TV ONLINE
10 Feb 2009
Rakaman telefon sulit didedahkan ~ Malaysiakini
Selanjutnya
Sekitar majlis pengebumian MP Bukit Gantang ~ Malaysiakini
Inilah bukti kehebatan seorang mujahid Islam. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang soleh. Al-Fatihah, ALLAHUAKBAR
| ||
Sah! ADUN Bukit Selambau letak jawatan ~ Malaysiakini
Atas faktor rasa tertekan dan diancam keselamatan keluarga menyebabkan Arumugam Vengatarakoo, meletakkan jawatannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau.
Demikian kata Menteri Besar, Dato Seri Ustaz Azizan Abdul Razak di sidang medianya itu yang diadakan di kediaman rasminya, Sri Mentaloon, di sini semalam.
Turut dihadiri oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Dato' Dr Abdul Isa Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Syed Unan Mashri Syed Abdullah dan Pengerusi Badan Perhubungan KeADILan Kedah, Ahmad Kassim.
"Dukacita saya maklumkan Arumugam juga meletakkan jawatannya sebagai Adun Bukit Selambau berkuatkuasa serta merta dan surat perletakan jawatan itu bertarikh 8 Februari 2009. Dia telah menghantar dua surat, satu kepada Speaker memaklumkan perletakan jawatannya sebagai Adun dan satu kepada saya memaklumkan perletakan jawatannya sebagai Exco dan Adun.
"Sepatutnya surat itu dihantar kepada Tuanku Sultan, tetapi mungkinlah sebab teknikal dia hantar kepada saya dan saya telah menyembahkan surat itu kepada Tuanku Sultan," ujarnya mengumumkan.
Menurut Ustaz Azizan perletakan jawatan Arumugam juga dimaklumkan beliau dengan surat kepada Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan disalinkan kepada beliau. Oleh itu katanya, Speaker akan memaklumkan perkara itu kepada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).
Katanya lagi, memandangkan kuota kerusi tersebut diberikan kepada KeADILan, maka soal calon juga diserahkan kepada KeADILan.
Menjawab pertanyaan media, kata Ustaz Azizan, Arumugam dalam suratnya menjelaskan bahawa beliau menghadapi ugutan daripada pihak Barisan Nasional dan menawar kepadanya jutaan ringgit untuk melompat kepada BN.
"Dia dan keluarganya tidak tahan lagi, rasa tertekan dengan pelbagai ugutan, jadi atas dasar itu demi keselamatan diri dan anggota keluarga dia, maka dia rasa elok dia menarik diri dari politik dengan menjadi wakil rakyat.
"Dia juga diugut pada beberapa kali terutama di peringkat akhir keretanya (disimbah) dicat dan pelbagai lagi. Maka sebab itu dia tak sanggup lagi jadi dia letak jawatanlah," ujarnya yang turut memaklumkan surat itu diperolehinya jam 5 petang tadi.
Jelas beliau, surat itu bercop suruhanjaya sumpah dan akan diserahkan beliau kepada Speaker. Mengulas pertanyaan media juga beliau menganggap perkara itu lumrah dalam politik. Ditanya tindakan pihak polis terhadap aduan yang pernah dibuat, katanya perkara itu perlu dirujuk kepada pihak polis.
Diminta mengulas mengenai Arumugam, beliau menyifatkan Arumugam seorang yang telah menjalankan tugas dengan baik. Ustaz Azizan juga menjelaskan bahawa ugutan yang diterima Arumugam telah berlaku sejak beliau memenangi kerusi Dun Bukit Selambau dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.
"Paling terakhir dia ditawarkan RM5 juta. Saya menghargai sikap beliau yang menolak tawaran sebanyak RM5 juta itu. Tapi kerana tekanan emosi, tekanan kepada keluarga, maka tidak ada jalan lain," terangnya yang turut membacakan penjelasan bertulis Arumugam.
Sementara itu, Ahmad Kassim pada sidang media itu berkata, KeADILan Kedah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya kecil yang bakal berlaku.
Katanya, jentera gabungan parti-parti Pakatan Rakyat akan membantu manakala mesyuarat pra-pilihanraya akan diadakan di Parlimen Merbok. Maklumnya juga pimpinan KeADILan Pusat juga akan turun ke Kedah dalam beberapa hari lagi dan calon akan diputuskan oleh pimpinan pusat melalui cadangan KeADILan Kedah.
Menurut Ahmad, Arumugam juga memaklumkan kepadanya bahawa beliau kini selamat dan keputusan itu turut dimaklumi kepada pimpinan KeADILan Pusat.
9 Feb 2009
Kuala Kangsar: Kisah orang yang ditahan (OKT)~ Malaysiakini
(Terbaring sambil pegang bendera di atas jalan, ketika konvoi Sultan melalui jalan ke Istana Iskandariah.)Timbalan Yang Dipertua PAS Beruas, Hj Mohd Nazir bin M.K.M Hameed ditahan oleh polis di rumahnya di Beruas jam 4.30 pagi. Beliau dibawa oleh sepasukan polis ke Ipoh.
Hj Nazir adalah antara yang kelihatan dalam satu tunjuk perasaan di hadapan Masjid Ubudiyyah pada hari Jumaat lepas.
Sementara itu, tiga orang yang ditahan (OKT) telah dibebaskan dengan ikat jamin. 6 orang lagi masih direman untuk soal siasat. Mereka yang dibebaskan itu ialah Meor Saifizul b. Meor Mohd Amin, Hj Ismail Abdul Kadir dan Mohd Faiz Arshad.
Hj. Nazeer kini sedang ditahan di Balai Polis Jalan Gereja, Ipoh.




Exco 'Haram' Perak ~ Malaysiakini
Sebelum itu pertelagahan mengenai kelayakan Pangkor sebagai MB kudeta masih belum reda dan ianya masih menjadi persoalan yang semakin kusut. Apa lagi penyokong kuat UMNO masih ingat dengan keterlibatan Pangkor dalam gerakan reformasi dan pernah ditahan ISA kerananya.
Berikut ini adalah jangkaan Exco yang bertiup kencang dan gambarnya tersiar dan akhbar Cina...
Kalau Hee Yit Fong turut dikatakan tersenarai sebagai salah orang yang dipilih, ke mana pula ADUN Behrang, Jamaluddin Md. Radzi dan ADUN Changkat Jering, Osman Jailu.
Inilah yang dikatakan akan dilantik menjadi Exco ?
Kalau benarlah mereka berdua tidak terpilih sebagai Exco, malang lah nasib mereka, sudah jatuh ditimpa tangga. Dulunya Exco sudah melompat jawatan hilang, padahnya di caci dan di maki oleh pengundinya sendiri. Malah dianggap sebagai pengkhianat kepada pengundinya sehingga memporak peranda kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.
Namun malang dan padah itu cuma sementara, Allah maha menerima taubat hamba-hambanya. Jasa mereka berdua akan disanjung tinggi kalau mereka sanggup kembali ke pangkuan Pakatan Rakyat.
Kembalinya usahlah di fikir masuk mana-mana parti,buang yang keruh ambil yang jernih. teruskan anda dengan parti bebas yang diumumkan tetapi beralih lah arah menyokong PR. Mudah-mudahan jawatan Exco yang saudara pernah pegang akan dikembalikan. Namun bukan hak saya dan sikap kami untuk menjanjikan sesuatu.
Tetapi demi untuk menjernihkan suasana, menenangkan semua pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan anda, eloklah difikirkan langkah yang terbaik demi untuk menyelamatkan Perak yang kita kasihi.~ Cina Islam
Jam 1.45 PM : Allahyarham di Hospital Batu Gajah.
Bila saya bertanya sebab kematian, beliau mengatakan disyaki kena serangan jantung.
Beliau juga memaklumkan Hj. Roslan pergi mencuci kenderaannya di tempat cuci kereta di pekan Batu Gajah dan meminjam basikal dari tempat cuci kereta itu. Lalu dia terjatuh dari basikal itu.
