Begitulah tajuk utama Sinar Harian hari ini 24 Sept. Dato' Seri Anwar berjanji tidak akan pinggirkan pemimpin parti Islam ( PAS ) sekiranya PAKATAN berkuasa di peringkat Nasional.
Alhamdulillah , sekurang - kurangnya ada asas untuk semua pihak menyokong PAKATAN membentuk kerajaan baru kelak .
Saya doakan agar benar janji dikota dan semoga Allah memberi kekuatan kepada semua pimpinan PAKATAN untuk memacu perjuangan yang tiada tepinya ini agar al haq terus bertakhta .
Saya yakin dan percaya , sebarang pertemuan dan perbincangan yang menemukan 3 pimpinan teringgi PAKATAN ini , kiranya bertolak dari hati yang ikhlas untuk Islam akan terus meletakkan UMNO dan BN dalam resah dan gelisah .
~ Tantawi
~ Tantawi
1 ulasan:
Tak usah beranganlah PR nak memerintah Malaysia secara tak sah melalui jalan belakang dan mencemarkan minda rakyat mengikut rentak anwar. Kerajaan BN ada strategi sendiri , ingat depa ni bodoh ke , terimalah hakikat masih ramai lagi rakyat yang suka pada BN. Tunggu PRU ke 13 kalau menang baru sah bentuk kerajaan, baru betul. Ini gila nak memerintah tapi buat dengan cara tak betul.
Catat Ulasan