Salam..
Semalam ceramah perdana di Padang Perdana kota Bharu dihadiri oleh lebih kurang 70,000 orang. Program ceramah itu dimulakan dengan selawat dan nyanyian lagu rasmi Unit Amal oleh Azhab Atan (Juara Akademik Nasyid 2008). Manakala penceramah dimulakan oleh YB Saifuddin Nasution, Dato' Husam Musa, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Yang menariknya, semasa penutup, Tok Guru Nik Aziz bertegas mahu menyaman UMNO kerana menyebabkan Tok Guru beberapa kali masuk wad kerana sakit jantung.
Tok Guru terpaksa berkorban kesihatannya untuk menjelaskan penyelewengan yang dilakukan UMNO kepada rakyat walaupun dalam keadaan kurang sihat. Oleh kerana itu, Tuan Guru Nik Aziz akan menyaman UMNO. Tetapi bukan di dunia....Tok Guru akan menyaman UMNO di akhirat nanti..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan