Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

17 Nov 2009

Pemuda PAS Johor bawa isu penemuan 14 kad pengenalan ke parlimen



Pemuda PAS Johor bawa isu penemuan 14 kad pengenalan ke parlimen

Dewan Pemuda PAS Johor menyerahkan satu memorandum menuntut isu penemuan 14 kad pengenalan dan beberapa dokumen 6 Jun lalu yang didakwa ada kaitan dengan penyelewengan pilihanraya dibawa ke parlimen.

Ianya ekoran masih tiada sebarang tindakan susulan diambil walaupun perkara tersebut telah dilaporkan kepada pihak Polis dan dimaklumkan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negri Johor.

Penyerahan memorandum tersebut diketuai Ketua Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil kepada Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub di lobi parlimen pagi tadi.

Khairul Faizi dalam sidang media sebelum itu memberitahu, siasatan berhubung penemuan itu sangat penting kerana ianya membabitkan keselamatan negara.

“Empat belas kad penganalan ini saya dapati tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan…setidak-tidaknya kad pengenalan yang tidak lagi dimiliki akan dipotong.”

Beliau juga tidak menolak kemungkinan, ianya ada kaitan dengan penyelewengan pilihan raya berikutan kad perwakilan Umno turut ditemui bersama.

“Yang lebih mencurigakan kami, kad pengenalan masih elok dijumpai bersama dengan beberapa dokumen yang mengejutkan…termasuk kad perwakilan jentera (Umno) pilihanraya tahun 1995.”

turut dijumpai, bersama (adalah) kad perwakilan Umno yang tertera nama Norhashimah Abu Samah (iaitu) Naib Ketua Wanita (Umno) Cawangan Kampung Baru (Johor Bharu),” katanya lagi.

Kesemua barangan tersebut didakwa dijumpai 6 jun lalu di satu kawasan tapak pelupusan sampah di Johor Bharu.

Ekoran penemuan itu, beliau memberitahu telah membuat laporan polis pada hari yang sama.

Namun melihat tiada sebarang perkembangan, mereka mula mengatur tindakan susulan termasuk menghantar memorandum kepada balai polis negeri dan kepada pihak lain yang bertanggungjawab.

“Setelah tidak ada laporan (balas) Polis, kami telah hantar memorandum pada Ketua Polis Johor 19 Ogos.”

Tambahnya, hanya dua hari kemudian Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Jalaluddin Abdul Rahman menjelaskan bahawa kes tersebut bukan di bawah bidang kuasa polis dan telah menyerahkan kes itu kepada JPN Negeri Johor.

Meliahat masih tiada sebarang maklumbalas, mereka sekali lagi menghantar memorandum bantahan sama kepada JPN negeri pada tarikh 17 September lalu.

JPN Negeri dakwanya menjelaskan bahawa kes tersebut di bawah bidang kuasa Polis, kemudiannya menjelaskan bahawa kes itu sudah dipanjangkan kepada JPN Pusat di Putrajaya.

Keadaan saling tolak menolak kes tersebut menyebabkan sehingga kini belum ada sebarang maklum balas positif dari kedua dua pihak tersebut.

Dalam pada itu, Salahuddin ketika menerima memorandum itu berjanji untuk membawa kes tersebut ke Parlimen dalam masa terdekat.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS meminta Polis dan JPN mengambil bertanggungjawab menyelesaikan kes tersebut.

Bercakap pada sidang media yang sama, Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul menyifatkan pendedahan tersebut merupakan salah satu penyelewengan pilihanraya menggunakan kad pengenalan. Dzulfikar Mashoor - Hrkh

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.