Selanjutnya
YB. Roslan Shaharum, MP Bukit Gantang meninggal dunia- Malaysiakini
Takziah kepada keluarga Allahyarham Roslan Shaharum yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi ini. Difahamkan beliau terjatuh semasa menunggang basikal.
1. Roslan Shaharum (Pas) (20,015)
2. M. Murganan (Bebas) (872)
3. Datuk Seri Azim Mohd. Zabidi (BN) (18,449)
Majoriti: 1,566
DRS. KHALIL IDHAM LIM : Setakat ini saya menerima pengesahan dari Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak, Hj. Abdul Rahim dan ketua Penerangan PAS Perak, Ust. Misbahul Munir bahawa Ahli Parlimen Bukit Gantang dari PAS telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.
Mengikut maklumat yang diperolihi beliau keluar dari rumahnya dengan bebasikal tanpa membawa talipon bimbit dan beliau terjatuh semasa mengayuh basil berdekatan dengan stesen minyak Petronas di Pekan Batu Gajah. Pengesahan juga diterima dari YDP PAS Kawasan Batu Gajah, Hj. Ismail.
Al fatihah.... .
YB. BUKIT SELAMBAU MELETAK JAWATAN? ~ Malaysiakini
Kelibatnya jauh sekali bagai langit dan bumi jika mahu dibandingkan dengan ayahandanya itu. Kini Najib menggerakkan seluruh kekuatan juak-juaknya untuk mengganyang pula Kerajaan Negeri Kedah. Berbagai isu-isu sensitif yang akan dibangkitkan bagi mengelirukan rakyat. Modus Operandinya hampir sama denngan apa yang dilakukan di Perak dulu. Bermula dengan "umpan wanita" seterusnya "rasuah". Inilah yang berlaku kepada dua ADUN PKR yang merupaka Exco Kerajaan Negeri Perak dulu. Kini mereka akhirnya tewas dengan pujukan, gertakan dan kemewahan yang dijanjikan oleh Najib sekiranya mereka bersama BN.
Khabarnya orang-orang Najib sudah mula menggempur Kedah sekarang. Bermula dengan isu exco membawa wanita bukan isterinya dalam majlis rasmi kerajaan negeri hinggalah ke isu-isu rasuah yang sudah pasti akan dibongkarkan dalam masa terdekat ini. Ini semua adalah perancangan jahat Najib Razak dalam usaha "membalas dendam" atas apa yang berlaku di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu dalam dua pilihanraya kecil yang lalu. Najib sebolehnya mahu jadi Perdana Menteri dalam keadaan yang cukup selesa. Maka itu, kita tidak hairan bagi menjayakan projek beliau ini, kekerasan, paksaan, ugutan yang boleh mengamcam keselamatan juga bakal dilakukan. Ini semua adalah dengan kerjasama pihak-pihak yang tidak sepatutnya. Namun, dek kerana mereka takut dengan ancaman Najib maka gerakan ini diteruskan. Terkini, kami mendapat maklumat dari Kedah Darul Aman yang mengatakan seorang Exco Kerajaan Negeri iaitu YB Arumugan a/l Vengatarakoo, iaitu ADUN Bukit Silambau (foto) dari PKR telah meletakkan jawatannya malam tadi. Ini berikutan beliau tidak tahan lagi dengan tekanan dan ugutan supaya beliau melompat parti. Akibat bimbang dengan keselamatan keluarganya, maka beliau terpaksa mengundur diri dan meletakkan jawatan secara terhormat. Perkara ini telah disahkan. Ini bermakna satu lagi pilihanraya kecil akan diadakan iaitu di kerusi DUN Bukit Selambau Kedah dalam masa terdekat ini. Tahnih kita ucapkan kepada YB Arumugan, biarpun beliau bukan beragama Islam namun atas dasar maruah dan harga diri serta tidak mahu mengecewakan para penyokongnya beliau lebih rela mengambil keputusan berundur dari menerima habuan "rasuah" dari puak-puak UMNO. Berbeza sekali dengan tiga ADUN PKR di Perak yang kononnya beragama Islam, namun sebenarnya mereka tiada maruah dan harga diri serta lebih rela dijual beli tanpa memikirkan impaknya di kemudian hari nanti. ~ PahangDailySuasana ceramah di Kediaman Rasmi MB Perak~ Malaysiakini
gambaran rakyat yg berada diluar tembok kerana ruang di dalam kediaman sudah penuh dengan kebanjiran rakyat yang melaut seumpama lautan putih.
