuk menjatuhkan Hadi yang juga ahli parlimen Marang telah bermula sejak selepas pilihan raya umum Mac 2008.

“Dan ramai langsung tidak tahu bahawa pada 31 Julai 2009 sudah ada satu perancangan rapi dibuat di Kampung Langgar, Kota Bharu yang menghasilkan ini, ini dan ini,” kata Syed Azidi.

“Naib presiden PAS sekarang, YB Salahuddin Ayub juga boleh menjelaskan bahawa orang yang sama pernah merancang untuk menggulingkan Tuan Guru Abdul Hadi Awang selepas pilihan raya umum ke-12.

“Bagaimana saya tahu? Sebab saya duduk bersebelahan dengan YB Salahuddin dalam pertemuan yang dirancang oleh Ariffahmi di Hotel Perdana,” katanya.

Salahuddin juga merupakan ahli parlimen Kubang Kerian dan dipilih sebagai naib presiden PAS Jun lalu.

Syed Azidi memberitahu, Ariffahmi mendakwa bahawa Nik Aziz mahu Hadi berundur dan digantikan dengan anak didiknya Datuk Husam Musa sebagai Presiden PAS.

“Ariffahmi mengarahkan supaya Salahuddin yang ketika itu Ketua Dewan Pemuda menggunakan jentera Pemuda PAS menggulingkan Ustaz Hadi. Salahuddin hanya diam. Benarkah ini kehendak Nik Aziz atau ini lagi satu projek Ariffahmi.

“Setelah dua tiga pertemuan saya dan YB Salahuddin bersetuju bahawa Ariffahmi sudah hilang akal dan idea itu bukan sahaja bertujuan untuk membunuh karier politik Husam tetapi juga berupaya memporakperandakan PAS,” katanya.

Dalam tulisannya ini, Syed Azidi juga mendakwa bahawa Ariffahmi pernah menjadi ahli Umno Cawangan Chakung yang terletak dalam bahagian Dewan Undangan Negeri Temangan, Machang.

Beliau hanya merupakan ahli biasa cawangan tersebut ketika itu, tulis beliau dalam blognya.

Bagaimanapun pandangan itu turut dinafikan oleh Ariffahmi yang menegaskan, beliau hanya merupakan ahli seumur hidup PAS.

“Ada orang yang daftarkan nama ana dalam keadaan ana tak tahu... lama dah. Ana tak pernah tengok borang dan menandatangani borang tu. Ana ahli PAS seumur hidup,” katanya lagi.

“No ahli ialah 427681, daftar sekali gus ahli seumur hidup di kawasan Machang,” kata Ariffahmi sambil menambah, ia didaftarkan pada 25 Februari 1997.

Ariffahmi kini merupakan Timbalan Ketua Pemuda Machang selain ahli jawatankuasa Pemuda PAS Kelantan dan ahli jawatankuasa Lajnah Ekonomi Pemuda PAS pusat. - themalaysianinsider

Kickdefella - Tauke Teng, Nudin Awang dan George Michael

Tiada ulasan:

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.