Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

24 Mei 2009

Nizar pulangkan AGS 10

Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin telah memulangkan kereta Toyota Camry yang menjadi kereta rasmi beliau sejak memegang jawatan tersebut.

Walau bagaimanapun setelah Mahkamah Rayuan membuat keputusan mengesahkan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar 22 Mei lalu, Pegawai Khas beliau, Amran Harun telah menerima panggilan daripada seorang penghantar surat pada pukul 7.12 petang hari yang sama mengenai arahan memulangkan kereta berplat AGS 10 tersebut.

Datuk Seri Nizar sebelum ini telah berjanji mengembalikan kereta tersebut selepas sahaja keputusan mahkamah diketahui. Beliau dijangka mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan mahkamah Isnin depan. Hakim Mahkamah Rayuan mengumumkan Dr Zambry sebagai MB Perak pada jam 3.50 petang pada 22 Mei yang lepas.

Adakah soal isu Camry akan timbul kembali sekiranya keputusan Mahkamah Persekutuan berpihak kepada Nizar pula?

Sebelum ini 15 kereta Camry yang menjadi kereta rasmi exco Pakatan Rakyat telah diserahkan kembali dan dilelong oleh Dr Zambry April lalu.

1 ulasan:

yes berkata...

Buatlah apa yang kau suka pada camry tu Zambry. Penghormatan rakyat tak terletak pada kereta itu. Di takdirkan Nizar naik motor pun kami tetap hormat pada beliau. Kau boleh tersengeh menunjuk kan gigi mu yang puteh, kami tak hairan. Malah perasaan muak sahaja yang ada di hati kami. Manakah datang nya perasaan ini? Allah lah yang menerbitkan nya di hati kami

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.