Senyum pengundi-pengundi muda para reformis muda !
YAB MB Perak ketika memulakan ucapan dari atas rumah beliau

Barisan Pimpinan Utama di Himpunan Rakyat.
Khalayak rakyat yg ramai dari pandangan atasTetapi perkara itu telah dilakukan dan berlaku di Perak.
Dalam keadaan in YB Nizar bangun untuk mempertahankan undang-undang bukannya mempertahankan kuasanya. Apa jadi jika YB Nizar mengalah dan menurut sahaja titah Sultan? YB Nizar telah turut bersama mencabuli undang-undang. Dalam situasi sekarang, fakta dan tafsiran telah diputar belitkan sehingga orang menganggap YB Nizar adalah penderhaka. Saya rasa orang yang membuat undang-undang itulah yang menderhaka kerana tidak menetapkan Sultan boleh memecat MB. Saya berharap pemimpin UMNO yang sayang dan taat kepada Sultan mengubah undang-undang yang ada untuk memberi kuasa kepada Sultan memecat dan melantik MB dan PM.~ al banjari online
8 Feb 2009
Haron Din jawab Mufti Perak
PENGKALAN CHEPA - Golongan alim ulama di Negara ini harus bersikap adil di samping memihak hanya kepada Islam dalam menyelesaikan sesuatu isu apa lagi mengeluarkan kenyataan berbaur politik
Timbalan Mursyidul Am, Dato' Dr Haron Din, menyifatkan kenyataan Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria, yang mengeluarkan kenyataan sesiapa tidak taat kepada pemerintah dianggap derhaka dilihat sebagai tidak menepati tugasnya sebagai Mufti yang hanya wajib memihak pada Islam dan bukannya pada mana-mana individu apa lagi untuk kepentingan politik.
Menurutnya, tindakan sedemikian hanya akan mengundang kekeliruan di kalangan masyarakat, kerana golongan ulama merupakan rujukan utama masyarakat dalam masaalah agama.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kenyataan mufti berkenaan yang didakwa sedemikian sebagai merujuk tindakan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Muhammad Nizar, yang enggan melepaskan jawatannya sebagai menteri besar.
Harussani baru-baru ini mendakwa, sesiapa yang tidak taat kepada pemerintah ataupun Raja yang memerintah sesebuah negeri, orang itu dianggap derhaka.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis penutup Kursus Kepimpinan Dakwah Halaqat, anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan, di Putik, di sini semalam.
"Mufti Perak telah menyatakan pendapatnya, tetapi tidak pernah berlaku seumpamanya sebelum ini di mana Mufti telah memihak pada mana-mana parti politik.
"Sepatutnya sebagai orang yang diberi tanggungjawab menjaga kepentingan agama, Mufti tidak seharusnya terjebak dalam kancah politik, selain hanya memihak kepada kebenaran Islam yang satu,"ujarnya lagi.
Haron Din, seterusnya memberitahu kenyataan Mufti sedemikian jelas menampakkan ianya kurang bijak dalam memberikan pandangannya berhubung kemelut politik di Perak.
"Kalau nak membuat sebarang ulasan pun biarlah ianya memberi gambaran yang jelas iaitu Islam,"ujarnya lagi.
Terdahulu ketika berucap pada majlis itu beliau merujuk pada sejarah Islam bagaimana seorang alim ulama yang masyhur Izzudin Abdul Salam yang berani menyatakan kebenarannya walaupun di hadapan sultan sehingga beliau akhirnya dibuang daerah.
Menurutnya, keberanian ulama di zaman ini amat diperlukan khususnya untuk menangani kegawatan suasana politik dunia dan tempatan yang semakin meruncing.
