Pada hari Isnin 6hb Oktober, jam 10 pagi, saya telah menghadiri mesyuarat Lujnah Politik PAS Pusat dan bertemu dengan Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang, Ust. Harun Taib dan Cikgu Pa. Kami bersalam-salaman, mengucap Selamat Hari Raya dan bermaaf-maafan. Suasana ceria dan meriah dan walaupun ada sedikit (sedikit sahaja) sindir-menyindir dalam bentuk gurauan, saya melihat mereka menerima teguran-teguran yg dibawa dengan hati terbuka. Ada yang mereka tidak setuju tetapi sebagai pemimpin yang berjiwa besar, mereka tidak tersinggung atau marah dan mengambil hati dengan sebab teguran-teguran tersebut.
Turut hadir bersama pada pagi itu Ustaz Nasha, Mat Sabu, Husam Musa, Dato’ KJ, Mahfuz, Dr. Hatta dan beberapa orang lagi pimpinan Pusat.
Mesyuarat berjalan dengan baik dan diputuskan sebulat suara bahawa PAS teguh bersama PR untuk menubuhkan kerajaan PR di peringkat Pusat. PAS akan bergerak aktif dalam usaha ini dan meningkatkan usahanya ke arah pencapaian pembentukkan kerajaan baru. Segala isu-isu yang menghantui persoalan ini telah dibincang dengan telus dan terbuka, dan dengan itu terhasil satu keputusan yang terbaik, InsyaAllah. Alhamdulillah.
Nak ambil gambar dan pos ke Blog tapi nanti orang kata Pelakon pula.....
~ Khalid Samad
Tiada ulasan:
Catat Ulasan