Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

10 Okt 2008

Scorpene 2, Kenapa Nama Tun Razak Tapi Bukan Tun Mahathir Yang Masih Hidup !! ~ Malaysiakini

Eksklusif:

CARTAGENA, Sepanyol 8 Okt. - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sekali lagi mencipta sejarah hari ini selepas pelancaran kapal selam Scorpene kedua (Scorpene 2) oleh Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah yang dinamakan sebagai Kapal Diraja (KD) Tun Razak. Pemilihan nama kapal selam tersebut yang berkelas Perdana Menteri sebagai mengenang jasa dan pengorbanan Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak yang banyak berjasa terhadap kemerdekaan, pemodenan dan pembangunan negara. Dalam upacara penuh istiadat di Limbungan Navantia di sini, Tuanku Nur Zahirah melepaskan botol mengandungi air zamzam ke kapal sebagai simbolik pelancaran kapal selam kedua negara. Sumber: Utusan Online


Apa yang menjadi persoalan kita sekarang, kenapakah nama kapal selam itu ialah Kapal Diraja (KD) Tun Razak dan bukannya KD Tun Mahathir?. Bukankah Mantan PM itu juga banyak berjasa dan membawa permodenan negara selama lebih 22 tahun. Bukankah perkhidmatan Mahathir lebih lama dari Tun Razak. Malahan Mahathir juga masih hidup. Jika ingin dikenangkan jasa, biarlah orang yang masih hidup di dunia ini. Inilah yang berlaku di Malaysia sejak dulu kini dan selamanya. Suka benar memberi anugerah kepada orang yang sudah mati seperti Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan ramai lagi. Ketika hayatnya tidak langsung diberi gelaran terkemuka seperti itu. Kini "melopong"lah Mahathir menunggu dimana agaknya nak disemadikan namanya itu.

[Kesihan Tun Mahathir, apakah beliau hanya sekadar "Kalau Pergi Kuala Kubu dan Tulis Nama Atas Batu?". Apapun sebenarnya nama itu diilhamkan oleh orang yang menguruskan pembelian kapal tersebut dan juga yang menerima komisyen ratusan juta itu. Siapa lagi kalau bukan.. ].


~Cucu Mat Kilau

Tiada ulasan:

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.