"Hanya golongan ulama sejati yang berani mengeluarkan kenyataan yang benar walaupun sedar diri terpaksa berhadapan dengan sebarang kemungkinan,"ujarnya lagi. -Hrkh
Kenapa Hee Yit Foong Tinggalkan DAP? ~ Malaysiakini
MUNGKIN kalangan kita sudah mengetahui sebab-sebab kenapa tiga Adun jantan Jamaluddin Radzi dan Othman Jailu memberi sokongan kepada BN dan Nasaruddin Hashim yang menyertai PKR hanya 10 hari sebelas malam kembali semula ke jelumun asalnya, Umno.Membaca latar belakang dan sejarah mereka bertiga itu tidak menghairankan. Para tukang tilik juga dapat mengagak apa yang berlaku ke atas diri mereka hanya dengan sekilas menengok muka mereka.
Tetapi apa pula sebab musabab maka Adun betina (maaf wanita), Hee Yit Foon (foto) juga boleh bertindak meninggalkan partinya, DAP dan menyertai BN secara tektikal dengan mengumumkan diri sebagai bebas.
Selalunya ahli-ahli DAP dikenali sebagai parti yang berdisiplin dan berprinsip. Jangan sekali kita mendengar ada ahli DAP keluar parti apa lagi kalau keluar untuk memusnahkan kerajaan mereka atau pun kerana mengharapkan sedikit sisa untuk hidup. Sudah ada wakil rakyat DAP yang meninggalkan parti tetapi mereka tidak menyertai komponen kerajaan memberi sokongan sehingga membolehkan Umno tubuh kerajaan.
Hu Spang, Lim Lyam They adalah contoh klasiknya. Tetapi perbuatan mereka tidak sampai memusnahkan kerajaan yang sedang dilayar partinya, ataupun sampai merosakkan imej parti mereka. Mereka keluar secara terhormat dan penuh tanggungjawab.
Petang tadi saya bersembang dengan seorang rakan di rumah seorang bergelar Datuk yang mengetahui sedikit sebanyak latar belakang Adun betina berkenaan. Menurut rakan itu ianya soalnya kecil saja iaitu soal peribadi yang gagal ditangani oleh DAP Perak.
Ia dikatakan bermula apabila Adun bertina itu kecewa kerana tidak dilantik menjadi Exco. Beliau mendakwa sepatutnya beliau dilantik menjadi Exco kerana dia sudah 22 tahun menjadi ahli parti berkenaan. Beliau hanya dilantik menjadi timbalan speaker saja.
Menurut kawan itu jawatan timbalan speaker tidak memuaskan hatinya.
Rasa kecewa itu menjadi-jadi lagi apabila kerajaan Pakatan mengagihkan kereta Camry baru kepada para Exco tetapi beliau hanya diberikan Proton Perdana yang sering rosak cermin saja. Pengagihan itu beliau rasakan tidak adil dan menyebabkan marahnya semakin menjadi.
Selain daripada itu hubungan kurang baik Adun betina itu dengan salah seorang pemimpin DAP Perak juga menyebabkan kenapa Adun betina itu bertindak meninggalkan parti. Kemungkinan disebabkan masalah ini mudah bagi para broker untuk memujuk Adun betina ini meninggalkan DAP dan menjadi ahli bebas yang menyokong BN.
Mungkin apa yang beliau harapkan itu berjaya diperolehi, iaitu menjadi Exco dan mendapat kemudahan kereta Camry. Kalaulah itu yang menjadi matlamat hidup Adun betina ini maka wajarlah kalau dia meninggalkan DAP dan menunjukkan betapa naifnya perjuangan politik beliau. Bukan saja beliau sesiapa saja Adun yang meletakkan benda sebagai matlamat wajar meninggalkan parti kerana ia tidak akan menyusahkan rakyat.
http://msomelayu.blogspot.com/
Rakaman telefon sulit akan didedahkan ~ Malaysiakini

Satu rakaman telefon perbualan antara ORANG YANG DIKEHENDAKI akan didedahkan...
Antara petikan dalam Blog Perak Express berbunyi
Dan semalam, aku mendapat beberapa rakaman perbualan telefon diantara orang kita dengan Jamal, Osman, Dato Nasarudin dan isterinya yang dirakamkan secara rahsia. Kami akan siarkan rakaman telefon ini secara berperingkat dan belum pasti sama ada ianya akan disiarkan di Perakexpress. Mungkin di blog Sya-reformis, Albanjari, Cyberboron, Cenangau…kerana kami semua sedang diekori oleh SB dan MIO.
Sama-sama kita tunggu.....
Nizar nak keluar dari rumah kediaman rasmi MB ~ Malaysiakini
Dalam berita hari ini, Menteri Besar 'Haram' Mamat Zambrey berkata dia tak kisah jika Nizar terus tinggal di kediaman rasmi. Kenapa dia berkata demikian.... Ini memang rumah Rasmi Menteri Besar yang sah disisi Undang-undang.
Dato' Seri Hj Nizar membeitahu SU Politiknya, " Misbah, cari rumah kat mana-mana, sehari dua nanti, kami nak pindah". Saya bersama dengan rakan-rakan kini sedang mencari rumah yang sesuai untuk Hj Nizar dan keluarga berpindah.
Selanjutnya
SU Kerajaan Perak minta maaf dari Nizar ~ Malaysiakini
Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri,(SS) Dr. Abdul Rahman Hashim memohon maaf kepada Dato' Seri Hj Nizar Jamaluddin pagi semalam di atas perbuatannya yang kurang ajar dan biadab di pejabat MB Perak hari Jumaat yang lalu. Beliau menghubungi Hj Nizar melalui telepon. Saya sendiri mendengar perbualannya antara Hj Nizar dengan beliau di kediaman MB.Dalam kejadian Jumaat yang lepas, Hj Nizar sedang ditemubual oleh ramai wartawan, Tidak sampai 10 minit kemudian, kedengaran suara yang begitu tinggi, lantang, menengking sampil menepuk-nepuk tangan meneriak para wartawan supaya keluar dari Pejabat MB. Pihak polis turut digunakan untuk menghalau para wartawan. Penasihat undang-undang juga pun ada bersama pegawai-pegawai kerajaan yang lain. Teman saya Penolong Setiausaha kerajaan bahagian Khidmat Pengurusan turut malu melihat bosnya yang biadab itu.
MB Perak ketika itu sedang diwawancara dan merasa kesal di atas sikap SS yang panas baran dan biadab itu. Sebaliknya Hj Nizar tidak pernah mengeluarkan kata-kata yang kesat terhadap beliau, laporan yang mengatakan Hj Nizar berkata kesat adalah tidak betul. Saya ada di tempat kejadian, yang berlaku SS menengking, menjerit, meneriak dan menepuk tangan, para wartawan termasuk beberapa EXCO cukup kesal dan tidak senang hati. dalam ramai-ramai itulah ada yang membalas balek tengkingannya itu, tetapi saya yakin bukan Hj Nizar. Walau bagaimanapun dalam perjalanan keluar Dato' SS ada menyapa untuk berjumpa dengan Hj Nizar, tetapi Dato' Seri menjawab dengan begitu sopan, "minta maaf, saya nak balek ke kediaman, ada mesyuarat, terima kasih".
Apabila ada akhbar yang membuat laporan dan menyiarkan gambar SS yang bersikap demikian, mungkin beliau terasa malu, imejnya buruk, akhirnya beliau menghubungi Hj Nizar melalui telepon dan memohon maaf, dan memberitahu Hj Nizar kalau nak tinggal lama di kediaman pun tak apa, dan kalau nak keluar nanti, beritahu sahaja, beliau akan membantu menyediakan pengangkutan. (tetapi kita faham, mafhum mubalaghahnya, bahasa perli la tu). Macam seorang ibu memarahi anaknya " ooo!, main hujan ya, mainlah, mainlah, sampai malam pun tak apa) Anak itu faham, dia akan berhenti main hujan.
Dato' Seri Hj Nizar pun faham, dia beitahu saya, " Misbah, cari rumah kat mana-mana, sehari dua nanti, kami nak pindah". Saya bersama dengan rakan-rakan kini sedang mencari rumah yang sesuai untuk Hj Nizar dan keluarga berpindah. ~ SU POLITIK MB PERAK
6 Sebab kenapa Pakatan perlu bertahan ~ Malaysiakini
1.Tiada satu pun parti yang mempunyai majoriti mutlak untuk memerintah negeri Perak.
