Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

5 Okt 2008

Najib dan Zahid terbaik untuk Malaysia ~ Malaysiakini

Jangan risau Pak Lah...Saya & Najib akan bersama-sama jaga UMNO
ZAHID Hamidi bersama Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Tun Razak pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya 8 Ogos lalu.

Orang bertanya saya, siapakah pilihan saya untuk menerajui negara selepas berundurnya Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi? Saya pun jawab, kalau satu masa dulu negara kita gah dengan regu 2M, iaitu regu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Musa Hitam dari tahun 1981 hingga 1986, saya rasa negara kita akan lebih hebat dan gah dengan regu NZ.

Kata orang, regu 2M will be totally dwarfed dengan regu NZ.

Bayangkan betapa hebatnya negara kita jika Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri dan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Bayangkan, negara kita belum pernah mempunyai Perdana Menteri yang begitu luas pengalamannya di dalam kerajaan. Najib berada di dalam kerajaan Barisan Nasional sejak 1976, 32 tahun! Pengalamannya tentu amat luas dan pelbagai.

Najib juga mempunyai imej yang sangat bersih. Beliau tidak pernah dituduh terlibat dengan rasuah. Beliau juga tidak pernah dikaitkan dengan apa-apa skandal.

Kita boleh meletakkan harapan kepada Najib untuk memerangi rasuah. Oleh kerana beliau tidak pernah terlibat dengan skandal, tentulah pasukan polis, imigresyen dan senjata negara akan berada dalam keadaan selamat. Najib sudah pasti tidak akan menyalahkan guna semua itu.

Amanah rakyat tentu akan terjaga dengan baik jika Najib menjadi Perdana Menteri.

Isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor juga amat terkenal dengan sikap berhemahnya untuk berbelanja dengan duit kerajaan. Beliau tidak pernah meminta mana-mana ahli perniagaan untuk menaja apa jua pemborongan dan barang-barang kegemarannya.

Bayangkan, jika isteri berhemah dalam berbelanja, tentulah si suami tidak perlu menyediakan peruntukan yang banyak dari wang rakyat atau meminta-minta mana-mana ahli perniagaan menaja pemborongan dan pemborosan isterinya. Jika ia tidak perlu melakukan semua itu, tentulah dia tidak akan terliur dengan wang rasuah dan negara kita dipercayai akan bertambah baik kedudukannya dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International.

Kita boleh meletakkan harapan kepada Najib untuk menjadikan negara ini negara yang bersih rasuah.

Apabila Dr Ahmad Zahid menjadi Timbalan Perdana Menteri, bayangkan betapa bertuahnya kita. Negara kita belum pernah mempunyai Timbalan Perdana Menteri yang mempunyai PhD. Untuk kali pertamanya, kita akan mempunyai seorang intelektual bergeliga bertaraf PhD sebagai Timbalan Perdana Menteri. Betapa bertuahnya!

Dr Ahmad Zahid juga terkenal sebagai anggota kabinet yang bersih. Beliau tidak dikenali sebagai kaki mengumpulkan harta sedangkan ada pemimpin yang mempunyai harta lebih RM200 juta dalam tahun 1999 dahulu dan sekarang tentulah bertambah banyak.

Zahid tidak pernah terlibat dalam apa jua skandal jenayah seperti memukul atau membelasah orang. Beliau juga bersih dari sebarang tuduhan yang mencalarkan imej bersihnya. Sedangkan, ada pemimpin yang dikaitkan dengan skandal pecah amanah untuk menggasak saham yayasan.

Dengan imej intelektual dan bersih seperti itu serta kefasihannya menyebut istilah-istilah Arab serta penguasaan Bahasa Inggerisnya yang begitu hebat, Dr Ahmad Zahid sudah pasti akan menjadi Timbalan Perdana Menteri yang terbaik yang pernah dimiliki oleh negara ini.

~ Penarik Beca

5 ulasan:

Unknown berkata...

Kedua-dua N dan Z adalah RACIST, RASUAH!!! Tak layak jagi PM atau TPM

UMNO PARTI PENJARA berkata...

Tapi masa mesyuarat cawangan hari tu, takde pun cawangan yg sebut nama zahid ;-)



Salam Perkenalan :-)
Akar Umbi & Calon 'Kuda Hitam' Ada Kejutan ;-)
http://pro-faizal.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Hidup ISA! Hidup UMNO! Hidup MElayu!

Tanpa Nama berkata...

Tajuk pun macam perli jer!
Kalaulah gandingan NZ bakal pemimpin M'sia, alahai, gelapnya masa depan!

pemudabesut berkata...

Memang pun Artikel ni adalah artikel PERLI... Ada jugak PUTERA UMNO yang tak faham-faham

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.