Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

9 Okt 2008

Najib sah tanding Presiden, Muhamad Taib tawar diri tanding Timbalan Presiden ~ Malaysiakini


Layak kah dia jadi PM ke-6??
(gambar: MOB1900)

Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengesahkan akan bertanding jawatan Presiden pada pemilihan parti Mac depan.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhamad Muhd Taib hari ini juga secara rasmi mengumumkan hasrat untuk bertanding jawatan timbalan presiden pada pemilihan tersebut.

Layak ke Si Mamat ni jadi TPM??

(gambar: MOB1900)


Beliau mengumumkan keputusannya di Pejabat Umno Selangor di Shah Alam sebentar tadi.

Beliau melahirkan keyakinan mendapat pencalonan yang cukup untuk bertanding jawatan nombor dua parti itu.

"Kesemua 22 bahagian di Selangor akan menyokong pencalonan jawatan timbalan presiden pada pemilihan parti Mac tahun depan," katanya.

Selain Muhamad, antara yang menawarkan diri bertanding jawatan tersebut ialah Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Ali Rustam; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Umno Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Esok, Naib Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan buat pengumuman bertanding jawatan nombor dua parti itu.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memutuskan untuk tidak mempertahankan jawatan sebagai Presiden Umno pada pemilihan akan datang. ~ MSTAR

Tiada ulasan:

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.