Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

25 Sep 2008

Pendedahan Saiful Bukan Cari Publisiti, Itulah Kebenaran Hakiki (1) !! ~ Malaysiakini

Susulan daripada pendedahan Pahang Daily perihal Saiful Bukhari Azlan semalam, maka ramai pengunjung yang mengecam artikel berkenaan. Tidak kurang juga yang mengganggap semua ini adalah balasan atas keterlanjuran anak muda itu gara-gara membuat "fitnah" terhadap mantan TPM Anwar Ibrahim yang kononnya meliwat dirinya. Ramai sebenarnya yang ingin mengetahui "berita terkini" Saiful, tambahan pula buat masa ini beliau dipercayai masih dalam "kawalan keselamatan" pihak berkuasa. Kawalan terhadap Saiful lebih dasyat daripada kawalan yang diberikan oleh polis pengiring Agong, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri atau mana-mana Menteri Kabinet sebelum ini. Beruntung benar menjadi Saiful Bukhari Azlan jika sememangnya inilah yang berlaku terhadap dirinya, setelah dikatakan menjadi mangsa "liwat" Anwar.

Persoalan yang timbul, mengapakah senario ini tidak berlaku kepada mangsa liwat 98 dulu seperti Azizan atau pun Sukma Dermawan?. Apa bezanya kes dulu dan kes hari ini?. Kita tertanya-tanya tentang hal ini. Mengapakah beliau diberi layanan yang "luar biasa hebat" mengalahkan VVIP? Ini semua tidak masuk akal sama sekali. Melainkan beliau ada "deal" atau pun ada pihak-pihak tertentu yang "menjaga" beliau untuk kepentingan peribadi masing-masing. Sepatutnya perkara ini perlu disiasat oleh pihak berkuasa. Mana mungkin mangsa "liwat" seperti beliau boleh mendapat keistimewaan sebegitu rupa?. Apakah maknanya semua ini?.

Biasanya bila dikatakan "mangsa" seseorang itu akan malu untuk menunjukkan muka dikhalayak ramai. Bahkan mereka juga akan malu untuk membuat laporan polis mengatakan dirinya diperkosa apatah lagi diliwat. Tetapi, bagi manusia seperti Saiful, lain pula jadinya. Beliau bukan sahaja bersemangat waja dalam membuat kenyataan malahan juga nampak begitu ceria dan gembira dengan apa yang beliau lakukan. Inikah mangsa namanya?. Ikut teori seseorang mangsa yang diliwat, dirogol atau lain-lain pencabulan pasti mereka akan bermuram durja, mendiamkan diri, takut bergaul dengan sesiapa, mengasingkan diri serta fikirannya jadi buntu akibat masalah yang dihadapi. Malahan juga ada sesetengah kejadian, si mangsa akan mencari jalan singkat dengan melakukan "mudarat" terhadap diri sendiri. Lantaran ketakutan inilah terkadang ramai mangsa yang "malu" dan "takut" untuk membuat laporan polis.

Tidak ada yang terlalu "gembira" dan seronok dengan apa yang berlaku terhadap dirinya. Itu dalam kes yang "normal" seperti rogol dan sebagainya. Tetapi dalam kes "luar tabiee" seperti Saiful ini, sepatutnya sebagai orang Islam beliau pastinya lebih malu dan takut untuk berhadapan dengan khalayak ramai. Namun, apa yang berlaku sebaliknya. Beliau bukan sahaja bermegah-megah dengan apa yang terjadi malahan juga begitu "konfiden" dengan akuan sumpahnya yang mengatakan dirinya telah diliwat itu. Bahkan lebih parah lagi beliau mengaku "Anwar telah memasukkan Za***rnya ke dalam Du**rnya". Bukankah itu satu perkataan yang amat menjijik dan mencemarkan sebenarnya. Beliau tidak perlu mengatakan perkataan itu, cukup dengan mengatakan dirinya diliwat maka orang sudah tahu bagaimanakah kejadian itu berlaku.

Lebih hina lagi, tuduhan yang dibuat itu sekadar "tuduhan" semata-mata dan tidak disertakan dengan "bukti kukuh". Bukti yang ada pun sekadar "sumpah laknat" yang menyatakan beliau diliwat. Jika dengan sumpah, kita boleh katakan kita tidak lakukan sesuatu jenayah maka mudah benarlah hukuman dan undang-undang yang berlaku. Jika begitu kenapa kerajaan menangkap Raja Petra hanya dengan berpandukan kepada "artikel" semata-mata. Bayangkan jika beliau juga "bersumpah" dengan mengatakan beliau tidak bersalah. Apakah mahkamah ataupun pihak terbabit boleh menerimanya sebagai bukti?. Jika sumpah dijadikan "unsur bukti" untuk mensabitkan kesalahan jenayah seseorang itu maka apa guna undang-undang serta peraturan yang telah dibuat oleh manusia itu. Maka itulah, dalam Islam hukum bagi orang yang ingin membuat tuduhan perlu menyediakan 4 orang saksi yang sah. Bahkan kesaksiannya langsung tidak diragui. Dalam kes Saiful, macam-macam kejadian "ngeri" dan "tidak masuk akal" berlaku. Misalnya beliau membuat laporan polis pada awalnya diliwat 26 Jun tanpa menyatakan "masa yang spesifik" iaitu pukul berapa kejadian itu berlaku. Soalnya, kenapa pihak polis yang menerima laporan itu boleh mengambil keterangan berkenaan?. Ini yang pelik.

Bayangkan jika ini berlaku kepada orang biasa yang tidak ada keistimewaan. Sudah pasti pihak polis akan bertanya semula, "Pukul berapa kejadian itu berlaku?", "Malam atau siang" dan macam-macam lagi. Kiranya kita jawab tak ingat dan tak tahu, pasti polis akan mengarahkan kita "balik dan mendapatkan bukti dulu". Polis juga akan tanya "siapakah saksi awak?". Jika tiada polis akan kata kita "buat-buat cerita" dan kes itu tidak akan disiasat dengan sebaik mungkin. Banyak kejadian jenanyah di negara ini yang tidak selesai gara-gara pihak polis memerlukan bukti-bukti yang kukuh untuk tujuan siasatan dan membawa kes itu ke mahkamah. Ramai "pelapor" yang kecewa bila laporan polis yang dibuat sekadar diambil "untuk kenangan" dan "melepaskan batuk ditangga" semata-mata. Contohnya laporan kes curi motorsikal, kes ragut, kes hilang barang berharga dan sebagainya. Bahkan ada kes yang kita pula dikatakan cuai dalam menjaga harta benda kita. Akhirnya kita yang akan dimarahi dan ditegur pula oleh mereka atas perkara itu. Sebaliknya barang yang hilang "tidak akan diperolehi lagi", kiranya ada insurans mungkin kita boleh tuntut gantirugi. Tapi jika semua itu tiada maka, akhirnya kita meloponglah begitu sahaja menunggu dan terus menunggu. Inilah hakikat sebenarnya yang berlaku didalam negara kita mutakhir ini. [Bersambung Di Siri II]


Tiada ulasan:

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.