Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

5 Okt 2008

Presiden PAS; Kehadiran HINDRAF Tanpa Kekecohan Tidak Biadap ~ Malaysiakini


Abdullah Badawi kelihatan ‘gembira’ menyambut lebih 1000 penyokong Hindraf di majlis Rumah Terbuka beliau di PWTC.

Kuala Terengganu - Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru berpendapat kehadiran HINDRAF dalam majlis Rumah Terbuka Perdana Menteri,

Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi di Pusat Dagangan Dunia Putra pada Rabu lalu (1 Syawal) tidak biadap kerana mereka tidak menimbulkan apa-apa kekacauan.

”Saya rasa tidak biadap, itu biasa dalam amalan demokrasi, itu satu perubahan zaman Perdana Menteri ini.

”Dia (polis) boleh halang, tak benarkan masuk, mengapa dia orang buka (benarkan), ada polis yang jaga daripada awal,” katanya ketika diminta mengulas perkara tersebut yang dianggap biadap oleh penyokong UMNO kerana kehadiran para penyokong HINDRAF ke majlis Rumah Terbuka Perdana Menteri dengan membawa ‘banner’ umpama demonstrasi.

Beliau yang ditemui pihak media (gambar) selepas Majlis Ijtima’ Idul Fitri di Kuala Ibai dekat sini turut menyifatkan kehadiran pemimpin dan penyokong HINDRAF dengan cara demikian adalah satu cara menunjukkan perasaan mereka dan patut dipandang secara positif.

“Cumanya cara majlis hari raya, dia orang tak boleh jumpa Perdana Menteri (masa lain), itu masa yang dia boleh jumpa,

bawa ‘banner’ itu semangat dia (HINDRAF) mungkin dia orang terasa kerana keluarga dia, sahabat dia yang kena tahan, itu satu perubahan dalam amalan demokrasi dan sepatutnya dipandang secara positif,
“saya tak nampak dia orang (HINDRAF) buat kecoh, angkat bendera (tapi) tak ada bertumbuk tak ada apa, itu satu benda yang baiklah,”tambah beliau.

Dalam perkembangan lain, beliau berharap semua pimpinan politik bersama-sama memikul tanggungjawab menghadapi ‘bencana’ politik ekonomi dunia yang berlaku hari ini.

“Kita tidak boleh memandang ringan terhadap krisis kewangan yang berlaku di Amerika,

“sudah tentu ada kesan kerana kebanyakkan negara dunia ditakluk oleh penjajahan ekonomi Amerika (melalui) penguasaan dollar,

“sudah tiba masanya Malaysia membebaskan diri daripada bergantung kepada Amerika,”katanya

Beliau turut menyarankan supaya usaha mengalihkan pelaburan Malaysia kepada negara-negara Asia Barat dan negara-negara Eropah di pertingkatkan agar pergantungan ekonomi tidak hanya kepada satu pihak sahaja.


~ BuletinOnline


[YA LAH DIA ORANG SUDAH CUBA BERJUMPA DENGAN Pak Lah berapa ratus kali, tapi tak mau jumpa dia orang hindraf, bila dapat chan macam ni memang orang akan ambil apa cara pun yang boleh, untuk memberi kad ucapan kepada PM, BILA BUAT PERTEMUAN ADA LAYAN TAK ORANG HINDRAF, BILA NAK JUMPA DI PARLIMEN, TAK BOLEH, PUTRA JAYA, TAK BOLEH, SO SAMPAI LAH DIRUMAH TERBUKA RAYA INI, Tak Boleh jugak....NAK TANYA SESUATU, orang hindraf bukan warganegara kah,? itu rumah terbuka saja untuk orang suppport umno saja kah?- Penyokong HINDRAF]



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hidup ISA! Hidup UMNO! Hidup Melayu!

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.