2.Sultan tidak sepatutnya diperdaya dengan permainan lompat ini dan terpaksa berhadapan dengan kerenah penubuhan kerajaan setiap kali tiga orang melompat keparti lain
3. Tiada satu pun parti yang mempunyai majoriti mutlak untuk memerintah negeri Perak.Sultan tidak sepatutnya diperdaya dengan permainan lompat ini dan terpaksa berhadapan dengan kerenah penubuhan kerajaan setiap kali tiga orang melompat keparti lain.Keadaan masa kini adalah tidak stabil kerana tiada siapa yang dapat menghalang tiga ADUN daripada melompat keparti lain dimasa depan. Kredibiliti keempat-empat ADUN ini adalah rapuh dimana sekurang-kurangnya seorang daripada mereka telah melompat sebanyak dua kali dan kemampuan mereka untuk berpegang kepada janji yang dibuat kepada rakyat amat dicurigai.
4.Dalam keadaan ini, mandat baru dari rakyat merupakan satu-satunya pilihan yang ada. Untuk membentuk kerajaan dengan menggunakan Ahli Dewan Undangan Negeri yang bermasalah, dua daripadanya sedang menghadapi tuduhan rasuah yang didakwa oleh Barisan Nasional yang telah meminta supaya kedua-duanya digantung perkhidmatan menjadikan system demokrasi ini ditertawakan ramai.
5. Didalam keadaan biasa, Yang DiPertuan Agong tidak boleh menghalang permintaan untuk pembubaran Parlimen. Tanggungjawab Baginda hanyalah untuk mengesahkan.” Raja Azlan Shah…didalam bukunya yang bertaju, “Constitutional Monarchy, Rule of Law and Good Governance .
6.Dalam Perkara 16/6, system Raja Berpelembagaan Malaysia, Sultan hanya ada kuasa melucutkan jawatan ahli Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO) tapi tidak Menteri Besar. MB hanya boleh dilucutkan jawatan melalui pembubaran DUN, undi tidak percaya dalam sidang DUN ataupun Menteri Besar sendiri meletakkan jawatan.
PEMUDABESUT @ HIMPIT10K
Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN
SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)
TAJUK SEBELUM....
-
▼
2011
(11)
- ► 10/16 - 10/23 (1)
- ► 07/10 - 07/17 (1)
- ► 03/20 - 03/27 (1)
- ► 03/13 - 03/20 (5)
- ► 02/13 - 02/20 (1)
- ► 01/16 - 01/23 (1)
-
►
2010
(558)
- ► 12/05 - 12/12 (2)
- ► 11/28 - 12/05 (1)
- ► 11/21 - 11/28 (1)
- ► 11/14 - 11/21 (1)
- ► 10/31 - 11/07 (4)
- ► 10/24 - 10/31 (9)
- ► 10/17 - 10/24 (3)
- ► 10/10 - 10/17 (8)
- ► 10/03 - 10/10 (1)
- ► 09/19 - 09/26 (1)
- ► 08/08 - 08/15 (1)
- ► 08/01 - 08/08 (6)
- ► 07/25 - 08/01 (8)
- ► 07/18 - 07/25 (5)
- ► 07/11 - 07/18 (5)
- ► 07/04 - 07/11 (6)
- ► 06/27 - 07/04 (9)
- ► 06/20 - 06/27 (6)
- ► 06/13 - 06/20 (13)
