Pagi tadi ketika pulang dari Mahkamah Jalan Duta sekitar pukul 11 pagi, ternampak satu banner digantung yang berbunyi, “Rakyat Merayu kepada Pak Lah Agar Tidak Serah Malaysia Kepada Penjenayah”. Di banner tersebut terdapat gambar Altantuya Shaariibuu, Najib Razak dan Rosmah Mansor.
Tanpa membuang masa, kereta pun dihentikan dan gambar diambil.Kebanyakkan kereta yang melalui jalan tersebut memperlahankan kenderaan untuk melihat banner tersebut.
Dalam perjalanan pulang ketika melalui Jalan Bangsar pada pukul 2.00 petang berhampiran dengan simpang untuk ke pejabat NSTP, ternampak sebuah lagi banner yang mempunyai gambar Altantuya, Najib dan Rosmah.
Di banner ini pula tertulis,
“Najib Tun Razak Perdana Menteri Ke 6?
- Rasuah hampir satu billion dalam urusan pembelian peralatan pertahanan.
- Tuduh isteri pertama Tengku Puteri Zainah gila babi untuk kahwin dengan isteri orang.
- Membeli isteri orang untuk dikahwini.
- Punyai isteri yang tamak, boros dan queen control umpama Imelda Marcos.
- Misteri pembunuhan Altantuya.
http://antinajib.blogspot.com Selamatkan Melayu”
Banner yang kedua ini terdapat logo Umno dan digantung disebelah banner hari raya Umno Lembah Pantai. Semalam Pak Lah mengumumkan untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden Umno dalam pemilihan parti tersebut Mac depan.
Setakat ini Najib disebut sebagai penggantinya. Seperti yang dikatakan semalam, Najib “mungkin” menjadi penggantinya. Beliau menggunakan perkataan “mungkin” kerana Najib masih lagi perlu bertanding untuk merebut jawatan Presiden Umno. Setakat ini hanya Ku Li yang telah mengumumkan untuk mencabar jawatan Presiden Umno dalam pemilihan Umno nanti. Masih belum ada calon-calon lain yang berani.
Namun ramai pihak belum yakin Ku Li akan dapat cukup pencalonan untuk merebut jawatan tersebut.
Apa-apa pun perang dalaman Umno untuk merebut kekuasaan telah bermula. Yang peliknya, perang terhadap Najib bermula terlebih dahulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan