Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

10 Okt 2008

Pengerusi Tetap Arau tawar diri jadi calon Presiden UMNO ~ Malaysiakini


Salam Perkenalan,



Pertama sekali saya ucapkan jutaan terima kasih atas kesudian para bloggers menjengah masuk ke laman blog saya dan memberikan komen atas 'Pembisaan' diri saya sebagai calon Presiden UMNO Malaysia untuk pemilihan UMNO kali ini. Saya tidak menggunakan istilah 'penawaran' kerana bimbang apa yang cuba saya bawa akan menjadi tawar setawar penawaran tersebut. Jesteru itu, saya menggunakan istilah 'PEMBISAAN' sebagai gantinama kepada istilah penawaran diri yang biasa digunakan oleh mana ahli yang hendak bertanding dalam pemilihan UMNO.



'Tagline' yang akan saya gunakan ialah 'IKHLAS'. Ikhlas berjuang, ikhlas bertanding demi kelangsungan politik UMNO yang kian hancur dek tangan-tangan kotor yang berlagak bersih dewasa ini. Saya ahli biasa yang memegang jawatan Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Arau yang juga membayar yuran RM1 sebagaimana calon Presiden UMNO dan AMT UMNO yang ada sekarang ini. Bukanlah orang yang kaya harta tetapi setakat ini saya tetap menjunjung perlembagaan UMNO dalam setiap perlakuan saya sebagai ahli UMNO. Oleh yang demikian, amatlah diharapkan tiada yang mempertikaikan hak saya sebagai ahli untuk bertanding sebarang jawatan parti walaupun saya tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh seperti pemimpin kasta tinggi UMNO yang ada sekarang ini.

Tujuan saya membisakan diri untuk bertanding atas tiga faktor:

1) Untuk menentang RASUAH dalam politik UMNO, walaupun istilah ini disempitkan dengan panggilan 'politik wang' tetapi jika kita merujuk kepada BPR, nyata ia adalah jenis RASUAH yang makin sukar dibendung oleh mana-mana ahli dalan parti UMNO hari ini. Hampir kesemua pemimpin UMNO yang hendak bertanding tidak dapat lari dari menggunakan wang sebagai sogokan material yang 'wajib' sehingga ia memberi kesan paling buruk dalam perjuangan parti ini. Dari Presiden UMNO hingga kepada pemimpin kasta bawah juga tegar menjadikan wang sebagai 'main-point' untuk membuka mulut dan salam perjuangan.

2) Untuk menentang KASTA politik yang sengaja diwujudkan oleh pimpinan tertinggi UMNO yang memegang KASTA UMNO BRAHMIN dengan tujuan kedudukan semasa mereka tidak digugat oleh ahli KASTA UMNO PARIA yang juga membayar yuran yang sama. Sebagai contoh bila kita baca tentang penawaran diri seorang Ketua Cawangan UMNO untuk jawatan Naib Presiden, terus sahaja pemimpin KASTA UMNO BRAHMIN memperlekehkan hasrat murni dengan alasan apa yang cuba dibawa tak menepati apa yang dikehendaki umum. Bahkan ada juga kenyataan oleh pemimpin KASTA UMNO BRAHMIN ini untuk ketua cawangan tersebut agar mengukur baju di badan sendiri sebelum bercakap soal merebut jawatan tertinggi parti. Apakah pemimpin KASTA UMNO BRAHMIN ini membayar yuran keahlian sebanyak RM 3000 dan ketua cawangan tersebut sekadar mampu membayar yuran RM1? Saya komited untuk menghapuskan sistem kasta yang sengaja diwujudkan oleh pimpinan tertinggi bagi menafikan hak ahli untuk turut sama bertanding bagi mana-mana jawatan tanpa sebarang prejudis. Ingat UMNO berdiri atas dasar perjuangan Agama Islam dan aMelayu yang tulus dan murni, Usah biarkan tangan-tangan celaka yang bersembunyi atas nama pemimpin terus menghancurkan perjuangan yang kita bina sekian lama.

3) Untuk menentang kejudan pasukan-pasukan tertentu dalam pemilihan UMNO kerana kita lihat implikasi buruk yang menimpa UMNO apabila pasukan-pasukan yang diwujudkan ini sebagaimana yang berlaku era awal 90-an. UMNO terus berpech hingga ke hari ini. Apa yang cuba ditunjukkan dan dipaparkan adalah RETORIKAL POLITIK BUSUK pemimpin-pemimpin sedia. Akar umbi sahaja yang berhak untuk menentukan soal siapa layak memilih dan bertanding, bukan pemimpin-pemimpin celaka yang bergelumang dengan dosa politik dan syarak untuk memastikan UMNO kekal relevan kepada umat Melayu untuk seratus tahun lagi.

Secara konklusinya, saya tahu apa yang akan terjadi kepada saya selepas ini akibat 'pembisaan' diri saya sebagai calon Presiden UMNO untuk pemilihan kali ini. Saya tetap seorang yang setia kepada perjuangan dan tak gentar apa jua kesan sama ada buruk atau baik, menang atau kalah, bangun atau rebah, namun kesetiaan saya kepada perjuangan parti keramat ini takkan luntur sama sekali. Kepada ahli UMNO sama ada setuju atau tidak setuju, kata telah saya lafazkan, hujah telah saya nyatakan, jentera sudah mula bergerak, maka selepas ini siapa yang tertampar atau ditampar harap semua akan menerima dengan hati terbuka. Buktikan demokrasi masih berkembang subur dalam UMNO. Saya nantikan komen anda. Apa saja komen akan saya terima walaupun buruk kejian, cercaan atau baik madah, cantik pujian takkan saya padamkan. Silakan...

saya mohon membisakan diri...,

~ Sekilo Garam

2 ulasan:

Unknown berkata...

itu semua ciri-ciri UMNO. macammana boleh dihapuskan. tak boleh tu!

Orang Melaka berkata...

Salam..

Dah tarik diri! Tak jadi

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.