- ► 06/06 - 06/13 (9)
- ► 05/30 - 06/06 (24)
- ► 05/23 - 05/30 (15)
- ► 05/16 - 05/23 (25)
- ► 05/09 - 05/16 (8)
- ► 05/02 - 05/09 (15)
- ► 04/25 - 05/02 (29)
- ► 04/18 - 04/25 (18)
- ► 04/11 - 04/18 (18)
- ► 04/04 - 04/11 (10)
- ► 03/28 - 04/04 (21)
- ► 03/21 - 03/28 (30)
- ► 03/14 - 03/21 (28)
- ► 03/07 - 03/14 (10)
- ► 02/28 - 03/07 (22)
- ► 02/21 - 02/28 (22)
- ► 02/14 - 02/21 (28)
- ► 02/07 - 02/14 (22)
- ► 01/31 - 02/07 (18)
- ► 01/24 - 01/31 (31)
- ► 01/17 - 01/24 (24)
- ► 01/10 - 01/17 (23)
- ► 01/03 - 01/10 (18)
-
►
2009
(1435)
- ► 12/27 - 01/03 (21)
- ► 12/20 - 12/27 (24)
- ► 12/13 - 12/20 (28)
- ► 12/06 - 12/13 (17)
- ► 11/29 - 12/06 (26)
- ► 11/22 - 11/29 (24)
- ► 11/15 - 11/22 (25)
- ► 11/08 - 11/15 (36)
- ► 11/01 - 11/08 (40)
- ► 10/25 - 11/01 (29)
- ► 10/18 - 10/25 (22)
- ► 10/11 - 10/18 (18)
- ► 10/04 - 10/11 (29)
- ► 09/27 - 10/04 (16)
- ► 09/20 - 09/27 (21)
- ► 09/13 - 09/20 (21)
- ► 09/06 - 09/13 (22)
- ► 08/30 - 09/06 (32)
- ► 08/23 - 08/30 (26)
- ► 08/16 - 08/23 (22)
- ► 08/09 - 08/16 (26)
- ► 08/02 - 08/09 (17)
- ► 07/26 - 08/02 (16)
- ► 07/19 - 07/26 (22)
- ► 07/12 - 07/19 (38)
- ► 07/05 - 07/12 (27)
- ► 06/28 - 07/05 (19)
- ► 06/21 - 06/28 (23)
- ► 06/14 - 06/21 (21)
- ► 06/07 - 06/14 (23)
- ► 05/31 - 06/07 (32)
- ► 05/24 - 05/31 (31)
- ► 05/17 - 05/24 (33)
- ► 05/10 - 05/17 (33)
- ► 05/03 - 05/10 (33)
- ► 04/26 - 05/03 (29)
- ► 04/19 - 04/26 (40)
- ► 04/12 - 04/19 (38)
- ► 04/05 - 04/12 (72)
- ► 03/29 - 04/05 (43)
- ► 03/22 - 03/29 (50)
- ► 03/15 - 03/22 (33)
- ► 03/08 - 03/15 (29)
- ► 03/01 - 03/08 (35)
- ► 02/22 - 03/01 (23)
- ► 02/15 - 02/22 (17)
- ► 02/08 - 02/15 (40)
- ► 02/01 - 02/08 (37)
- ► 01/25 - 02/01 (22)
- ► 01/18 - 01/25 (15)
- ► 01/11 - 01/18 (11)
- ► 01/04 - 01/11 (8)
-
►
2008
(536)
- ► 12/28 - 01/04 (10)
- ► 12/21 - 12/28 (9)
- ► 12/14 - 12/21 (16)
- ► 12/07 - 12/14 (16)
- ► 11/30 - 12/07 (24)
- ► 11/23 - 11/30 (24)
- ► 11/16 - 11/23 (17)
- ► 11/09 - 11/16 (21)
- ► 11/02 - 11/09 (37)
- ► 10/26 - 11/02 (23)
- ► 10/19 - 10/26 (28)
- ► 10/12 - 10/19 (29)
- ► 10/05 - 10/12 (44)
- ► 09/28 - 10/05 (24)
- ► 09/21 - 09/28 (30)
- ► 09/14 - 09/21 (39)
- ► 09/07 - 09/14 (41)
- ► 08/31 - 09/07 (15)
- ► 08/24 - 08/31 (19)
- ► 08/17 - 08/24 (4)
- ► 08/03 - 08/10 (22)
- ► 07/27 - 08/03 (37)
- ► 07/20 - 07/27 (5)
- ► 07/06 - 07/13 (1)
- ► 05/18 - 05/25 (1)
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB
(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)
©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

