Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

27 Mei 2009

Ezam diperkuda lagi


Kenyataan Husam tarik diri dari Hujah TV9 (Sila Klik)

Awal malam tadi mungkin ramai yang tertunggu-tunggu rancangan Hujah di TV9 yang bakal menampilkan calon Timbalan Presiden PAS iaitu YB Husam Musa dengan Menteri Pertahanan iaitu YB Zahid Hamidi yang juga bekas anak didik DS Anwar.

Saya terlalu yakin bahawa Zahid Hamidi pasti akan muncul dalam rancangan tersebut kerana beliau dikenali di dalam Umno sebagai tokoh politik yang berani, pandai berpidato serta kelihatan `bersih' keperibadiannya. Apatah lagi, topik yang akan dibincangkan adalah berkenaan dengan politik wang, masakan Zahid mahu mengelak diri dari memperkatakan topik tersebut kerana beliau sendiri pernah menyatakan Umno teramat serius untuk membenteras politik wang.

Sudah tentu bukan sahaja penyokong-penyokong pembangkang yang ingin melihat kehebatan Husam Musa di dalam mengulas isu ini, tetapi saya percaya ramai di kalangan ahli-ahli Umno dan Bn yang ingin mendengar bagaimana formula Zahid untuk menghapuskan politik wang yang sudah sebati dengan Umno ketika ini. Malang sekali, Menteri Pertahanan yang sepatutnya mempunyai jiwa keberanian umpama tentera, disaat-saat akhir menarik diri dari menyertai rancangan tersebut. Saya rasa semacam sudah menjadi `badi' pula buat Zahid dengan penarikan diri Umno untuk bertanding di dalam PRK Dun Penanti hinggakan terpaksa menarik diri dalam rancangan yang sudah diatur ini. Saya tidak ingin mengatakan Zahid pengecut, tetapi kalau ada yang berkata demikian sukar untuk saya menepisnya. Saya juga tidak tergamak menuduh Umno pengecut di Dun Penanti, tetapi jika ada yang beranggapan demikian mungkin saya terpaksa bersetuju. Pada anggapan ahli-ahli Umno, parti mereka adalah parti yang kuat dan gagah serta pantang dicabar, oleh yang demikan wajar Umno tarik diri dari bertanding di PRK Dun Penanti. Kelakar tapi tidak pelik juga.

Memandangkan rancangan Hujah TV9 telah diatur, maka terpaksa dibawa masuk Raja Sesumpah yang terlalu banyak jasanya kepada Umno itu. Atas kapasiti apa Raja Sesumpah itu dipanggil? Ketua Cawangan Umno? Ketua Pemuda Cawangan Umno? AJK Bahagian Umno atau Ahli MKT Umno ? Menteri atau Timbalan Menteri jauh sekali. Topik yang hendak dibincangkan adalah melibatkan dasar parti dan kerajaan, maka pelik juga mengapa sebarangan orang dibawa untuk mengulas isu tersebut? Apakah rancangan tersebut bertujuan untuk memperkecilkan Umno? Pada hemat saya, tindakan Husam Musa yang menangguhkan dahulu penyertaan beliau di dalam rancangan tersebut tepat sekali. Biar buku bertemu ruas, dan Husam akan membuang banyak masa melayani Raja Sesumpah yang mempunyai ` lidah bercabang' itu. Raja Sesumpah yang tiada jawatan di dalam Umno itu hanya sesuai berbicara atau bertegang urat di warung-warung kopi sambil kena teh tarik sahaja.

Saya berharap di lain masa, TV9 akan dapat mempertemukan tokoh-tokoh yang hebat di dalam rancangan tersebut. Penonton tidak mahu melihat pencacai-pencacai yang tidak ketahuan berbicara di dalam rancangan berbentuk ilmiah tersebut. Kita masih menunggu bilakah masanya TV9 akan mempertemukan dua tokoh iaitu Najib dan DS Anwar. Mungkin harapan kita ini seperti mengharapkan `kucing bertanduk'. Tetapi, ianya tidak mustahil berlaku sepertimana kita tidak pernah menjangkakan Speaker Dewan boleh `diragut' dan diheret keluar dari Dewan. Tiada yang mustahil di bawah PMR (Perdana Menteri Rakyat).

7 ulasan:

faida berkata...

Saya bersetuju. Saya juga tertunggu-tunggu jam 930pm semalam tapi bila switch ke CH 119, yang keluar muka Ezam.

Daripada mendengar hujah-hujah putar belit alam dia, baik saya tengok 'The Biggest Loser'. Ada jugak sedikit sebanyak manfaatnya.

Tanpa Nama berkata...

hehehe husam mner husam... patut bro kena add ckit tajuk add yang ini "husam tarik diri" tak gitu. jgn double standard.blehkah?bukan stakat jadi pemimpin jer kna adil,jadi blogger pun kna adil.sekian

pemudabesut berkata...

kenyataan Husam tentang tarik diri semalam
http://www.husammusa.com/index.php/statement/42-statement/308-tarik-diri-dari-hujjah-kenyataan-husam-dari-sri-pentas

Tanpa Nama berkata...

hehehe kna ulas isu tersebut saudara.jgn double standard k.terima kasih untuk informasi

Unknown berkata...

aikk??? hidup lg si kotak ni???
aku dengar dah arwah!!, kene selseme babi!!!!

HaHs berkata...

Acai!

Ko ni ketinggalan le! Bkn double standard. Forum tu untuk Husam vs Zahid. Dah lama arrange dah. Zahid dan husam sudah bersetuju utk berdebad tp last minute tarik diri. Tapi bila Zahid tarik diri dan diberikan peluang sehinga 7.30pm oleh Hussam gar berdebad pun tak muncul. Maka, husam pun tarik diri ler lembab! Takkan nak bicara debad sorang2. Bila jadi mcm tu, terpaksa panggil raja sesumpah yg gila glamer ganti last minute bg menggantikan mereka. Pucuk dicita ulam mendatang beb. Tapi kotak terlupa bawak lah. Org sumer dah tau citer le. Apa punya turr la ko ni, dah konfius, bikin konfius org! atau ko x blh terima hakikat yg pemimpin ko tu ah Pon.
hehehehe!!!

Tanpa Nama berkata...

hahs berpijak dibumi nyata hahs terima jer hakikat musam bertukar menjadi bahan untuk dimalukan...satu malaysia tahu musam dua kali dah terkena...
tapi kali nie lagi truk
kakakakkakaka nie kah calon muktamar
......
huhuhu muka dah terpaliy tahi hahahaha

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.